Friday, June 24, 2011

Cabut sekejap.

Assalamualaikum,

Entry tertunggak minggu lepas.
Dah lama tak menulis entry la pulak. VAIO tgh sakit screennya dan tgh repair kat Vaio Centre di Johor Jaya. Jadi dah lama juga saya tak beronline, kecuali dapatlah meng update status di FB thru mobile. Ni dah naik sekolah, baru lah dapat mendampingi Lenovo Hitam di Bilik Guru. Tu pun terpaksa curi-curi guna sbb....teeetttttt! (tak dapat dinyatakan di sini) Ohhh...how I miss to write (mode: poyo ala2 sasterawan)

Entry ni saya `tulis' di Bilik Guru. Oh Bos ku: Maafkanlah kerana mendapat pekerja sepertiku ini. Baru 4 hari naik cuti sekolah dah hilang motivasi sket. Seriously, I need more time. errr...2 minggu cuti tak cukup ke? hehehehhehe.  Ntahla... sedang mencari kekuatan lah ni.

Tadi, selepas keluar dari 5 Sains utk 2 masa pertama. Saya mendapat sms dari En FA yg dia tak dapat keluar dari opisnya. Nak dijadikan cerita, saya terbangun lambat pagi tadi. Kunci jam baeeekk punya pukul 4.30 pagi, (everyday ok saya bangun 4.30 pagi), tapi malam tadi henfon tertinggal di sofa depan, langsung tak kedengaran alarm nya. Last2 alarm En FA berbunyi pkl 6 tu lah yg membuatkan saya terjaga. Apaaa?? pkl 6?? Kelam kabut saya bangun, siap itu ini...tapi sayangnya tak sempat lah nak buat sarapan... :( 

Jadi, biasanya, ada Plan B untuk provide makanan ke Azeem. Tak bole bergantung dgn kantin sekolahnya, kang silap2, ntah hapa2 yg dimakannya. Jadi selalunya, kalau saya terpaksa guna Plan B, En FA lah yg bertanggungjawab. tepat pkl 9.30 pagi, dia akan tunggu di pagar belakang sekolah Azeem untuk tapaukan makanan. Saya tak pernah buat `aktiviti ' ni sbb saya mmg tak bole kuar dari kawasan sekolah saya, terutama sekali kalau saya ada kelas. Tu yg seboleh-bolehnya saya akan bekalkan awal pagi. Takmo kejadian seperti ini berlaku.

Tapi tadi, En FA kata dia takleh kuar sbb ada meeting ttg MyVi baru yg nak dilaunch mlm ni. Adehh...kesiannya anak aku, nnti dia tunggu tepi pagar canne? Kalau dia lapar? Tak bole jadi ni. Since saya pun lapang pagi ni (lepas rehat lah pulak kelas full), saya minta izin Boss yg baik budi, nak kuar kejaaaappp je, lebih kurang 10 minit untuk hantar makanan pada Azeem. Boss pun berilah izin kepada saya. Thanks Boss!

Saya pun memecut dgn Perdana saya yang takde roadtax tu. uhuhuhuhu... nasib lah. Saya sampai je, terus kedengaran loceng rehat di sekolah Azeem....and there he was. Saya pun pas lah makanan yg saya dah tapaukan dan pesan kat dia kalau lapar lagi, beli roti gradenia sahaja. At least, saya TIDAK MAHU membuatkan Azeem tertunggu-tunggu sehinggakan apabila dia abis waktu rehat dia tak dpt makan semata-mata menunggu ibu atau bapanya menghantar makanan.

Apa yg menarik minat saya ialah betapa saya kagum melihat scenario pada waktu ini. Ramai betul ibu bapa yg menunggu di luar pagar belakang berhampiran kantin, semata-mata untuk membekalkan makanan untuk anak-anaknya. Bukan sahaja dalam kalangan ibu-ibu yg tak bekerja, tapi ada juga dalam kalangan yg berkerjaya dgn Toyota Harrier. Maaf, saya tak dpt nak buat comparison dgn sekolah-sekolah rendah yg lainnya, sebab saya mmg tak pernah keluar dari sekolah pada waktu rehat kanak2 riang ini. Maka, saya tidak pasti apa yg berlaku. Cuma, apabila kejadian ini saya nampak depan mata, barulah saya mengakui betapa ada sebahagian ibu bapa yg begitu `berdedikasi" membekalkan anak2 nya dgn makanan-makanan yg dimasak sendiri. Malu betul saya bila saya menghulurkan sebungkus polisterin Nasi Lemak kepada Azeem atas kelalaian saya sendiri. Ibu-bapa yg lain2 siap 2-3 bekas makanan untuk anak2nya. Oh...sesungguhnya kamu adalah idola ku (dlm hal2 mcm ni lah).

Paling syahdu apabila melihat gambar ini:




Seorang bapa pun sanggup menghantar makanan kepada anaknya. Bapa tau, bukan senang. Pastu tgk lah, beria dgn botol Teh Susu atas bonet tu. Saya menegur dia "Wahh...rajinnya?" Dia menjawab "Hari-hari mmg ini macam mmaaaaa... Mama dia masak, saya hantar dulu, baru pergi kerja lah". Good Job, Father!


Itu scenario di SJKC Kulai Besar, Kulai. Kali pertama saya saksikan setelah 2 tahun saya menghantar Azeem belajar di sini. Mungkin saya tidak dapat menghantar makanan seperti ini. Tapi menjadi `main supplier" makanan kepada anak-anak kita adalah mungkin sesuatu yag telah mula kita lupakan dari hari ke hari. Anda bagaimana?



dan Intan....tolonglah. Jgn bangun lambat lagi.

Saturday, June 4, 2011

phewww...lega!

Asalamualaikum,




Minggu pertama cuti persekolahan pertengahan tahun ini, otak saya agak berserabut. Ada macam2 hal yg perlu saya uruskan. Kelas tambahan lah, tempahan kek dan cupcakes lah, dan macam2 lagi. Tapi bila nak start buat kerja je, saya baru perasan, satu kerja pun saya tak bole buat sebab rumah saya macam tongkang pecah! Saya ni pulak, mmg tak bole bekerja apabila rumah dlm keadaan bersepah. Kalau nak mandi pun, saya tgk keadaan bilik air tu dulu. Kalau tak best, saya cuci dulu baru mandi. Saya kadang2 pun hairan, macammana sesetengah org bole bekerja dalam keadaan yg berserabut dan tidak terurus. Tapi, biasalah, lain orang, lain ragam (harus positif gitu?)
[keadaan asal yg bukan sahaja kucing boleh beranak di sini, bahkan kelawar juga]

Hari Ahad lepas, saya buat `post-mortem' sekeliling umah. Dari depan sampai ke belakang saya study - apa yg tak kena ya? Selidik-punya selidik, saya telah sampai ke satu conclusion yg bilik belakang (yang selalunya saya jadikan bilik `bekerja') sangat serabut, bersepah, dan tidak efektif dan produktif. Memang bilik tu kami buat sebagai bilik solat dan bilik bekerja, tapi ianya perlu perubahan dan revolusi! Saya pun sebagai Menteri Kerja Raya di rumah ni, meminta setiap individu di rumah ini (termasuk si kucing hitam legam -Bront) supaya dapat menggembleng tenaga merevolusikan bilik ini.

Tisya pun lately sudah pandai mengkomplen yg dia `tak ada privasi" (apa??? budak 5 tahun pun tau privasi?) dan dia perlukan bilik sendiri. Tak sampai hati lah pulak Mama dia ni. betul jugak. Dgn bilik Azeem yg penuh dgn robot dan gitar, sungguh tidak `girly' kan? So, this is the most suitable time, I think.

Hari Ahad selepas pulang dari kelas Macaroon di Indahpura (ala...yg pura-pura Indah tu) saya singgah di kedai perabot Yiong Huat. Asalnya nak cari gobok baju Tisya je. Tapi terjebak beli katilnya sekali, InsyaAllah, masih ada ruang untuk solat berjemaah di bilik belakang tu. Dan bila bilik belakang tu dah siap tersusun, saya ada banyak ruang lain untuk menyimpan barang2 dan menyusunnya mengikut keperluan. Itu yang paling penting.

Jadi, setelah mengerah semua tenaga yg ada, (dgn En FA pun saya kerah angkut semua barang dan mengvakum karpet) saya memulakan usaha untuk transform bilik belakang tu. Tak payah panggil Eric Casa Impian lah, saya pun bole deco apa? Hehehhehe...


[satu sudut yang Tisya paling suka]

Setelah semuanya selesai...inilah hasilnya. Sori ye Tisya, bilik kecik je, tapi bole la. Nnti Mama adjust lagi mana-mana yg boleh.

[keadaan bilik yg dah siap : heheheh terpaksa tumpang set Vantage bwh katil Tisya sbb kabinet kat dapur pun dah tak muat dah.....]


Yeaaaaayyyyyy! Rumah dah siap kemas semuanya. Hati senang....alalallalalalalallaalla.....



jom gi shopping?

Friday, June 3, 2011

Walnut Brownies

Assalamualaikum,

Pagi tadi, celik2 mata je Tisya ckp "Mama, Tisya nak chocolate cake Mama". Adeh...nak buat breakfast pun dah rasa bercinta, apatah lagi nak membuat kek. Minggu cuti sekolah ni, saya agak malas ke dapur sbb keadaan rumah yg agak tidak selesa (akan saya ceritakan dalam entry akan dtg). Jadi, saya beranggapan Tisya lapar selepas bangun tidur dan InsyaAllah..lepas sarapan nnti dia tak akan meminta `bukan-bukan' lagi.

Saya menyediakan bubur & telur & nugget untuk dia bersarapan. Rupa2nya selepas kenyang pun dia masih nak kek coklat tu. Saya memikirkan, bila hanya dua beradik ni je yg nak makan, malas betul nak buat the whole cake. Nak bagi jiran2 pun mcm dah tak larat sbb `kesian' diaorg asyik jadi tempat eksperimen saya. Jadi, pikir punya pikir, saya bercadang untuk buat Walnut Brownies sahajalah sbb saiznya yg agak kecil.



ok, di sini saya sertakan cara-cara nak buatnya sbb ianya SANGAT MUDAH dan  saiznya agak kecil dari coklat kek biasa.

Mula-mula amik 120gm gula dgn 70gm butter


pukul sampai kembang atau gebu ala2 Zila Bakarin, then masukkan 2 biji telur. Pukul lagi.



Pastu, 100gm tepung gandum diayak bersama 70gm serbuk koko.


Pastu, masukkan tepung & koko yg telah diayak tu ke dalam bowl yg ada butter+gula+telur tu tadi.


Next, ambil 55gm Walnut, dan cincang


Kemudian, masukkan walnut ke dalam adunan


Then, masukkan ke dlm loyang. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.


Sementara tu, cairkan coklat masakan dgn sedikit butter untuk buat topping.


Bila brownies nya dah masak, tunggu sejuk sekejap, baru letak topping dan hias dgn walnut ataupun kacang pecan pun bole....


Gambar ulang tayang lagi...brownies yg dah siap. Senang je kan buatnya? tak payah guna soda bikarbonat atau baking powder pun. sgt mudah.

Menarik kan? Lagi satu, jgn lupa ya, brownies harus dipotong square. Baru namanya brownies...



hehehehhe,,,ada satu cerita : ngam2 tiap topping coklat tu siap dimasak, gas pun abis... malasnya nak tukar gas sendiri. Tapi ayam dah defrost.


Canne ni? nak masak apa untuk tghari ni?

Wednesday, June 1, 2011

Wish List

Assalamulaikum!

hehhehehe...kali nak nak buat short entry yang mcm budak2 sikit. Bole? Nak buat entry pasal wish list. Biasanya wish list ni adalah barang2 yang mampu kita beli, tapi kalau kita nak beli, kena fikir 3-4 kali dulu (baru fikir, beli atau tak, tak tau lah tu)... 

Jangan pelik ya? Nama je seorang Cikgu, Ibu, Isteri, tapi kalau tgk tgk wish list tu, ada yg mcm tak relevan dgn status giteeww....

No 1.

Nikon D700 (bukan D7000 tau) - yang ni range harganya dlm RM8,888.

memandangkan Nikon D60 yg ada tu mcam dah semakin season, terpaksa lah saya mengintai-ngintai gadjet yg baru. Kamera cari rezeki lah katakan....

No. 2


Kenwood Mixer -  range dlm RM3,200

yang ni pun perlu jugak, memandangkan aktiviti masak-memasak dan kuih-mengkuih semakin `berleluasa', kalau takde yng hands-free, rasa mcm dah letih dah makcik. skrg ni, masih setia dgn Philips yg guna tangan je tu (RM80) je.

No 3.


Blackberry Curve 3G 9330 - harganya dlm RM1,100 je.


hahahhahaha....saya sebenarnya dah lama suka Blackberry ni, tapi biasalah...henfon lama masih dlam keadaan baik. N95 dulu pun hadiah dari En FA. So, bila N95 tu masuk workshop sbb hang, saya layan beli Nokia C3 yang murah tu je. Skrg N95 tu diguna oleh En FA, saya lak guna C3 tu. Kenapa bukan IPad atau IPhone? ntah la...mcm tak minat lah pulak.



No. 4


Recaro Seats (complete set) - harga dlm RM4,000

hahahhaha...yg ni agak mengarut sikit. Tapi dah namanya Wish List kan? RECARO SEAT. Mcm hapa ntah saya gilakan seats ini time bujang @ zaman merempit dulu. Sampai sekarang masih tak dapat. Ni mmg kena betul2 tunggu duit terpijak nih.





sekian sahaja lah saya merapu pada pagi ini sebelum pergi ke dapur....

apakah wish list anda?