Tuesday, September 27, 2016

Ke laut dalam...

Assalamualaikum semuaaaa!!

Haih...bersarang habis blog ni kan? Dulu kengkonon berjanji nak gunakan blog ni sebagai mini diary, tapi tu lah...janji tinggal janji.

Terlalu banyak peristiwa dan pengalaman yang tak dpt saya rungkaikan dengan kata-kata. Anak pun dah bertambah, perjalanan PhD pun sudah separuh jalan, sekolah tempat berkhidmat pun dah bertukar. Hobby juga silih berganti. Bermula dari infant care (homemade food and puree), dan sekarang lebih kepada fitness, cycling dan weight loss. 

Apa pun yg anda dan saya lakukan, semoga semuanya baik-baik belaka, Semoga terus berada di bawah lindungan Allah. Aminnn...





Intan
4.00 pm.
Kursus eKomPeg
PPD Kota Tinggi.



Tuesday, July 14, 2015

Victoria Sandwich Cake

Assalamualaikum,

ehhh...lamanya tak update blog kan? Busy yang teramat sangat lately. Dengan PT3 lah, dengan study lah... dan dengan macam-macam lagi. Sebenarnya hari ni saya nak share resepi Victoria Sandwich Cake. Pada saya, agak mudah, Level 2 sahaja, so, apalagi? jomlah try.




Kredit to: Azlitamasammanis


Bahan Kek

220 gm tepung kek
30 gm tepung jagung
secubit garam

Bahan-bahan ini perlu di ayak sebanyak 3 kali

250 gm gula castor
250 gm butter tanpa garam
2 sudu besar golden syrup
2 sudu teh esen vanilla
5 biji telur


Satukan gula, butter dan golden syrup dalam bekas pemutar dan putar hingga adunan kembang dan gebu.
Jangan lupa untuk scrap tepi mangkuk pemutar supaya adunan di pukul rata
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik sambil di putar perlahan
Tambahkan esen vanilla dan terus putar hingga sekata
Tambahkan tepung yang telah di ayak
Kaup balik dengan spatula hingga rata
Tuangkan adunan dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan butter dan di lapik dengan kertas pembakar.
Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C
Bakar kek selama 25 ~ 30 minit.
Jangan terlebih masa nanti ia keras 

Sementara menunggu kek kita masak sediakan krimnya pula jika anda sukakan kek yang berkrim. Kalau tak suka krim boleh terus sapukan jam atas kek.

Lepas tu hias lah ikut suka. Cuma kalau dah namanya Victoria Sandwich tu, kena hias dgn strawberry dan buah-buahan omputih.

Selamat Mencuba tau!



Ramadhan, Semoga Kutemuimu Lagi.

Assalamualaikum,

Rupa-rupanya sudah setahun saya tidak membuat nukilan di blog saya ini. terlupa memberi khabaran kepada rakan-rakan blogger yang saya sudah pun memeprolehi cahayamata yang keempat, yang sebenarnya sudah pun berusia 6 bulan . Khairyn Nur Addeena namanya. Harapannya agar dia juga comel seperti saya. ~ngee~

Demikian juga dengan kehadiran Deena kali ini, saya terlalu sibuk menguruskan hal-hal mereka. Terasa tidak cukup 24jam itu sehinggakan tidak terasa Ramadhan kali ini akan berlalu pergi beberapa hari lagi. Tak cukup bekalan amal ibadahku Ya Allah... Kumohon agar kudipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.


Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.


Sunday, July 13, 2014

Ramadhan

Assalamualaikum,

Dah berhabuk dah blog ni. Bayangkan, last posting 1 Februari yang lepas. Dgn hari ni punya posting 13 Julai. Almost 5 bulan kan? Ye lah, sibuk satu hal, takde mood pun satu hal.

Pejam celik, pejam celik, hari ni dah 15 Ramadhan. Alahai...cepat betul masa berlalu. As usual, bila usia dah menginjak tua ni, segala nikmat dunia Allah dah tarik satu persatu. Raya pun dah tak rasa raya. Malahan, rasa sayu dan sedih nak meninggalkan Ramadhan, kerana hilang sudah segala keberkatan dariNya yang tak ternilai di bulan yang mulia ini. Kalau boleh diberi pilihan untuk tak nak berhari raya, mungkin itu yang saya akan lakukan. Tapi...kesian pulak kat anak2. Mungkin di sini saya perlu berlakon dengan sebaiknya agar mereka dapat merasakan kemeriahan berhari-raya.

Seiringan dengan usia juga, seharusnya di peringkat ini, cubalah dan marilah kita bersama-sama mencari rahmat dan keredhaan illahi. Kadang-kadang, terasa malu dan hina setiap kali menunaikan solat, apabila mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan. Betapa kerdilnya kita sebagai hamba, dan betapa mulianya Tuhan kita yang masih memberi peluang untuk kita cuba menginsafi diri dan memperhambakan diri kepadaNya.


Selamat Menunaikan Ibadah puasa kawan-kawan,
Selamat lah kita pulang ke fitrahNya.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.




Saturday, February 1, 2014

my chronic inferiority complex

                         

pernah tak korang merasakan rendah diri yang teramat sangat?

perasaan nya mcm : masuk dlm KLCC buat pertama kali, memula kagum, hebat, tetapi bila korang realise baju korang cuma t-shirt Lois dan jeans LadyLike, dan berkasut Bata, korang rasa macam nak simpan kepala korang dalam poket. [the exact feeling I felt when I was 17, first time masuk KLCC]. rasa macam nak lari jauh-jauh, time tu jugak.

perasaannya bila dah akhir form 5 dulu, korang noticed masing2 dah ada balak, masing-masing dah ada secret admirer, tapi ko sendiri takde sape yang noticed. korang rasa, "buruk beno ke aku ni?"

*sigh*

bukan nak mempersoalkan Allah (nauzibillah), tapi godaan syaitan yang sentiasa nak melemahkan kita. yang mana, kita terkadang-kadang begitu dahagakan puji-pujian dan penghargaan dari manusia untuk merasakan kita belongs to somebody, or some place. 

saya selalu merasakan bahawa saya tidak akan pernah layak untuk sesuatu, atau seseorang. Contoh paling dekat sekarang ialah apabila saya sambung belajar, saya tahu saya perlu berada di dalam komuniti itu. English for example. Saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang bercakap omputih, yang mempunyai kaitan dengan apa2 pun yang berkaitan dengan omputih, yang membaca novel2 omputih, mahupun apa2 sahaja yang sewaktu dengannya. Yang ada, cuma kegemaran menonton rancangan2 dari negara2 omputih sewaktu zaman kecil saya seperti McGyver, Knight Rider ataupun Dallas (teman mak tengok malam-malam). Hanya itulah sumber utama saya mengenali bahasa yang boleh dikatakan saya sedang majoring sekarang.

apabila mengambil keputusan untuk majoring dalam TESL atau English, saya mempunyai masalah yang amat besar iaitu saya tidak dapat bertutur dengan baik. Ya, sehinggalah sekarang. Vocab saya masih lagi limited, sususan ayat masih berterabur dan saya masih buat occasional grammar mistakes. saya berasa begitu kerdil apabila berada dalam kalangan intelektual Bahasa Inggeris, kerana mereka begitu bebas untuk mengutarakan pendapat dan buah fikiran mereka dalam memperkembangkan bahasa ini sedangkan saya masih lagi perlukan masa untuk menyusun kata-kata.

that is me. moi.

however, saya noticed perkara ini hanya berlaku apabila saya tidak berasa secure dengan sesuatu keadaan. peliknya, time mengajar ok sahaja. time menyumpah, laju semacam. in fact, I still remember when I did my presentation time nak dapat Master hari tu, ada sorang professor mengatakan yang saya mempunyai kredilbiti yang cukup untuk menyakinkan orang dengan bahasa dan gaya menyampaian saya. saya dikatakan boleh 'menjual' sesuatu dengan laras bahasa dan pilihan perkataan yang tepat, that was when I have already gain my confidence and overcome my inferiority complex.  

sampai bila Intan? sampai bila kau nak rasa yang ko tak layak untuk sesuatu?
sampai dah nak grad PhD nanti?
sampai bila nak bersembunyi dalam kepompong sendiri dan terus menyalahkan 'kekurangan' diri sendiri?
sampai bila yang ko nak rasakan bahawa orang lain semua hebat dari kau, dan kau tak mempunyai apa-apa?

atau...

mungkinkah aku sememangnya tidak layak? untuk semuanya?


my study time starts at 11.30 p.m. almost everyday and sometimes it is up to...no, no exact time, which it means sometimes I was sleepless. dont tell me I did not work hard enough to improve myself.

Sunday, January 26, 2014

Hopeless

Assalamualaikum,

Hopeless.

Sebenarnya agak janggal perkataan-perkataan yg membawa maksud kurang enak diutarakan oleh insan yang bernama Intan Haryati ini. Perkataan-perkataan yang selalu dinyatakan selalunya bersifat positif, ceria dan bermakna. Tapi akan ada sesuatu ketika, ketika keadaan berada di luar kawalan kita, kita tetap akan berasa sesuatu perkara itu kurang bermakna dan kurang bermanafaat.

ceritanya begini,

saya, adik saya Dayah dan Ayah kami telah bersepakat menjalankan perniagaan Homestay. Saya bertugas sebagai 'Pegawai Marketing', Dayah sebagai Pegawai Domestik dan Ayah pula sebagai Penasihat Kewangan. Semuanya berjalan lancar sehinggalah saya sendiri terpaksa berhadapan antara nilai-nilai kemanusiaan dan nilai perniagaan, apabila berurusan dengan pelanggan-pelanggan yang memerlukan.

nak dijadikan cerita, ada seorang customer memohon untuk menginap di homestay selama setengah bulan sementara dia dan keluarganya menemui rumah sewa yang lain di Yong Peng. Allah... bila ada yang memohon sebegitu, manakan saya tidak simpati?? Saya sendiri pernah merasakan sukarnya untuk membina keluarga dan saya sendiri pernah merasakan betapa sukarnya memulakan keluarga di tempat yang begitu asing, tanpa sesiapa yang dikenali, dan mengharapkan agar orang lain dapat membantu, atau sekurang-kurangnya mengerti. Saya begitu gembira untuk membantu, (tentulah dengan kadar yang berpatutan dgn kos melepas sekiranya ada customer lain mahu menginap), akan tetapi, malangnya Ayah tidak mengizinkan atas kerisauan yang saya tak dapat  fahami, walaupun telah berbincang berkali-kali. End of story.

Saya rasa:

Hopeless. 
Kesiannya dia...
Marah kepada diri sendiri,

ada orang datang secara terus kepada saya, untuk meminta bantuan, tapi saya tidak dapat membantu kerana kuasa tidak terletak di tangan saya.

whoever you are out there, [Puan Marina from Labis and her 3 yo daughter], I deeply apologised. I just want you to know

I feel bad
I feel useless
I feel horrible.
I feel mad to the world.
and I want you to know I pray that Allah will make it convenient for you, and your family too.



Love, 
Tuan Rumah yang tak punya kuasa sebab rumah tu bukan saya punya.



   ps: Gambo kasut ni saya upload sehari selepas original post ini, untuk mendamaikan hatiku yang lara kerana kasut ini sungguh hensem dan sungguh kumimpi-mimpi selalu.
          Aritu try usha kat JPO, dia kata takde kat outlet tu, pastu gi Mahkota Parade, rupa2nya baru saya tau model ni hanya ada di Klang Valley.

Soalannya: bila nak pegi beli, sedangkan dah 2 tahun saya tak gi KL?

Monday, December 2, 2013

Grilled Salmon in Hollandaise Sauce

Assalamualaikum,






Dah lama betul saya tak mengemaskini blog saya kan? hmm...dah berhabuk. Macam-macam dugaan yang mendatang time cuti sekolah ni, tapi Alhamdulillah, setakat ini saya masih mampu mengharunginya.

Ok kawan-kawan, hari ini saya nak berkongsi resepi tentang menu yang saya agak suka memasaknya sbb ianya sangat simple, sedap dan mudah untuk disediakan. Seriously, saya betul-betul suka lah. Pastu, bila upload di Facebook, ramai pula yg pm utk bertanyakan resepi sbb hollandaise sauce ini adalah sauce yang agak asing dalam masyarakat Melayu. So, bila saya minta Gugel je, ramai yang meminta saya utk me'nyimpelkan'  resepi ini kepada Bahasa Melayu dan veri org Melayu. Lagipun, melalui pembacaan saya, dikatakan Hollandaise Sauce adalah sos yng paling sesuai untuk makanan laut seperti salmon, crab dan juga lobsters. Jom, saya share resepi ya?


1. Ambil US potato dan baby carrots, rebus sampai lembut. Bila dah lembut, tapis, ketepikan dulu.
    
              Untuk membuat Potato Salad 
     
             1. Potato
                 Salt dan Pepper
                 Mayonis
                 Chives (kucai) dan Parsley (daun sup) , gaulkan ikut jumlah yg disukai.


2. Ambil Asparagus dan baby carrots, rebus, toskan dan kemudian goreng tohor dengan butter dan garlic. Settle.


3. Salmon, grilled dengan salt dan pepper je, seriously less is more. Tak payah tambah bahan bukan-bukan. Masaknya pun jangan lama-lama sbb nnti jus dlm salmon tu akan keluar semua. Sekejap je, tak sampai 10 minit utk kedua-dua belah.


4. Last sekali...kita buat Hollandaise Sauce nya;

    Ambil 2 biji telur kuning sahaja.
    Masukkan dlm bekas dalam keadaan double boiled.
    Sambil double boil tu, kacau kuning telur tu dan ianya sangat penting supaya telurnya tak berbiji-biji mcm       telur dadar.
    Masukkan air sikit, salt dan pepper.
    Pastu, masukkan butter sikit demi sedikit sampai agak likat.
    Lastly, bila agak-agak telur dah masak, masukkan jus lemon. (agak-agaklah, makcik tak gheti nak bg sukatan yang precise sbb saya ni masak main campak-campak je, ikut sedap mulut)
     [time masukkan lemon tu, secara automatik warnanya akan jadi sgt cantik atas dasar tindak balas kimia]




Lasssssstttt sekali, hidangkan dengan cara assemble semua bahan-bahan tadi:

Grilled Salmon,
Potato Salad,
Pan Seared Asparagus and Baby Carrots
Hollandaise Sauce.


            Taraaaaaaa.....!! my 30 minutes meal ala Jamie Oliver (hahahhaha...poyolah mak!)

p/s: memasak itu mudah.



Thursday, October 3, 2013

Dunia Yang Semakin Penuh dengan Kebencian

Assalamualaikum,



Pernah tak bertanyakan diri ketika memandang siling di bilik, apakah yang kita sedang lakukan? Jawapannya bukanlah tengah feeling2 layan perasan nak tido dek kepenatan. Tapi, seriously, exactly, apa yang kita sedang lakukan dan apa yang kita perjuangkan?

Sejujurnya, akhir-akhir ini saya agak kecewa dgn pandangan masyarakat. Yes, I know they are not the ones who feed me. But somehow I do care about people's opinion dan dalam segagah-gagahnya saya, kadang2 akan terkecewa juga.

Saya fasih bahawa setiap orang mempunyai sesuatu untuk dipertahankan. Begitu juga saya.  Dan sekiranya ada yang mengatakan apa yang saya buat adalah salah dan tak betul, somehow kita kena juga bersifat defensif. It is just the matter how you deliver the matter.

Tolonglah manusia, tolonglah jangan ada sekelumit perasaan yang dengan bangganya mengatakan "Aku betul, dan kau salah". Mahupun "Aku bagus, kau kena ikut cara aku", "aku alim dan cara aku akan membuatkan aku masuk syurga, dan cara kau akan membuatkan kau masuk neraka". Tolonglah...

Tolonglah, setelah puas kau men-nyound orang, kau tetiba akan 'memujuk' orang itu dengan ayat yang paling 'lembut' bahawa kau juga adalah manusia biasa sedangkan kata-kata tadi menunjukkan yg kau adalah manusia paling sempurna. Tolonglah...

Kenapa, atau, begitu sukarkah untuk menerima 'perbezaan' dan menerima perbezaan itu dengan hati yang terbuka? Mengapa begitu sukar untuk manusia, mencipta reasoning yang positif atas apa yang berlaku, instead of you negatively blaming others?

Meh ikut tips saya: Bila nampak, terjumpa apa yang negatif je, banyak2lah ingat bahawa setiap yg berlaku itu adalah dengan izin Allah, Hidayah yang diberi pun tak semua yang dapat. Doakan mereka yang baik2 sahaja. Doakan Allah akan mengurniakan rahmatNya pada orang yang 'lain' itu kerana seraya kita mendoakan org yg tidak tahu kita sedang mendoakan mereka, maka kebaikan doa itu akan berbalik kepada kita. 



InsyaAllah.






Wednesday, July 24, 2013

Homemade Capati dan Kari Super Sedap!

Assalamualaikum,

Apa kabar semua? Alhamdulillah hendaknya. Kali ini saya nak share resepi Capati cara Mak saya, di mana saya tetiba dapat seru nak masak bulan puasa ni. Nak makan kat kedai, biasalah, tak tau lagi kualitinya macam mana. So, kena lah buat sendiri ye.

Ok, memula, beli Tepung Atta yg satu pek RM4 tu. Kalau utk 4 org makan ni, saya guna cuma setengah paket tu.

1. So....1/2 peket + air garam + margerin (minyak sapi lagi sodap!) = ulilah sesuka hati asalkan jadi macam doh roti. Biarkan lebih kurang 1/2 jam atau sejam sebelum uli.





2. Sementara tu, sediakan bahan2 utk buat kari ala2 mak saya yang sedap tu.

  [sebiji bawang besar + 5 biji bawang merah + seinci halia + 3 biji bawang putih + secubit halba = blend]


3.   Jangan lupa preparekan bahan2 suka hati.



4. Tumis bahan2 yg dah diblend, lepas naik bau, baru tumis kari. Then, masukkan ayam dan kentang dulu.
   Then, masuk santan, baru masukkan carrot. Masuk garam, kiub ayam, dgn air asam. Laaaaast sekali, masukkan kacang panjang dan lada potong. [kalau ada terung dan bendi laaaaagi sllluuurrrrp!]

 [tadaaaaaa....kari dah siap!]


5. Selepas sejam, boleh lah dicanaikan capati tu. Tapi sebelum tu, bulat2 kan dulu supaya berat dan saiznya sama.


6. Proses menggelek dan mencanai pun bermula lah.... [time ni akan messy sesgt]




pastu bole le goreng tanpa minyak. Tapi sorry tau sbb takde gambar product sbb time menggoreng tu, En FA pun balik dan ajak buka umah MIL pulak. So, lepas goreng tu, terus masuk Tupperware.

Cubalah! Pasti yummy.

Monday, July 15, 2013

Apa lagi kau mahu?

Assalamualaikum,



[beli buku online yang membuatkan perassan bercampur baur: happy sbb dah dapat buku yg dikehendaki, sedih sbb abis duit]

Entry yang saya tulis di sekolah pagi ini adalah berdasarkan perasaan saya. Memula rasa tertekan sbb tak dapat reach supervisor utk dapatkan feedback pasal proposal, tapi time2 dah nazak pagi tadi, Alhamdulillah, Allah permudahkan untuk saya. Dr Zairus sms pagi2 (dapat hidayah subuh selepas sahur agaknya), suruh proceed dengan apa yg ada. Ok...satu perkara dah settle - legaaaaa...

Ada yang bertanya: kenapa? kenapa nak sambung belajar? They really want to have my insights. Saya takde jawapan yg tepat disebabkan saya tidak ada specific purpose. I just love and enjoy what I am doing. Saya dari dulu pun bukanlah dari kategori orang yang pandai2, tapi saya suka membuat dan mencari sesuatu luar dari syllabus dan saya rasa puas. No specific purpose. Bukan untuk naik pangkat, bukan untuk glamer. 

Apa dalam fikiranmu Intan?

1. Bila amek Master @ PhD je org ingat kita nak jadi lecturer. Tapi.... to be honest, buat masa ini (takmo cakap takbur @ riak) saya masih tak berminat langsung dgn dunia bersyarah-syarah ni. I just love to be with kids at the moment. Pengalaman saya menjadi pensyarah selama setahun di Akademi Bahasa UiTM Shah Alam, L&G Twintech dan Pensyarah Sambilan di UTM selama 6 tahun adalah pengalaman2 yang saya belum terpanggil untuk mengulanginya lagi.

2. Then mungkin kita sendiri akan menyoal: "dalam hati siapa tahu?'.... Sungguh! Langsung tak jeles bila dengar kawan2 dapat better promotion, ataupun bertukar profession dari guru ke pensyarah. Selamat Maju Jaya untuk rakan-rakanku yg telah pun bergelar pensyarah di IPT2 tempatan.

3. Org akan bertanya lagi? - Nak buat apa sambung2 belajar ni? Tak boleh ke ko fokus mengajar je kalau ko betul2 suka dengan budak2?
Ohhh...sungguh sadis soalanmu itu. Mcm ni lah. Dalam hidup kita, kita mesti nak mencapai sesuatu, hatta KPI nya hanya untuk membeli sebiji henfon, ataupun keinginan utk upgrade dari TV 32 inci ke 40 inci (perumpamaan sahaja). Like what I've said, this is my passion too. Saya suka membuat perkara yang 'ini'. To tell people, and to question people what they are doing may not be right, sama lah seperti mengatakan "aku bagus, kau tak bagus". Setiap manusia mempunyai keinginan dan kebolehan yang berbeza. Sama juga bila kita menyatakan kehairanan kita bila org beli make up Bobbi Brown, instead of Silky Girl. Harga itu satu hal, tapi kualiti juga satu hal. Tapi kenapa kau nak beli juga walaupun mahal?  See?

 Oleh itu rakan-rakan, bila ada dalam kalangan rakan-rakan kita yang sambung belajar, doakanlah mereka ya. Saya juga memohon doa dan restu dari semua rakan-rakan saya yang budiman. Sekiranya saya terkhilaf dalam perkhidmatan, itu adalah khilaf saya yg mungkin tergelincir dalam mengimbangi antara mengajar dan belajar. Tapi percayalah, usaha ini murni, dan janganlah dipandang sebagai satu alasan untuk menghentam hasil kerja saya, sedangkan saya juga manusia biasa. Doakanlah saya agar tabah, cekal dan berani dalam meneruskan perjuangan menimba ilmu ini.





Salam Ramadhan Al-Mubarak.





Wednesday, May 8, 2013

My Debate Team


Assalamualaikum,

Hampir tiga  bulan saya menyepikan diri dalam dunia blogging ini. Maklumlah, bila tiba musim pilihanraya, ada baiklah kita menjaga mulut dan buah fikiran masing2 dari menegakkan benang yang basah. Yang A kata yang B, yang B 'mengucing' yang A [mengucing adalah perkataan yang sopan bagi menggantikan perkataan 'menganjing']. Jadi, lebih baik kita membetulkan niat kita dan menjaga peradaban kita, selain tingkatkan amal ibadah dan meningkatkan amal bakti.

Ok, letak tepi dulu soal pilihanraya.

Seperti biasa, alasan utk tidak mengupdate blog adalah disebabkan setiap tahun, bulan Mac dan April adalah bulan-bulan yang sibuk dalam melaksanakan tugas-tugas utama di sekolah. Saya pula mcm biasa le, bulan Mac dan April untuk training netball dan debate team. Memula saya mulai dengan pencarian bakat-bakat baru untuk debate disebabkan team yang terdahulu nampak sedikit pincang. Maka saya pun haruslah buat Debate Camp pada hari cuti. Alhamdulillah, murid-murid di sini dah tak macam dulu lagi; kena paksa masuk debate team. Sekarang dah ramai yg nak masuk, siap merajuk-rajuk lagi yg tak dpt join.






Training punya training, hari pertandingan pun tiba. KPI cuma nak masuk Semi Final je sbb dulu pun
dpt no 3 je. Since this is a new team, jadi harapan pun tak menggunung, appear as underdog (eerr...anjing lagi?). Tapi Alhamdulillah, berkat berusaha agaknya, budak2 tu dpt Champion dan akan mewakili Kulai ke State Level. 

Alhamdulillah, KPI peribadi dah tercapai, dan saya boleh la bersara dengan aman sentosa, bagi cikgu2 baru training pulak. Kata orang, bersara lah ketika di puncak kejayaan.

Sunday, February 17, 2013

Carbonara Pasta Ala Hoboken





Assalamualaikum!


Hmm...dah lama tak berblog. Sebenarnya dlm hati mmg hajatnya besar utk mengupdate perkembangan, tp apakan daya. Kerja, family dan hobi semuanya menghambat masa saya yang ada. Kebetulan broadband dah lama tak activate sbb masa cuti sekolah byk bergantung dgn wifi di rumah MIL, jadi, serba sedikit menghalang saya utk aktif. Alhamdulillah, sempena cuti raya cina ni, saya tidak ke mana-mana, jadi dapatlah saya menyiapkan hal-hal yang bertangguh. Even dah bayar bil broadband ni pun, nak activatekan semula punya lah payah. Dan akhirnya! hari ni dpt semula bernafas dongle ni.

Oh ya! Hari ni En FA kena duty di showroom. Tapi anak2 masih tinggal di umah MIL over weekend sbb ramai sepupu sepapat diaorg kat sana. Namun saya harus di rumah bersama Nadzmi sbb byk sgt kerja yg masih bertimbun : nak basuh baju lah, nak iron baju yg segunung etc. Buku2 latihan murid-murid pun ada 3 kelas lagi yg tak settle. InsyaAllah akan saya siapkan selepas saya mengupdate blog saya yang berhabuk ni.

Nadzmi skrg dah almost 7 months. Ni lagi 4-5 hari lagi nak cukup 7 bulan, gaya manjanya mmg kadang2 tak masuk dek akal. Selalu perlukan 100% of our attention. Tu lah, ingat tengahari ni nak masak best sikit (merangkap utk dinner), tapi, kalau gini lah gayanya... adehh...
Baru nak ke dapur je, uwaa...uwaaa...
Baru nak iron baju je, uwaaa..uwaaa...

bagilah apa jenis mainan pun, tetap nak berdukung jugak. Mati lah Mama mcm ni, satu kerja pun takleh siap!

Tapi dek nak lunch jugak, saya terpaksa fikirkan satu menu yg simple, sedap tapi kenyang.

Tetiba teringat channel TLC!  Fettucini Carbonara Ala Hoboken!

Jom kita tengok apa bahan-bahannya dan mcmmana nak memasaknya:

1.  pasta - apa suka. (may it be fettucini, spaghetti, angel hair,). Tp dicadangkan jenis yg panjang2 sbb nnti mcm tak relevan pulak kalau guna pasta yg kontot2 mcm macaroni, penne atau bow.

2.  Parmesan Cheese - sbenarnya apa jenis cheese pun bole. janji sedap kat mulut korang.

3. sebiji telur utk satu hidangan.

4. salt and pepper

Ya Allah! simple kan? Tak caya? betul... serius sedap mcm kat kedai!

(gambar close up sebelum cheese nya diparut)
First step:  amek pasta seberapa byk yg suka dan rebus - it may take some time to soft)
pastu, at the same time, amek sebiji telur dan pukul.
sementara tunggu pasta lembut, parut cheese dan masukkan ke dlm telur yg dah dipukul. ikut suka nak byk ke sikit.

pastu, bila pasta dah lembut, tos kan dan masukkan ke dlm bancuhan telur dan cheese serta merta dlm keadaan yg panas tu ye.
gaul cepat-cepat utk mengelakkan telur berketul-ketul mcm scramble eggs. time ni bole sprinkle salt and pepper.
Pastu....taaadaaaaa...dah siap! serius sedap. ada yg tanya, tak mentah ke rasa telur tu? Jawapannya: tak! sbb time pasta yg panas tu digaul, dia dah masakkan telur tu sekali gus. 
Kalau dlm rancangan Buddy kat TLC tu, dia serve dgn pork yang dipotong dadu, tapi takkan lah saya nak serve dgn pork jugak? heheheheh... maka saya gantikan dgn meatball yg sungguh lazat dan kemudiannya di tabur lagi dgn parmesan cheese dan lagi..dan lagi... dan lagi....
siap lah lunch saya utk hari ini. yeayyy.... bole buat kerja lain pulak!


Thursday, January 17, 2013

Mivecgirl in the Hoooussseee!!


Assalamualaikum...


Apa khabar semua? Wah...tanya khabar lah pulak. Takde, tetiba rasa mcm nak abadikan peristiwa petang tadi walaupun tak begitu penting. Tapi sbb tgh kemaruk nak menulis entry, maka saya nak tulis jugak.

Peristiwa tu biasa2 je, tapi ntah kenapa, dia mcm ada spark pulak. Bukan spark plug tau. Peristiwa ni ignite my passion toward cars semula. Macam dah rindu dgn bau2 hafkat dgn kedai2 tayar giteewww...
 

Petang tadi ada Mesyuarat utk Jurulatih Utama (JU) Bahasa Inggeris Daerah Kulai kat PPD Kulaijaya. Meeting punya meeting, dah reached almost 5 o clock. Time jalan nak ke kereta tu, Rajes ckp keta dia takleh start. Saya pun try lah ignite engine lagi. Ohh...saya rasa sbb bateri kot. Biasalah, kereta saya kereta lama, so, banyak dah penyakit2 kereta yg basic yg saya boleh kenalpasti sendiri. Dengan machonya terus ke boot kereta saya, cari2 kot2 terjumpa jumper. Hahahah...mmg ada pun. Then, saya terus bawa kereta saya ke hadapan kereta Rajes utk di jump kan. Perkara mudah je, tapi rasa seronok sbb dah lama tak buat kerja2 mcm ni. Ko bayangkan lah Senah, dgn baju batik crepe terangganu, dgn high heels, saya bole dgn poyonya meng jump kereta dengan diperhatikan oleh Pak2 Haji yg langsung tak tanya pun apa masalah kitaorg. Takpe lah, bole je settlekan sendiri.

Then, Rajes kata nak pergi kedai jugak, nak tanya apa problem etc. So, saya drive keta saya di hadapan, diikuti Rajes, utk ke kedai Botak (mamat ni namanya Woon Han, tapi saya dgn En FA dan rakan2nya mmg memanggil dia dgn gelaran tu).

On the way balik rasa seronok pulak. Dah lama tak bukak hood depan. Dulu time guna enjin Eterna, rajin jugak keta saya naik temperature. So, mmg dah bole hafal apa nak buat. Same goes bila tayar pancit, saya dah bole rasa bila driving dan bole tukar tayar sendiri (kalau nut tak ketat lah). Seronok dan rindu nak main kereta. Pergi hafkat tgk2 barang dan enjin, pergi kedai tayar tgk2 rim, pergi kedai Ah Beng tambah lampu bawah kereta... ooohhh! Tak! Tak! Yang tambah lampu kat bawah tu tak mungkin saya akan lakukan.

Time drive nak amek Tisya tu jugaklah saya tersenyum-senyum kambing bila teringatkan rakan sekerja lelaki yg ada kereta perdana juga menelefon saya ketika cuti akhir tahun hari tu:

Nazrin : beb, lu ada idea tak pesal keta gua gegar2 kat belakang bila bawak lebih 120?

Saya   :  Absober tak? Melayang-layang eh?

Nazrin : gua baru tukar aritu, siap tukar spring lagi.

Saya  : Alignment, balancing?

Nazrin : Gua dah buat sekaligus aritu.

Saya : Lu dah try tgk bush dia?

Nazrin : bush tu apa?

Saya : bush tu...bla..bla...bla...

Nazrin : mahal tak?

Saya : bush nya murah, tapi labour yg mahal sbb nak bukak arm semua...

Nazrin : wokeh2. Thanks beb.

 

Amacam?

So, saya rasa, saya nak mulakan semula dengan menukar no plet Perdana saya tu kepada yg lebih mantap dan bole buat org sentap. Ceeeewahhhh...

MIvecgirl in the House!

Sekolah Baru Bermula!


Assalamualaikum,


Terima kasih atas sokongan dan masa yang diluangkan untuk mendengar cerita-cerita saya. Alhamdulillah...sesi persekolahan bermula dengan lancar walaupun terdapat kekecohan di sana-sini. Azeem dah naik Darjah 4, manakala Tisya pula baru masuk Darjah 1, dan sama sekolah dengan Azeem. Maka ianya bermakna, tanggungjawab pun bertambah, penat pun bertambah. Yang berkurang cuma duit je. Hehehehhehe.

                Masuk hari ini, dah hari yang 15 (kot) sejak persekolahan bermula. Rutin pun dah kembali ke asal, dengan bangun setiap jam 4.30 pagi utk menyiapkan semuanya. Selalunya ianya mcm ni:

4.30 : bangun, iron baju saya (yg lain2 dah siapkan stok seminggu termasuklah En FA punya), sambil mengepam susu utk Nadzmi. Gadjet mengepam yg saya beli ni jenis freestyle, jadi saya bole mengepam sambil iron baju atau memasak. Handless.

5.00 : start dah kat dapur. Masak itu ini, masukkan dlm Tupperware, isi botol dengan air bekalan minuman anak-anak, hidang2 kan breakfast utk semua.

5.30 – 5.45 : dah mandi2, siap2 utk solat subuh. Sekarang Subuh masuk lambat (around 5.55- 6.00), so saya akan pakai baju kerja siap2 kecuali tudung, pastu sarung telekung, pastu habis azan je terus solat.

6.00 – 6.15 : kejutkan anak-anak. Azeem takde masalah, tapi kalau Tisya...MasyaAllah...liat sungguh kalau suruh bangun. So biasanya kat Tisya ni banyak lari timing, 6.15 baru dia bole siap.

6.15 – 6.30 : suh budak2 breakfast. Mama sibuk loading barang2 ke dalam kereta. Beg pump, beg kerja, laptop, beg budak2...

6.30 : zasssss ke sekolah.

Penat jugaklah menguruskan mereka ni. Sekarang ni, Azeem dah start kena kelas tambahan kat sekolah. So, dia balik mmg lambat. Kelas bermula 2 ptg dan habis jam 3.30 ptg, so Azeem request nak lunch jugak sbb masa antara kelas tambahan nak ke sekolah agama tu, dia tak sempat makan. Hmmm... bertambah lah kerja Mama ni. Jadi, dalam minggu ni, saya try masak lain utk bekalan tengahari dia, dan Alhamdulilah, saya berhasil. Setiap hari sblm tidur kena masak nasi putih dgn prepare lauk utk dibekalkan. Knowing Azeem yg sungguh memilih makan, setakat ni saya berjaya bekalkan ayam masak kicap (Isnin), ikan masak sambal (Kokurikulum aktiviti- Rabu) dan udang masak lemak (Khamis). Ntah lah...balik licin je tgk Tupperware tu. “Laku” agaknya masakkan saya.....

Selalunya pkl 3.30 tu saya akan pick up Azeem dari sekolah cina utk dihantar ke transit, dari transit tu dia akan ke sekolah agama. Then masa yg sama, saya pick up Tisya dari sekolah agama yg abis jam 3.30 ptg. Then, zasssss ke rumah. Azeem yg kena sekolah agama lepas kelas tambahan, hanya akan pulang jam 6.30 ptg. Ayah dialah yang jemput selalunya.

Sounds tiring kan? Memang sangat tiring tau L, tapi saya selalu cuba utk berfikiran positif bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. InsyaAllah, saya berharap agar anak2 saya akan mengenang pengalaman ini suatu hari nnti.

Doakan saya berjaya menempuhi pengalaman ini. InsyaAllah....

Friday, December 28, 2012

Selamat Tahun Baru!

Assalamualaikum,

Oohh...ketika rajin, mulalah nak menulis blog. Konon lah rajin. Dgn keadaan bilik yg gelap gelita dek takmo kejutkan Nadzmi dari tidur, plus sejuk aircond yg sedang-sedang sahaja, memang sesuailah menulis curahan hati, gitewwww?? (paling tak tahan kat laptop Vaio ni ada latarbelakang lagu favourite sepanjang zaman - Tercipta Untukku, Ungu.) hihihihi...
 
Hari ni mood agak gloomy. Smlm meeting yg pertama di sekolah utk sesi 2013, rasa berkobar-kobar walaupun mmber baik dah blah dari sekolah. Tu takpe lagi. Then, sampai ke sekolah kena pindah tempat dari tempat asal, ke bilik khas yg boss dah buat. Ohh..sentap jugak sbb dah biasa ber hu-ha, hu-ha kat bilik guru tu, atau bermabuk-mabukkan dgn air minuman Bliss kat belakang, tetiba kena berpisah dgn rakan-rakan segossip. ok, tahan lagi. Then, masa meeting mesyuarat 1/2013 tu, dah dpt khabar yang saya no longer Head of English Language Panel. Perasaan bercampur baur sebenarnya. Ini yg saya request saban tahun, tetapi baru tahun ini diperkenankan. Entahlah, sejujurnya, gembira ada, sedih pun ada. Yelah, selama 8 tahun memegang jawatan itu, saya seolah-olah sudah sebati dengannya. Ada pro dan ada cons. Tapi memikirkan jawatan GC yg disandang lebih berat tanggungjawabnya, saya akur. Kebetulan PMR result utk tahun 2012 meningkat lagi utk BI, yes, I know this is the right time to sit back and relax. Kata org, berundur diri lah ketika sedang di kemuncak agar lebih dihormati. InsyaAllah. (eerr...TGNA bila nak bersara?) haishhhh!! Intan! Intan! Back to discusssion ye.
 
Ok, ok, sambung lagi. Then pagi ni, dapat tahu yg Boss akan berpindah pulak. Terus rasa down abis2. Sejujurnya, saya serasi dgn boss yg ini. Jarang saya berjumpa dgn org atasan yg tahu banyak tentang staff2nya dan beliau adalah salah seorang drp pentadbir yg seperti itu. To be honest, saya agak skeptikal dgn Boss2 lelaki (heheheh...sori ya, ni generalization shj). Pada saya, bos2 lelaki ni biasanya pandai ckp shj, dan suka ambil jalan mudah. Jadi, dek kerana mentaliti spt itu agaknya sekolah kami akan mendpt Pengetua baru - Lelaki. Tskk...tsk..tsk...
 
 
Ok, kemas punya kemas, ini lah rupanya meja baru. Banyak barang2 panitia yg saya dah pulangkan untuk disimpan KP baru. Lapang betul meja saya kan? (Jgn terpedaya, nnti bulan 2 dah start mcm tempat kucing bertendang.)
 
So, minggu ni je sungguh memenatkan secara mental dan fizikal. Macammana nak berpositif menghadapi tahun baru?

Friday, December 21, 2012

A Friend in Need...

Assalamualaikum!

Wah...lamanya tak ber blog. Alhamdulillah, Allah telah kurniakan saya semula anugerah menulis ini setelah saya `kehilangannya' almost half a year. Time preggykan Nadzmi hari tu, terasa semuanya dilakukan dgn berat hati. Sejujurnya, hendak menjalankan kerja hakiki saya pun terasa tersangatlah malasnya. Inikan pula menulis blog. InsyaAllah, selepas ini saya akan mulai aktif semula.



People come and go kan? Terutama sekali rakan-rakan kita. Agak sedih juga bila kita rasa kita dah serasi dgn seseorang, tapi tiba waktunya kita harus mengucapkan Selamat Tinggal. Mungkin ada yg beranggapan bahawa kita pasti bole berjumpa lagi, akan tetapi situasi adalah tidak sama dan tidak mungkin akan sama lagi.
Sejak saya mulai bekerja, saya agak sukar `di dekati'. Maklumlah, masing2 sudah mempunyai keluarga dan komitment sendiri, jadi istilah bff tu tak berapa ada dlm minda. Tetapi akan ada juga seorang dua rakan sekerja yg `melekat'. Alhamdulillah... dan terima kasih atas wonderful years bersama. Akan kukenang semuanya.
Entry ini khas utk ex guru SMK Taman Putri yg pernah duduk disebelah meja saya dan kini dua-duanya telah meninggalkan saya di sini. Rakan-rakan ini saya tidak pernah officially bersalam utk mengucapkan terima kasih dan selamat jalan kerana saya tiada daya dan tidak mampu utk kehilangan mereka. Tapi mereka harus pergi juga atas tanggungjawab-tanggungjawab mereka yg lebih penting.  InsyaAllah, kita akan kekal jadi best friend yg kita boleh share cerita pahit manis dan merangka masa depan kita bersama.
To Nurhanani Mohd Zawawi, Thanks for being such a wonderful friend and a shoulder to cry on - always. Cerita-ceritamu yg selalu menghiburkan hati akak. May Allah always grant you with good health and happy family.





 
 
[muka macam innocent je kan? Nnti time shopping  @ gossip dgn haku - MasyaAllah.....!] hehehhe





And to Huk Jatillah Yusoff, you too. Terima kasih atas sokongan dan bantuan yg diberikan selama ini. Hanya Allah yg dapat membalas jasa2mu. You are really a friend in need yg sangat-sangat budiman. Aku doakan kau akan lebih sukses di tempat baru nanti, okay.
[time ni tak best friend aaaahhh...time makan Nasi Kandar tak hengat kita!]
So, lepas ni, tinggallah saya dan Kak Midah dan Kak Mas dan Maria shj. Tu pun tak tau apa citer sbb pasni dengar-dengarnya GC akan dipindahkan ke bilik berasingan. Then by 2014 akan dipindahkan ke PPD pulak. Tak sanggup mak kena keja 8-4. Tolonggggg!

Wednesday, September 19, 2012

What should I do?


Assalamualaikum,
Wahhh...dah lama betul saya tak update blog ye. Rasa dah berkurun lamanya. Tapi tak kisah tu sbb saya menggunakan blog saya ni lebih kepada catatan peribadi, dan bukannya obligation utk menulis sesuatu semata-mata utk tatapan peminat. Errr...saya bukan Hanis Zalikha tau!

Ok, kali ni saya mencatatkan sesuatu yg sentap di pagi hari. Alkisahnya, hal ini sudah kali yg ketiga berlaku, sampaikan dah naik buntu nak buat mcmmana. Mungkin hanya doa sahajalah yg akan merubah segalanya...
Tak tau apa kena dengan Azeem tahun ni, prestasinya sangat merosot, terutama dlm subjek Bahasa Cina nya. Ni baru Darjah 3. Dia membayangkan seolah-olah dia tak dapat mengikuti sistem pembelajaran di sekolahnya. Last year ok saje - siap dpt no 3 lagi sehinggakan dia dapat masuk ke kelas yg ke4. Tapi tahun ni, masyaAllah! sedihnya saya :(

Pagi ni dpt call lagi dari Cikgunya yg dia tak siapkan homework. Bukan kali pertama, malah, kata cikgunya, rotan dah, bebel dah, denda dah. tapi sikapnya masih sama. Ketika first 2 cases berlaku, say atak terus marah. Sebaliknya saya bertanya Azeem, apa masalah dia - dia kata dia tak paham. After several tips mcmmana nak settle problem ketidakfahaman dia tu, nampak ok sikit. Tak lama lepas tu, berlaku lagi - cikgu dia call lagi bgtau dia masih tak siapkan homeworknya. Adoiii..tension dan malunya saya :( Time tu, kekdah kedua dah berjalanlah. Apa lagi? rotanlah jawabnya! At the same time, he was grounded - no bicycle for a month!

Pagi ni dpat call lagi. cikgunya marah2, sehinggakan mencadangkan saya memindahkan sekolah utk Azeem. Aduiii...serabut lah pulak.

What should  I do?



Friday, June 1, 2012

Jemput Singgah...

Assalamualaikum,

kali ni pendek sungguh entry. Cuma nak jemput rakan-rakan pembaca singgah ke blog yg satu lagi ni. Terutama bagi golongan guru ya. Silalah beri komen etc...

Majlis Guru Cemerlang SMK Taman Putri

Thanks semuaaaaa :)

Friday, April 20, 2012

It is Official!!

Assalamualaikum,

Hi! Apa khabar? Saya tahu ramai yang menanti-nanti entry terbaru dari saya. Maaflah, bulan Mac terpaksa menyepikan diri sbb dihambat kesibukan yg amat sgt. Dengan netball practice, debate, nak uruskan anak-anak lagi, jadi kalau balik umah je, dah jadi kain buruk - apa pun tak boleh!

kali ni, entry saya pendek je. Nanti2 lah saya buat entry Part 3 tu. Kena tunggu masa sesuai sbb benda tu berjela sket.hehehehe.... Kali ni saya nak share berita baik yg saya terima utk 4 bulan pertama ni. Ada dua-tiga je, tapi sbb ianya adalah pencapaian peribadi, saya rasa sgt terhutang budi dan teruja.

Tahun lepas, genap 7 tahun saya berkhidmat. Baru 7 tahun je, wpun rasanya mcm dah nak pencen esok. So, last year, dek kerana rasa nak anjakan karier, saya pun dgn gatal-gatalnya memohonlah jawatan Guru Cemerlang. Utk pengetahuan rakan-rakan yg tak tau apa itu GC dan apa fungsinya, bole le Google "Majlis Guru Cemerlang Malaysia". Pendek kata kalau guru-guru ni, nak naik pangkat, kena tunggu time-based 10 tahun (melainkan kita naik jadi Pentadbir mcm Guru Penolong Kanan Koko ke, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ke). So, GC tu mcm one of the ways nak melompat ke DG44 dgn lebih cepat dan lebih bersifat akademik (save 3 tahun). Memula tu, bulan Mei tahun lepas isi borang sbb Pengetua suruh, Pastu GC yg lama kata, observation oleh Jemaah Nazir Putrajaya around bulan Julai. Saya fikir - alaaa...relax lah dulu. Kalau diaorg nak dtg, mesti dia call sebulan awal. Hahahahah....nilah org Melayu kan?

Tup-tup, satu hari di awal bulan Jun yg permai, saya dpt panggilan -

"Puan Haryati, kami ni Jemaah Nazir. Kami baru keluar Tol Kulai, kejap lagi nak observe Puan. Tapi kami nak pi minum dulu. Lepas minum kami datang. Sediakan semua ye. Ada kelas dgn 5 Sains Sukan kan lepas ni?"

Time tu lah rasa mcm nak tercabut kepala lutut semuanya. Apa pun tak ready!! Saya dgn lebih pantas dari kilat, meluru ke pejabat, maklumkan kat Bos, pastu ke kelas 5 Sains Sukan (kelas ni majoritinya budak lelaki Melayu), saya pun ayat budak ni baik-baik, minta diaorg bagi kerjasama time saya kena observe nnti. Kebetulan dgn budak-budak kelas ni saya ber"aku-engkau" je. Sebab tu saya bole deal dgn diaorg. Saya pun pastu collect buku latihan dan try utk mark mana-mana latihan yg belum ditanda.

Pada masa yg sama, saya minta tolong En FA utk belikan saya 5 bungkus besar Maggi sbb kebetulan lesson saya hari tu berkaitan dgn makanan segera. Nasib baik member tu tgh free. Dia sampai on-time, sebelum Nazir-Nazir tu datang.

Time Nazir tu datang, punya la gabra, sbb sedar diri yg saya tak bersedia langsung. Siap En. Azrin tu kata "Sudah-sudahlah dgn gabra tu..." hahahahah...apa nak buat. Padan mukalah, kalau tak lulus, mmg selayaknya saya menerima 'hukuman". tapi Nazir-Nazir tu positif, cuma diaorg kata, keputusan itu bukan di tangan mereka. Mereka cuma online kan maklumat (termasuk markah), tapi yg decide adalah Pegawai-pegawai kat Putrajaya. Maklumlah, perjawatan ini hal peringkat Kebangsaan, kalau ramai yg apply, kebetulan markah saya tak cantik, mesti lah saya tak dapat. Bila dgr dia ckp mcm tu, terus saya pujuk diri saya: "takpelah Intan, muda lagi... Bole apply lagi tahun depan. Ramai kwn-kwn yg posting lebih awal dan lebih berpengalaman  pun tak tentu dpt, apatah lagi ko..."

 Lepas diaorg balik, mcm sedih pun ada, macam lega pun ada. Kata Boss, biasanya Bulan Julai tahun depan (2012) baru result keluar. Saya pun apa ada heran lagi dah? Kalau tak dapat pun dah tak kisah. Seriously.

Dan kini, Alhamdulillah, tak sampai Julai pun, saya dah dpt surat pelantikan ke GC. Ianya berkuatkuasa 30 Disember 2011 (tapi dapat surat yg backdate),  tapi dapat surat nya bulan Feb yg lalu. Yeay! I have made it...

Untuk GC ni, saya nak berterima kasih (of course lah kepada Yang Maha Esa). After all the sins I have done, Dia masih mempunyai kasih sayang dan melimpahkan sedikit rahmatNya kepada saya.

Kepada students saya last year (5 Sains Sukan), korang mmg best (pada waktu observation tu lah). Joe, Supi, Fitry, Nina, Pavitra, Shammira, Asrul, Shahrul,Sulmurhardy, Topik, Shapik etc.... Terima Kasih! Terima Kasih juga sbb lulus 100% utk BI SPM tahun lepas... :) senyum lagi..

Thanks utk En FA yg jadi parachute saya time tu. Lain kali bole minta tolong lagi kan? kan? kan?


Lepas dapat perlantikan GC, gembira lagi sbb result BI for both PMR dan SPM naik melonjak. I laiikkeeeee!!!  Naik 20.00% ++ dan antara top 5 daerah Kulai utk BI. Alhamdulillah. Tak ada yang lebih membahagiakan utk seorang Ketua Panitia selain melihat prestasi murid-murid yang semaakin meningkat naik. Thanks utk English Language Panel tahun lepas : Mr Ari, Nava, Rajes, Shamini, Nirmala, Pheng Pheng dan En Nasir. tahun ni kena kerja keras lagi lah utk mengekalkan prestasi.... We can do it, InsyaAllah...


Lastttttt sekali, hari ni tak bole tahan senyum lagi sebab..... dapat APC 2011!! Hahahahha... Alhamdulillah. Thanks utk semua esp kawan-kawan yg byk memberi perangsang, tiap kali ada musibah/masalah menimpa. Selalunya kawan-kawan lah tempat bercerita kalau rasa-rasa airmata nak tumpah... Huk, Kak Midah, Kak Mas, Kak Rosnah, Kak Su, bila lah agaknya boleh layan TGIF lagi kan?


ok, itu saje. teringat ttg beberapa kedukaan yg saya lalui tahun lepas - rupa-rupanya Allah hendak memberikan lebih lagi kepada saya pada tahun ini.


[seronoknya dpt berjimba-jimba kat TGIF!] - adoiii bila mau repeat this gossip session friends??

p/s:  takde ke oreo cheesecake ke, apple crumble cheesecake ke, chocolate indulgence utk saya?

Thursday, February 23, 2012

Kegagalan Adalah Satu Permulaan (Part 2)

Assalamualaikum,



[breakfast bila ntah, terbangun lambat, sempat buat cekodok manis dgn teh o je, plus bekal2 Azeem & Tisya. Tapi sempat jugak snap sbb aritu kena bwk kamera gi sekolah]


Lamanya dah tak masukkan entry. Tak lah busy sgt, cuma mmg tengah takde vibes nak menulis blog. Dah nak hujung bulan macam ni, baru ada panggilan nak berkongsi cerita.

Ok, entry kali ni adalah sambungan kepada entry sebelum ni, cuma kali ini, dari sudut berbeza pula. Surviving a family, terutama yg sgt hectic macam saya ni, to be honest, bukanlah perkara mudah. Saya akan bangun seawal 4.45 pagi untuk menyiapkan sarapan, menyiapkan diri dan anak2, settle barang etc. Kalau kena tanda buku/siapkan kerja2 sekolah, saya akan bangun seawal 3 pagi utk siapkan semua-semua tu, sbb saya bukan jenis org yg tido lambat. Sebaliknya, saya akan bangun awal.

Saya pernah diduga dalam kehidupan bekeluarga ni. Bukan sekali. Malah berkali-kali. Sebelum tinggal di rumah sendiri skrg ni, saya tinggal dgn ibu mertua saya selama 7 tahun. Sejujurnya, kata lah apa sahaja dugaan yg saya tak pernah lalui. Mungkin agak private utk diperincikan di sini, tapi secara jujurnya, disebalik semua masalah/dugaan yg saya lalui, tidak akan ada org lain yg dipersalahkan- melainkan SAYA.

Anda faham kan? Itulah maksud saya. Sebagai seorang wanita/isteri/ibu, sgt berat tanggungjawab yg dipikul. Tak basuh baju - kita kena. Balik lambat - kita kena (walaupun tuntutan tugas yg memaksa), tak masak makan malam - kita kena lagi. Pokoknya semuanya KITA. Bahkan bila suami bermain kayu tiga pun, akan dipersalahkan si isteri ni, konon-kononnya tak pandai menjaga suami dan keluarga. Kita lagi kan?

Disebalik dugaan-dugaan itu jugalah mengajar kita menjadi menjadi tabah dan cekal. Tabah tu, bermaksud sabar dlam fikiran dan minda. Cekal tu, meneruskan juga dgn segala usaha yg ada. Kadang-kadang kita ni tabah, sabar dalam hati, tapi kita tak berbuat apa-apa utk meneruskan hidup/perjuangan, jadi tabah tu jadi meaninglass jugak. Hidup bersama ibu mertua, dgn anak2 yg sedang membesar, ketika sibuk melanjutkan pelajaran Sarjana, jadi part time lecturer, etc....sumpah! sgt sukar saya lalui. Tetapi, itulah yg mematangkan saya.

Saya bernekad, saya kena atasi masalah ini!! Saya penat selepas pulang bekerja, orang lain tak tau. Mereka hanya tau apa yg saya akan masak malam ini. Saya perlukan masa bersendirian time weekend, org lain tak tau. Mereka hanya mahu saya menghadiri majlis-majlis keluarga dan `rewang' kenduri bersama mereka. Saya perlukan suami saya membantu saya menguruskan kerja-kerja rumah, org lain tidak tau. Mereka hanya tahu, suami tidak dibenarkan membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah dan suami harus di dewakan.  Mahu tak mahu, SAYA KENA UBAH DIRI SAYA SENDIRI, KERANA ORG LAIN TIDAK MENGERTI. Saya kena ubah persepsi dan mentaliti saya terhadap kehidupan bekeluarga kerana saya tidak mampu mengubah org lain. Seperti melihat awek kita time belajar dulu kena rembat dgn org lain, nak tak nak, kita kena pujuk diri kita dan meneruskan hidup kerana hanya itulah jalan keluarnya.  Namun begitu, tidak mengapa, kerana itulah yg mendewasakan saya.

Seawal perkahwinan 3 tahun, saya bertekad utk melakukannya sendiri. Penat atau tidak. basuh baju, iron, memasak, etc...pendek kata, semua saya lah. Makan? NO kedai-kedai. Ada tu mmg ada, tapi bukan ketika weekdays. Weekend je lah. Alhamdulillah, saya melihatnya dari sudut yg positif. Hasil dari pengalaman-pengalaman bekeluarga itu lah saya telah menjadi saya yg sekarang dan saya berterima kasih untuk itu.

Entry ini utk rakan-rakan saya yg membaca terutama yg bekerjaya, bekeluarga seperti saya. Seboleh-bolehnya, buatlah semua sendiri. Suami anda MUNGKIN org yg soleh, beriman, setia, tapi percayalah: manusia boleh berubah. Apabila mereka berubahlah itu nnti, semua kesalahan dan kekurangan kita akan dihighlightkan. Mmg Nauzubillah himindzhalik, tapi ianya tidak mustahil. Pada ketika itu, kita akan merasa kebenarannya. Kita akan membisikkan kpd diri kita - "apakah kita sudah melakukan yg terbaik utk dia dan keluarga kita".

Mulakan pada hari ini. Ingatan untuk diri saya sendiri sbb skrg En FA sgt rajin membantu saya membuat kerja-kerja rumah: vakum (yg ni saya mmg tak pernah buat), basuh baju, iron baju anak2 dan kadang-kadang melipat kain. Saya pun dah mula naik lemak. Hahahhaha.... tapi kalau sekali-sekala takpe, jgn selalu, ok?
Kalau yg mmg membeli sokmo tu, elakkan. Memasaklah sendiri walau apa pun alasannya (antara alasan yg saya selalu dgr :

1. "aku makan berdua je dgn laki aku. Anak aku bukan mkn sgt" - kalau kita tak ajar, mcmmana anak nak mencintai masakan kita?

2. "balik lambat lah...penat giler" - try makan supplement supaya kita tetap ada energy smpai ke malam.

3. "balik lambat. Tak sempat nak masak. kalau masak, dah jadi lambat sgt nak makan" - try arrange masa elok2. kalau lambat, apakata weekend tu beli ikan byk2, siang, asingkan ikut sekali masak. Bawang2 pun time weekend dah kupas, blend etc dulu. so bila balik lambat, tinggal masak je.

4. "husband aku tak kisah pun..." - 9/10 peratus pengalaman-pengalaman saya dan rakan-rakan saya, suami akan menyalahkan isteri tak pandai manage rumahtangga. Jgn surprise bila anda dpt tahu dr "the other side" yg "ala.....you pun bukan masak pun utk husband you". Time tu nak jawab apa?? Bagi 10 alasan pun dah tak guna. At least, kita dpt blok diri kita dari dipersalahkan. COME ON! perkara ini bukan taboo lagi utk dibincangkan.

5. "aku tak pandai masak" - belasah je menu nya. saya pun bukannya pandai, main hentam je. Tapi anak-anak ni, bila masak takde garam pun , 'hmmmm...mama masak paling sedap dalam dunia"----ayat bodek Tisya yg dah maleh nak dengar.

6. "penat, tak larat etc..." - get real ibu-ibu!! Once kita decide utk berkahwin dan mendapat anak dulu, kita tak terfikir ke yg kita akan lalui semua ini?

Entry saya ini mungkin tidak boleh mengubah anda. Anda juga mungkin tidak besetuju dgn apa yg saya cuba sampaikan. Niat saya hanya ingin berkongsi pengalaman, tips2 dan kaedah-kaedah yg bersesuaian dgn kita- ibu-ibu yg bekerjaya. Sesibuk mana pun, cubalah utk membuatnya sendiri walaupun sukar, kerana itulah pahala-pahala yg kita laburkan kpd anak-anak kita, yg akan dibawakan bersama di sana nnti. Saya juga bukanlah perfect - hanya Allah sahaja yg sempurna- tapi inilah antara usaha-usaha kita.

sampai sini saja ok, kalau rajin saya buat part 3. kalau rajin lah...mungkin dari persektif `pekerjaan' pulak. InsyaAllah....


[pekerjaan wajib every weekend nih : gosok 5 pasang baju Azeem utk sekolah pagi, 5 pasang utk sekolah petang, kasut 3 pasang, baju sekolah Tisya dgn kasut Tisya]

[sajek je....ntah dinner bila ntah: kerisi asam pedas, ayam goreng kunyit, sayur chapchai, mee goreng balance minum petang]

[dinner yg ringkas: ayam kari versi bodo (tumis bawang + kari sesaje, plus santan), kacang panjang goreng sambal, fish fillet sweet sour] - Ni yg Tisya ckp paling sedap dlm dunia. hahahahah...