Tuesday, August 16, 2011

marble cheese brownies

Assalamualaikum,

Kali ni, saya nak berkongsi resepi untuk membuat marble cheese brownies. Agak leceh juga, tapi bila dah siap, dan tinggal ngap je, rasa sgt berbaloi-baloi dgn rasanya. Try lah!

Langkah dan Bahan A:

1. Amek 250gm butter dan cairkan (api slow je, jgn sampai mendidih)


2. Then, masukkan 1 cawan serbuk koko...slurrpppp!! very the chocolateyyyyyy.... Kacau sampai sebati, tutup api dan ketepikan.

3. Dalam bowl lain, masukkan 1 1/2 cawan gula dan 3 biji telur, whisk.

4. Lepas whisk, masukkan dlm adunan butter chocolate tadi. Kacau lagi sampai sebati.

5. Masukkan 1/2 cawan susu segar. Settle? - pastu ketepikan.


Langkah dan Bahan B :


1. Ambil 1 teaspoon soda bikarbonat dan 1 teaspoon baking powder, ayak dgn 1 1/2 tepung gandum.



2.  Masukkan campuran bikarbonat + baking powder + tepung tadi ke Bahan A. Gaul sampai sebati.



3. Then, masukkan ke dalam loyang yg nipis sikit lah utk dibakar. Pada masa yang sama, simpan sikit dlm satu sudu besar utk dibuat lorekkan last-last nnti.

Then, bakar di suhu 180 darjah, selama 20 minit.


Bahan C :

1. Pukul satu pek 250 cream cheese, pukul dgn 1 cawan gula castor dan sebiji telur, sampai gebu.

 

2. Then, bila adunan yg dah siap dibakar tadi dah siap dan hampir sejuk, ratakan di atasnya. MasyaAllah, time ni harumnya bau!



3. Ingat balance adunan brownies yg saya suruh simpan sikit tadi? haaaaa...time ni lah gunanya. Mari lorekkan dan `marble'kan dia!


4.  Taaaadddaaaa....pastu bakar semula dalam masa 10 minit, dan cenggini lah rupanya sebelum dibakar.




hhhaaaaa.....yang ni dah siap dibakar, dipotong, dan nak deliver ke jiran-jiran.


sedap tau, korang! Try lah buat. tak susah pun. Tapi saya tak bertanggungjawab di atas kenaikan kadar kolesterol dan lemak ya! sendiri tanggung...hahahahah...


Majulah lemak utk kenaikan berat badan kita!

Sunday, August 7, 2011

puding karamel

Assalamualaikum,

Hari ni dah hari yg ketujuh kita menunaikan ibadah puasa untuk tahun 2011 ini. Alhamdulillah...diberi kesempatan untuk menjalani ibadah ini untuk kesekian kalinya...

Ok, kali ni takmo membebal panjang. Cuma saya nak kongsi resepi yg tersaaaaannggggatttt lah mudahnya untuk dibuat sendiri dirumah. Saya, kalau dah buntu, atau tak sempat sgt nak buat kuih-kuih lain, saya rasa, inilah yg paling simple, hatta budak darjah 6 pun bole buat tanpa ragu-ragu.



ok, cuba tgk resepinya.....atau  step2 canne nak buatnya.


1.  panaskan periuk kukus.

2. ambil loyang, dan 2 sudu besar gula. Letak atas dapur, masak sampai ianya bertukar keperangan. Ketepikan.

3. pukul 7 biji telur + 1/2 cawan susu manis + 1 cwn susu full cream + 1 cwn air + satu teaspoon vanilla.
   Pukul sampai sebati.
   [kat sini anda bole adjust kemanisannya. agak2 manis sgt, kurangkanlah susu pekatnya].
   tapi, bole dikatakan saya ni jenis org yg kurang sikit dgn makanan manis, so pada saya, yg ni just nice.

4. Tuang dalam loyang yg ada caramelised sugar tadi, kukus dgn periuk yg betul2 dah panas selama 20 minit.


then, kuarkan dari periuk dan sejukkan kat room temperature dulu, baru masuk dlm fridge.

Serve best when cold  = paling dahsyat sedap rasanya bila sejuk.... :)


Hehhehe...sorry ye, time nak buat benda ni, kamera saya telah dilarikan oleh En FA ke Port Dickson. Kamera henfon pun takdek. Yg dpt bila ianya dah jadi produk, baru dpt snap picture. Nnnti2 lah saya add gambar (itu pun kalau saya nak buat lagi dlm masa terdekat)


Amacam, senang giler kan? Jom lah buat kat rumah.

Friday, August 5, 2011

alahai anak mama...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini dah 5 hari kita berpuasa. Setakat ini dengan diizinkan Allah, saya masih lagi dapat berpuasa. Hehehehhehe.... Maklumlah, kadang-kadang fikiran saya ni mcm budak2 juga. Mcm nak buka puasa je kalau dah mcm tak tahan. Aparaaa.....

Syukur juga kepada Allah, saya dapat menunaikan tanggungjwb terhadap keluarga untuk menyediakan juadah berbuka puasa sehingga ke hari ini. Tapi, takmo lah ckp beria, sbb hari depan, mana kita tau kan? Tapi itulah, saya gembira dapat balik cepat setiap hari dan memasak untuk anak2 saya. InsyaAllah, berkat air tangan ibu, saya berharap anak2 saya menjadi anak yg soleh dan mendengar kata.

Sebenarnya kegilaan saya terhadap memasak yang menggila di bulan Ramadhan bukanlah disebabkan saya `suka' memasak sgt. Tapi satu fakta yg paling utama ialah saya tidak suka pergi ke Bazar Ramadhan Ntah kenapa ntah, saya mmg tak suka. Antara sebabnya ialah

1. waktu ptg2 tu dah letih
2. berat nak angkut makanan, esp kalau nak beli air sekali
3. saya mudah berasa `sunyi' di tengah org ramai.
4. parking kereta? masyaAllah....
5. makanan2 yang dijual, kdang2 harganya tidak munasabah, tapi tak sedap pun

anda setuju dgn pilihan yg mana?  Ataupun, anda sendiri mmg kaki Bazar Ramadhan? Tak kisahlah tu, sbb masing2 akan justifikasinya masing-masing kan? Cuma kalau saya, saya lebih rela bersilat di dapur menyediakan makanan (walaupun cuma sayur tumis air dan ikan goreng) drp pergi ke Bazar Ramadhan. Cuma kadang2, kalau saya malas, saya akan beli kuih-muih sbb kebanyakkan pembuatannya agak leceh kan?

Saya nak share pengalaman saya smlm (Khamis-4 Ogos). Azeem balik dgn En FA, sbb ada tuisyen yg habis jam 5.30 dan kebetulan saya tiada henfon dikala itu. Jadi tiada means of communication dan saya masak je lah. Nasi Goreng dan Mee Goreng, ayam goreng. Dgn sandwich telur sbb appertizer dan puding karamel sbg dessert. Tapi bila En FA balik je, byknya makanan yg dia beli. Rasa frust pun ada sbb pada saya "abislah- sape nak abiskan makanan?". Dan salah satu makanan yg dibeli ialah Ayam Goreng, sedangkan saya pun ada menggoreng ayam sebentar tadi. Tapi time berbuka puasa, Azeem mmg nak makan Mee Goreng saya dan ayam goreng "mama", instead of ayam goreng yg dibeli tadi. Yes! 1-0!

Hari ini begitu juga, hanya saya dan Azeem berbuka bersama sbb En FA kena bertugas di showroom sampai pkl 9. Rasa malas nak masak mmg sgt menebal, tapi saya tetap bercadang untuk memasak (yg simple-simple je lah). Time drive tu saya tanya Azeem

"Nak makan apa? ke kita pegi Bazar Ramadhan je?"
"Takmo lah. Nak beli air je"
"Mama ingat nak masak Macaroni dgn Chicken Soup je"
"Mama, masak nasi dgn Tauhu Jepun Sweet Sour lah mama"
"Lagi senang keje Mama....." sambil tersengih.

Yes! 2-0!

Maka tadi, saya berjaya menyiapkan cucur udang sbg appertizer dan Nasi Putih dengan Toufu Sweet Sour, Ayam Masak Kicap. Kuih saya tak sempat buat sbb lepas Asar td saya tertidur atas sejadah. Tapi Azeem punya beria lah makan, sampaikan saya terpaksa sekat-sekat dia makan, sbb takut perut nya terkejut dan takut susah nak tunaikan solat nnti. Siap dia cakap "Mama masak sedap giler! Mama masak lah byk2 pastu jual kat Bazar depan tu"....Alahai, ko ingat aku dah takde kerja lain ke nak buat? Hehehehhehe....





Moms,
makanan yg simple, kalau dimasak berterusan, will capture other people's heart. InsyaAllah...