Showing posts with label home sweet home. Show all posts
Showing posts with label home sweet home. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Biar kecil, asalkan bermanafaat...

Assalamualaikum,

Nama je cuti sekolah, tapi menghabiskan masa dgn anak2 betul2 melekakan saya. Maklumlah, minggu pertama je yg saya free, pastu dah tak nampak dunia lagi. Saya pernah maklumkan pada rakan-rakan saya, bahawa cuti bulan Disember sebenarnya bukan waktu yg best utk saya bercuti sbb sebenarnya bebanan kerja adalah lebih luar biasa.

Tempohari, saya ada pergi ke beberapa rumah rakan saya: menolong memasak utk an event, saje melawat baby, saje2 melepak - tgk2 rumah org supaya dapat inspirasi bagaimana untuk mengurusi rumah sendiri nnti. Kadang2 tu, ada yg secara penampilan luaran nampak orgnya tersangat kemas, pandai bergaya, nampak mcm ada kelas, tapi keadaan rumah pula sgt tidak terurus. Bila balik rumah saya sendiri, saya muhasabah sendiri - check dari luar sampai dalam, kot2 ada ruangan yg tak pleasant di mata org. Ada juga yg orgnya secara luarannya nampak mcm tak kisah dgn kekemasan dan kebersihan, tapi bila sampai di rumahnya, nampak sgt selesa dan bersih, hatta bilik airnya pun sgt bersih. Kawan saya ni berkata "biarlah rumah kecik Intan, asalkan akak senang nak mengurus. Tak guna juga rumah bertingkat-tingkat tapi secara realistiknya, kita mmg takde masa nak mengemas". Betul juga kan?

Saya juga terfikir: nasib baiklah rumah saya ni kecil. Agaknya kalau saya diberi rumah yg besar, saya pun akan jadi macam mereka. Takpe lah Intan, biarlah rumahmu kecil, asalkan setiap ruang yg ada itu bermanafaat.



[inilah dapur saya yg tersangat kecil, tapi di sinilah juga terhasilnya mcm2 makanan dan kek/brownies/cookies/pastry - errr walaupun taklah berapa sedap]


Moral of the story: tak payah la ko nak menyibuk tambah/sambung dapur Intan, kang jenuh nak maintain. bersyukurlah dgn apa yg ada...

Saturday, July 23, 2011

take care of yourself

Asalamualaikum,

Setelah beberapa hari kepala dan fikiran telah menjadi `tidak betul' buat seketika, hari ini saya `kembali'. Atas sokongan En FA dan beberapa rakan terdekat, saya dapt merasionalkan diri saya atas musibah yg menimpa saya. Saya berasa amat bertuah kerana mereka begitu memahami situasi yang berlaku dan berharap saya dapt menerima ketentuanNya. Tambahan pula, selang beberapa hari berlakunya incident ini, saya juga ada berasa heart broken di atas tindakan seorang "teman" yg bole saya kategorikan sebagai penipu besar. Tapi takpelah (positif! positif! positif!), saya berdoa agar anda beroleh kesejahteraan... Amin!

Ok, back to business.

Saya seringkali diajukan pelbagai soalan tentang beberapa cabang kerjaya yg saya ceburi. Antara soalan yg paling popular ialah :

1. Ada masa ke ko Intan?   ---- ada.

2. Macammana untuk memulakan? ---- sekiranya ada minat, adalah jalan.

3. Dari mana ko dapat tenaga nak buat semua itu? --- jom! di sini saya ceritakan dan share apa yg saya ada.


Alah...bukannnya nk jawab sgt soalan no 3 tu, tapi lebih kepada saya nak share apa yg saya lakukan dalam rejim penjagaan diri saya. whoa...rejim tu. Ini disebabkan, rakan-rakan saya berpendapat, dgn jadual saya yg agak ketat mcm muka saya lately, saya mungkin menghadapi kesukaran untuk memaintain muka tanpa jerawat, dan maintain dgn tenaga yg dikerah. Ok, jom tgk? Tapi, saya cadangkan, tgk saja tau. Kalau nak ikut, saya tak pasti. maklumlah secara biologinya, kita kan berbeza....

Kalau sampai rumah, after taking short break, saya akan mula bergerak ke K-Box saya (tmpt berkarok) sambil membersihkan diri.  ok..take a look at the picha :



St Ives scrub - guna seminggu dua kali je.

Clear Shampoo - antidandruff dan anti hair fall

Body Shop Tea Tree Facial Cleansing - dah guna sejak tahun akhir di UKM.

Loreal Cleansing Milk -apply everyday before using Tea Tree cleanser. Bertujuan untuk deep cleansing.

CrabTree and Evelyn Body Wash - whoa! tak guna tiap2 hari sbb sebotol yg anda lihat tu berharga RM128. So, setiap hari saya guna Dettol Pink and Olay Body Wash- tertinggal lah pulak dlm gambar!).

Complete Solution - mencuci dan merendam contact lens yg powernya 600 (left) dan 550 (right). Ye...saya mmg rabun orangnya. heheheheh

*bunga disebelah tu tiada kena mengena dgn proses di dlm T-Box, ianya mmg ada di dlm T-Box untuk menaikkan mood memekak sambil shower. ~ngee~

Pas kuar dari shower yg gilang-gemilang tu, yg gambar bawah ni step no 2.

Dove Leave on Conditioner - selepas bershampoo sahaja

Johnson's baby lotion untuk whole body.

Body Shop Sweet lemon Lotion untuk tangan sahaja.

Deodoran Garnier - "ukurlah sendiri" kata Fasha Sandha dulu, dan kini Lisa Surihani.  pssstttt *Lisa Surihani sgt digilai oleh En FA.

Garnier Toner - digunakan dgn kapas selepas mencuci muka.

Bedak Talkum Marks and Spencer - kalau nak guna lah.

Palmer's Cocoa Butter Oil- kalau nak, untuk menghilangkan parut. Botol kecik mcm Vitagen tu je dah berharga RM38 ^____^

untuk foundation muka - saya CUMA guna Olay Total Effects - siang (murah je, sbb tu tak putih2 macam Siti F**t*gro (awek KL yg putih melepak yg pandai masak pari asam pedas) tu...  heheheheh

dan Olay Regenerist Serum sebelum tidur.


Okay, selepas step no 2 tu, apa yg saya tenyeh di muka saya? Jom tgk...


Selepas guna Olay Total Effect with foundation tu, saya terus akan guna compact powder Bobbi Brown tu. Kadang-kadang guna yg Loreal (apa ek...lupa lah  - yg bekas biru tu). Yang tu murah je, around RM 68.

Then - Clinique Eye Shadow - harus coklat sahaja. Biru, kuning, pink, hijau - errrr tak mungkin lah!

kalau rajin - guna eyeliner Maybelline dan blusher Loreal.

hari-hari rajin, sejak 2011 ni, mascara Body Shop (to be honest - pada pendapat saya, kosmetik Body Shop sgt tidak best : compact powder mudah pecah isinya, mascara yg cepat keras, lipstick yg mudah patah dan cair) - yg saya guna ni sbb tgh nak abiskan stok time beli toilettery bag, dpt free. Biasanya saya guna mascara Maybeline dan lipstick Bobbi Brown.

Last sekali - lipstick Body Shop - cepatlah habis woi.

Perfume - currently Miss Dior Cherie - yg saya rasa sungguh `girly'...bila lah nak abis?
atau Ralph Lauren Sports - perfume ni ranking no 4 dlm senarai favourita.
1. Hugo Boss for Women
2. Ralph Lauren Romance
3. Tommy Girl
4. Ralph Lauren Sports
5. Salvatore Ferragamo

Step yg paling last: apa yg saya makan untuk keep me going everyday.



1. Spirulina - aritu makan yg Elken, beli dgn Kak Mas, dah abis, try yg Kordel's lak.

2. Anlene - patutlah saya ni makin menonjang tinggi - tapi bukan molor tau (istilah Jawa - bole dilentur)

3. Bliss Yogurt - dalam percubaan sbb ada 14 hari cabaran oleh Nestle. Kalau berjaya, saya nak tukar dari Innershine Prune yg saya selalu minum sbb Bliss is cheaper than Innershine.

4. sejak 2011 ni - Jamu Mak Dara, pagi 1 kapsul, mlm 1 kapsul. Awwww....secret lah!



Ok kawan-kawan, bottom line is, saya nak clarifykan kepada kawan-kawan yg terdekat, sebenarnya saya ni bukanlah brand concious sgt. Lebih-lebih lagi azam saya tahun 2011 ini untuk lebih bersederhana lagi. See? separuh barang2 keperluan saya, saya dah tukar kepada yg lebih murah dan mudah didapati. Cuma ada la sikit2 yg belum saya punyai kekuatan untuk tukar, seperti Bobbi Brown tu sbb kualitinya mmg ssaaaaaangat bagus berbanding jenama-jenama lain.



See? Kak Mas, I pun pakai barang2 biasa je tau.

Saturday, June 4, 2011

phewww...lega!

Asalamualaikum,




Minggu pertama cuti persekolahan pertengahan tahun ini, otak saya agak berserabut. Ada macam2 hal yg perlu saya uruskan. Kelas tambahan lah, tempahan kek dan cupcakes lah, dan macam2 lagi. Tapi bila nak start buat kerja je, saya baru perasan, satu kerja pun saya tak bole buat sebab rumah saya macam tongkang pecah! Saya ni pulak, mmg tak bole bekerja apabila rumah dlm keadaan bersepah. Kalau nak mandi pun, saya tgk keadaan bilik air tu dulu. Kalau tak best, saya cuci dulu baru mandi. Saya kadang2 pun hairan, macammana sesetengah org bole bekerja dalam keadaan yg berserabut dan tidak terurus. Tapi, biasalah, lain orang, lain ragam (harus positif gitu?)
[keadaan asal yg bukan sahaja kucing boleh beranak di sini, bahkan kelawar juga]

Hari Ahad lepas, saya buat `post-mortem' sekeliling umah. Dari depan sampai ke belakang saya study - apa yg tak kena ya? Selidik-punya selidik, saya telah sampai ke satu conclusion yg bilik belakang (yang selalunya saya jadikan bilik `bekerja') sangat serabut, bersepah, dan tidak efektif dan produktif. Memang bilik tu kami buat sebagai bilik solat dan bilik bekerja, tapi ianya perlu perubahan dan revolusi! Saya pun sebagai Menteri Kerja Raya di rumah ni, meminta setiap individu di rumah ini (termasuk si kucing hitam legam -Bront) supaya dapat menggembleng tenaga merevolusikan bilik ini.

Tisya pun lately sudah pandai mengkomplen yg dia `tak ada privasi" (apa??? budak 5 tahun pun tau privasi?) dan dia perlukan bilik sendiri. Tak sampai hati lah pulak Mama dia ni. betul jugak. Dgn bilik Azeem yg penuh dgn robot dan gitar, sungguh tidak `girly' kan? So, this is the most suitable time, I think.

Hari Ahad selepas pulang dari kelas Macaroon di Indahpura (ala...yg pura-pura Indah tu) saya singgah di kedai perabot Yiong Huat. Asalnya nak cari gobok baju Tisya je. Tapi terjebak beli katilnya sekali, InsyaAllah, masih ada ruang untuk solat berjemaah di bilik belakang tu. Dan bila bilik belakang tu dah siap tersusun, saya ada banyak ruang lain untuk menyimpan barang2 dan menyusunnya mengikut keperluan. Itu yang paling penting.

Jadi, setelah mengerah semua tenaga yg ada, (dgn En FA pun saya kerah angkut semua barang dan mengvakum karpet) saya memulakan usaha untuk transform bilik belakang tu. Tak payah panggil Eric Casa Impian lah, saya pun bole deco apa? Hehehhehe...


[satu sudut yang Tisya paling suka]

Setelah semuanya selesai...inilah hasilnya. Sori ye Tisya, bilik kecik je, tapi bole la. Nnti Mama adjust lagi mana-mana yg boleh.

[keadaan bilik yg dah siap : heheheh terpaksa tumpang set Vantage bwh katil Tisya sbb kabinet kat dapur pun dah tak muat dah.....]


Yeaaaaayyyyyy! Rumah dah siap kemas semuanya. Hati senang....alalallalalalalallaalla.....



jom gi shopping?