Thursday, April 21, 2011

apa yang saya buat on weekend?

Assalamualaikum,

Minggu ni punya weekend agak tidak efektif dan productive. Batrisyia demam dan saya menghabiskan masa saya dengan melayan kerenahnya. Alhamdulillah, Batrisyia ni budaknya tak lah cerewet dan mengada-ngada sangat waktu demam. Dia akan memakan ubat ikut time, menghabiskan masa dengan tidur dan menonton Geng Bas Sekolahnya. Takde lah dia nak mendengus-dengus, atau menangis-nangis yg melampau. Kalau tak, harus....saya yg akan menangis-nangis kebengangan nanti. Heheheheh....

Bila saya tidak dpat berjalan-jalan atau memenatkan diri, maka saya akan kategorikan sebagai tak produktif. Ntah la, dah biasa ke sana-sini. Bila terpaksa duduk rumah 2 hari berturut-turut, terus rasa blur kan? Hahahahha...tak...bukan itu objektif saya menulis entry kali ni, tapi saya nak share antara aktiviti2 yang saya selalu buat pada hujung minggu. Cuba korang teka, apakah ia? Adakah......


1.  Membuat kek?
     - salah!

2.  Menonton wayang bersama anak-anak?
    - salah!.......

3.  Jalan-jalan cuci mata?
    - pun salah!

4.  mengambil gambar utk fotografi perkahwinan?
    - salah jugek! (heheheh...minggu ni free....cuma time cuti sekolah bln 6 ni dah FULL)


nak tau? nak tau? haaa....sekarang ni, saya dah berani buat satu perkara ni tau. saya cuba nak pecah tembok yg ada dalam diri sendiri.
Tak yah ckp banyak lah, cuba tgk sendiri...

[Hanim sedang mengedar handouts- serius je mukanya]

[brief description on the criteria]
[khusyuknya budak2 Bandar Putra mendengar. Kalaulah budak2 Taman Putri pun canni, kan bagus]


Haaaa...inilah dia. Memberi ceramah teknik menjawab PMR dan SPM. Saje je mengisi masa lapang. Sebenarnya, saya sudah agak lama juga berkecimpung dlm dunia penceramahan ni. Tapi lately, tawaran dan jemputan semakin meningkat. Mungkin juga ianya disebabkan kesedaran murid-murid untuk menjawab setepat mungkin dalam peperiksaan, dan bukan hanya bergantung kepada kemahiran sedia ada shj.

 [yg ni bukan shj tamat sessi Q&A, but they want more!]

[dan lihatlah betapa poyo nya aku...] hahahahahahahha....

Jadi, sekiranya anda seorang guru, apakata kita share network di sini, berkongsi ilmu dan sebarkan kepada anak2 murid kita. Tapi korang jemput untuk English PMR dan English SPM tau, kalau Add Maths, confirm saya lariiilkkkk.....


ps: gambar semua adalah ihsan Kak Julia SMK Bandar Putra with her Sony DSLR.  Pssttt...akak, pasni kita buat jaringan Guru-Guru Perempuan Kulai with DSLR ye?

Monday, April 11, 2011

Fish n Chips

Assalamualaikum,

Mempunyai blog ni, banyak cabarannya. salah satu cabarannya ialah org selalu bertanya "apa tujuan ko buat blog tu?" "kot ye pun rajin masak, takkan nak masukkan dalam blog?" Hahahahahha...kadang2 terkedu jugak mendengar kritikan2 seumpama ni. Tapi oleh sebab ini blog saya, suka hati saya lah kan? Kalau anda tak berpuas hati, malah anda juga boleh membuat blog lain hanya untuk mengutuk blog saya ini.

Tak kisahlah apa pun justifikasinya. Tapi salah satu tujuan utama saya membuat blog saya yang tak seberapa ni adalah untuk berkongsi resepi. Walaupun ianya nampak mudah, tapi tak ramai juga mempraktikkannya atas kekangan2 lain. Secara tak langsung, saya juga cuba menyebarkan idea "assembling" and "very seldom cooking". Melihatkan situasi sekarang ni, sebenarnya "memasak" itu tak susah, sebab "tugas2" lain sebenarnya sudah dilakukan oleh `pengilang-pengilang' yang bertanggungjawab. Sebagai contoh: santan pun dah ada yg dlm kotak, kerisik pun tinggal beli, ayam dah siap potong, ketupat pun dah dlm peket2 kecil - tinggal rebus je. Jadi tugas kita hanya mencantumkan saje semua bahan2 ni. Itulah yang dikatakan 'assembling'. Biasanya idea ni dipraktikkan oleh wanita-wanita yang bekerja seperti saya. Maklumlah, nak parut kelapa, mesin takde. bahkan pokok kelapa pun takde. Maka, terpaksa lah beli santan peket RM1 yg sebanyak sebotol Vitagen tu je. Kalau nak buat kuah kacang, kacang pun beli yg dah siap grind. Kalau nak goreng tanpa minyak, buang kulit....ada masa ke mak?

Sama juga dengan resepi yang saya nak kongsi ni. Sebenarnya bukan resepi pun. Semua bahan dah ada di Tesco. Tinggal rajin tak rajin nak cari je (ataupun samaada nak makan atau tak je). Jom tgk apa yg kita perlukan.

6 keping isi ikan bersalut tepung tempura jenama Pacific West
french fries jenama apa pun tak kisah
sebiji lemon yg dipotong 6
coleslaw (kalau tak rajin- ganti dgn apa2 sayuran pun bole) - saya guna brocolli dgn buttered cauliflower, jenama Tesco, then saya tambah dgn sweet corn dan carrot.
sedikit sos tartar jenama Lady's Choice.


 [taaaaddaaaa...... menu mudah dinner saya mlm tadi]
 my friend LOBO said that Fish n Chip ni dah mcm Nasi Lemak kat NZ, very cheap.

[`tetamu kehormat' tadi dgn buku yg baru di pau beli dari ibunya di MpH Senai Airport]



senang kan?


mari kita sesama psycho diri memasing : "assembling is easy!!"  ahahahhaha....poyo lah...mcm Dr Azizan lak.


Sunday, April 10, 2011

Cold Spaghetti Salad in Mussells

Assalamualaikum,

Bila menu mengarut sikit, saya rasa mcm nak berkongsi sbb kalau spaghetti bolognese, fettucini alfredo dah mcm biasa sgt kan? semua org bole buat. Tapi resepi kali ni, agak jarang dalam masyarakat kita. Tapi senang pun senang gak. Sesiapa pun bole buat. Saya mula jatuh cinta dgn makanan ni ketika berbuka puasa di Pulai Spring around 2006 dulu. Then, terus berusaha mencari resepi. Tapi setakat ni, saya rasa resepi Nigella lah yg paling `dekat' dgn saya. Meh saya kongsi resepinya ya?

sedikit spaghetti (rebus dan tos, - ketepikan)

sedikit kupang (mussells)
  (perap dulu dgn salt & pepper, pinch of lemon juice) -
[then, goreng dgn minyak sikit dgn 2 ulas garlic + onion]

sedikit brokoli
sedikit carrot
sedikit black olive - wajib nih!
sedikit button mushroom
sedikit daun parsley (daun sup) -dicincang halus
sedikit capsicum merah

(bahan-bahan ni ikut suka sbb kita yg nak makan, tapi mussells dgn button mushroom tu wajib lah)

2 sudu besar extra virgin olive oil
pinch of salt
2 sudu besar Italian salad Dressing
1 sudu kecil sos worcestershire

Then....campurkanlah semuanya. senang kan?? sgt sesuai untuk dinner, tapi bg yang berminat lah. Kalau En FA, hampeh dia tak pandang. ehhehehehe....


Ok, sbb namanya Cold Spaghetti Salad, maka ianya sgt sedap dimakan setelah disimpan didalam fridge terlebih dahulu. Kalau nak rasa Malaysia sikit, tambah lah apa2 yg patut, mcm PopCorn Chicken ke, mix Vege ke, atau nak letak cili padi pun bole kau. Haa...kelassssss....
[time tgh disejukkan- sempat mengintai sbb tak sabar]

[isnt she lovely? errrr.... i mean, to EAT!]
Selamat mencuba dan selamat menyepahkan dapur anda!

Friday, April 8, 2011

macaroni in chicken soup

Assalamualaikum,

heheheheh....lmbt sikit nak tulis entry utk hari ni. My VAIO baru sampai setelah satu hari menghilang. Tapi takpelah, saya teruskan jugaklah dengan agenda saya untuk hari ini.

Selalunya, blog saya berkaitan dgn apa yg saya lakukan kan? Tapi ramai juga rakan-rakan yg request utk jadikan ini sebagai medan berkongsi resepi dari apa2 yg saya masak. Saya kata, InsyaAllah...tak janji juga sbb saya ni ada `anginnya', Lagi satu, saya ni takde resepi specific, main campak2 je. Then, try rasa lagi. Then, kalau ada rasa yg kurang tu, saya tambah la apa2 yang patut.

ok, macaroni dengan chicken soup ni dinner saya sebentar tadi. Tak larat lah nak masak beria-ia hari ni. Satu hari bermeeting di SMK Indahpura1 untuk Bengkel Pemurnian Soalan. Jadi, ini shjlah yg saya mampu. Tapi takpe, ini antara favourite food Azeem. Berlainan dengan En FA, Azeem agak gemar dgn pasta dan makanan omputih ni, terutama fish and chips dia lah. Pancake pun dia suka juga. Alah...pendekkata, mcm2 lah yg dia suka. Mcm ada org tu yg suka makan kat TGIF, dah byk kali ajak saya repeat session di JOTIC JB. InsyaAllah...gaji bulan ni eh?

Ok, saya try share apa yg saya boleh la ye?

3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1/2 biji bwg besar
2 inci halia
(semua ditumbuk) - tumiskan, bila agak2 dah naik bau, masukkan bahan2 di bwh.

half chicken - potong kecil2
carrot - dipotong dadu
1 btg leek
1 btg celery

1 sudu kecil white pepper
1 ketul kiub Ayam Maggi
1 sudu besar sos tiram

bila semua dah well mixed, masukkan air utk dijadikan sup.

Then, rebus dan tos kan macaroni. Taaaadaaaa....dah siap!


Selamat mencuba dgn menu mudah dan sihat ini!

Tuesday, April 5, 2011

yeay....!

Assalamualaikum,

sewaktu saya menulis entry ini, saya sedang berada di dalam Bilik Guru, menunggu runner kedai perabot dtg menghantar almari untuk simpan stok2 buku rujukan Panitia Bahasa Inggeris. Kalau tak disebabkan apek perabot tu, mungkin saya telah ntah ke mana-mana kerana hari ini saya terpaksa membatalkan kelas di UTM saya dek kesibukan yg melampau. Huk di sebelah saya ni tgh sibuk kemas meja/cubicle dia. Eleh, nak ckp tmpt aku selerak lah tu?

Saya baru balik dari pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Separuh Akhir di SMK Bandar Putra. Penatnya lahai....toksah ckp. Bukannya penat sbb byk keje kat situ, tapi sbb sibuk terkejar-kejar kesana kemari.
Sebenarnya 2 bulan kebelakangan ni, saya agak sibuk dgn latihan bahas Bahasa Inggeris. Yelah, org Kulai kata (org Kulai kata tau, bukan saya), SMK Taman Putri ni budak2nya tak pandai, byk masalah disiplin, jadi mungkin disebabkan itu saya kena beri latihan extra sket, supaya tak kalah dibelasah. (Ye ke??)

Disebabkan fakta-fakta itu lah, saya ingin membuktikan bahawa assumption itu salah! Sebenarnya sekolah kami ini antara sekolah yg sgt berpotensi utk berjaya [eewahhh....lebey plak ko Intan]...please go straight to the point.

Saya pun dah tak berapa ingat, bilakan perlawanan pertama kami? Cuma, apa yg kami ingat, kami menang untuk round yang pertama bertemu SMK Munshi Abdullah. Tak sempat lah pulak nak snap gambar, sbb time tu saya lak yg busy jadi adjudicator utk game lain.

[Hanani ketika role sbg Second speaker] - lwn STARP

Next. lawan SMK Tunku Abd Rahman Putra. Tak sangka bole menang sbb mereka ni Johan menunggu. Ntah la, dah rezeki agaknya. Bila semuanya ikut plan, InsyaAllah, Allah akan permudahkan.

[wajah-wajah keriangan setelah menewaskan STARP. STARP pun riang setelah dikalahkan]


Maka, kami layak lah masuk ke Semi Final. Bertemu lak dgn SMK Bandar Tenggara Dua. Seram gak sbb sekolah ni sekolah projek. Semuanya budak pandai-pandai. Takde rezeki nak menang sbb Hanani terlupa nak affirm case, yg kemudiannya nmpk sgt Reply Speech sgt longgar. Takpe lah, jadikan pengajaran = jgn ambil mudah, walaupun kita rasa kita dah tahu. Hancur harapan nak jadi Juara 2011. Looking at the bright side: tamat dah penderitaan cikgumu ini!

[muka-muka ketakutan sebelum bertemu SMK BT2]


[speakers from SMK BT2 : yang pakai songkok tu, GAYA aku bagi 10 per 10]

So, tadi selepas kalah, ingatkan bole balik terus, tapi rupa-rupanya, ada next game, on the same title, untuk menentukan tmpt ke3 dan ke 4. Kami bertemu SMK Sultan Alaudin yg kalah kpd SMK Bandar Putra. Alhamdulillah, kami menang dan dpt tmpt ke3. Dah tertulis rezeki kami untuk dpt no 3 sahaja pada tahun ni. Tahun depan, insyaAllah, kami akan menggegar lagi, dgn harapan Hanani tidak akan terlupa rolenya sekali lagi. ehhehehehehhe.....



[SMK SA -yg tengah tu: a Felda boy who speaks in British English accent - whoa!]

[our third speaker- Danny Leong] - yg memegang trophy Best Speaker for 4 consequtive games]- harus tabik nih.

[adjudicators utk perlwnan bertemu SMK BT2] - Theva pun nak interframe jugak....


Oleh itu, di sini, saya ingin menyatakan.....








 


siapa berani ckp SMK Taman Putri sekolah sayur, meh ckp depan-depan dengan saya.







 
Sekian, terima kasih,. Saya nak pergi minum CoolBlog dgn Huk di Tesco.