Sunday, July 13, 2014

Ramadhan

Assalamualaikum,

Dah berhabuk dah blog ni. Bayangkan, last posting 1 Februari yang lepas. Dgn hari ni punya posting 13 Julai. Almost 5 bulan kan? Ye lah, sibuk satu hal, takde mood pun satu hal.

Pejam celik, pejam celik, hari ni dah 15 Ramadhan. Alahai...cepat betul masa berlalu. As usual, bila usia dah menginjak tua ni, segala nikmat dunia Allah dah tarik satu persatu. Raya pun dah tak rasa raya. Malahan, rasa sayu dan sedih nak meninggalkan Ramadhan, kerana hilang sudah segala keberkatan dariNya yang tak ternilai di bulan yang mulia ini. Kalau boleh diberi pilihan untuk tak nak berhari raya, mungkin itu yang saya akan lakukan. Tapi...kesian pulak kat anak2. Mungkin di sini saya perlu berlakon dengan sebaiknya agar mereka dapat merasakan kemeriahan berhari-raya.

Seiringan dengan usia juga, seharusnya di peringkat ini, cubalah dan marilah kita bersama-sama mencari rahmat dan keredhaan illahi. Kadang-kadang, terasa malu dan hina setiap kali menunaikan solat, apabila mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan. Betapa kerdilnya kita sebagai hamba, dan betapa mulianya Tuhan kita yang masih memberi peluang untuk kita cuba menginsafi diri dan memperhambakan diri kepadaNya.


Selamat Menunaikan Ibadah puasa kawan-kawan,
Selamat lah kita pulang ke fitrahNya.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.