Showing posts with label resepi main dish. Show all posts
Showing posts with label resepi main dish. Show all posts

Monday, December 2, 2013

Grilled Salmon in Hollandaise Sauce

Assalamualaikum,






Dah lama betul saya tak mengemaskini blog saya kan? hmm...dah berhabuk. Macam-macam dugaan yang mendatang time cuti sekolah ni, tapi Alhamdulillah, setakat ini saya masih mampu mengharunginya.

Ok kawan-kawan, hari ini saya nak berkongsi resepi tentang menu yang saya agak suka memasaknya sbb ianya sangat simple, sedap dan mudah untuk disediakan. Seriously, saya betul-betul suka lah. Pastu, bila upload di Facebook, ramai pula yg pm utk bertanyakan resepi sbb hollandaise sauce ini adalah sauce yang agak asing dalam masyarakat Melayu. So, bila saya minta Gugel je, ramai yang meminta saya utk me'nyimpelkan'  resepi ini kepada Bahasa Melayu dan veri org Melayu. Lagipun, melalui pembacaan saya, dikatakan Hollandaise Sauce adalah sos yng paling sesuai untuk makanan laut seperti salmon, crab dan juga lobsters. Jom, saya share resepi ya?


1. Ambil US potato dan baby carrots, rebus sampai lembut. Bila dah lembut, tapis, ketepikan dulu.
    
              Untuk membuat Potato Salad 
     
             1. Potato
                 Salt dan Pepper
                 Mayonis
                 Chives (kucai) dan Parsley (daun sup) , gaulkan ikut jumlah yg disukai.


2. Ambil Asparagus dan baby carrots, rebus, toskan dan kemudian goreng tohor dengan butter dan garlic. Settle.


3. Salmon, grilled dengan salt dan pepper je, seriously less is more. Tak payah tambah bahan bukan-bukan. Masaknya pun jangan lama-lama sbb nnti jus dlm salmon tu akan keluar semua. Sekejap je, tak sampai 10 minit utk kedua-dua belah.


4. Last sekali...kita buat Hollandaise Sauce nya;

    Ambil 2 biji telur kuning sahaja.
    Masukkan dlm bekas dalam keadaan double boiled.
    Sambil double boil tu, kacau kuning telur tu dan ianya sangat penting supaya telurnya tak berbiji-biji mcm       telur dadar.
    Masukkan air sikit, salt dan pepper.
    Pastu, masukkan butter sikit demi sedikit sampai agak likat.
    Lastly, bila agak-agak telur dah masak, masukkan jus lemon. (agak-agaklah, makcik tak gheti nak bg sukatan yang precise sbb saya ni masak main campak-campak je, ikut sedap mulut)
     [time masukkan lemon tu, secara automatik warnanya akan jadi sgt cantik atas dasar tindak balas kimia]




Lasssssstttt sekali, hidangkan dengan cara assemble semua bahan-bahan tadi:

Grilled Salmon,
Potato Salad,
Pan Seared Asparagus and Baby Carrots
Hollandaise Sauce.


            Taraaaaaaa.....!! my 30 minutes meal ala Jamie Oliver (hahahhaha...poyolah mak!)

p/s: memasak itu mudah.



Wednesday, July 24, 2013

Homemade Capati dan Kari Super Sedap!

Assalamualaikum,

Apa kabar semua? Alhamdulillah hendaknya. Kali ini saya nak share resepi Capati cara Mak saya, di mana saya tetiba dapat seru nak masak bulan puasa ni. Nak makan kat kedai, biasalah, tak tau lagi kualitinya macam mana. So, kena lah buat sendiri ye.

Ok, memula, beli Tepung Atta yg satu pek RM4 tu. Kalau utk 4 org makan ni, saya guna cuma setengah paket tu.

1. So....1/2 peket + air garam + margerin (minyak sapi lagi sodap!) = ulilah sesuka hati asalkan jadi macam doh roti. Biarkan lebih kurang 1/2 jam atau sejam sebelum uli.





2. Sementara tu, sediakan bahan2 utk buat kari ala2 mak saya yang sedap tu.

  [sebiji bawang besar + 5 biji bawang merah + seinci halia + 3 biji bawang putih + secubit halba = blend]


3.   Jangan lupa preparekan bahan2 suka hati.



4. Tumis bahan2 yg dah diblend, lepas naik bau, baru tumis kari. Then, masukkan ayam dan kentang dulu.
   Then, masuk santan, baru masukkan carrot. Masuk garam, kiub ayam, dgn air asam. Laaaaast sekali, masukkan kacang panjang dan lada potong. [kalau ada terung dan bendi laaaaagi sllluuurrrrp!]

 [tadaaaaaa....kari dah siap!]


5. Selepas sejam, boleh lah dicanaikan capati tu. Tapi sebelum tu, bulat2 kan dulu supaya berat dan saiznya sama.


6. Proses menggelek dan mencanai pun bermula lah.... [time ni akan messy sesgt]




pastu bole le goreng tanpa minyak. Tapi sorry tau sbb takde gambar product sbb time menggoreng tu, En FA pun balik dan ajak buka umah MIL pulak. So, lepas goreng tu, terus masuk Tupperware.

Cubalah! Pasti yummy.

Sunday, February 17, 2013

Carbonara Pasta Ala Hoboken





Assalamualaikum!


Hmm...dah lama tak berblog. Sebenarnya dlm hati mmg hajatnya besar utk mengupdate perkembangan, tp apakan daya. Kerja, family dan hobi semuanya menghambat masa saya yang ada. Kebetulan broadband dah lama tak activate sbb masa cuti sekolah byk bergantung dgn wifi di rumah MIL, jadi, serba sedikit menghalang saya utk aktif. Alhamdulillah, sempena cuti raya cina ni, saya tidak ke mana-mana, jadi dapatlah saya menyiapkan hal-hal yang bertangguh. Even dah bayar bil broadband ni pun, nak activatekan semula punya lah payah. Dan akhirnya! hari ni dpt semula bernafas dongle ni.

Oh ya! Hari ni En FA kena duty di showroom. Tapi anak2 masih tinggal di umah MIL over weekend sbb ramai sepupu sepapat diaorg kat sana. Namun saya harus di rumah bersama Nadzmi sbb byk sgt kerja yg masih bertimbun : nak basuh baju lah, nak iron baju yg segunung etc. Buku2 latihan murid-murid pun ada 3 kelas lagi yg tak settle. InsyaAllah akan saya siapkan selepas saya mengupdate blog saya yang berhabuk ni.

Nadzmi skrg dah almost 7 months. Ni lagi 4-5 hari lagi nak cukup 7 bulan, gaya manjanya mmg kadang2 tak masuk dek akal. Selalu perlukan 100% of our attention. Tu lah, ingat tengahari ni nak masak best sikit (merangkap utk dinner), tapi, kalau gini lah gayanya... adehh...
Baru nak ke dapur je, uwaa...uwaaa...
Baru nak iron baju je, uwaaa..uwaaa...

bagilah apa jenis mainan pun, tetap nak berdukung jugak. Mati lah Mama mcm ni, satu kerja pun takleh siap!

Tapi dek nak lunch jugak, saya terpaksa fikirkan satu menu yg simple, sedap tapi kenyang.

Tetiba teringat channel TLC!  Fettucini Carbonara Ala Hoboken!

Jom kita tengok apa bahan-bahannya dan mcmmana nak memasaknya:

1.  pasta - apa suka. (may it be fettucini, spaghetti, angel hair,). Tp dicadangkan jenis yg panjang2 sbb nnti mcm tak relevan pulak kalau guna pasta yg kontot2 mcm macaroni, penne atau bow.

2.  Parmesan Cheese - sbenarnya apa jenis cheese pun bole. janji sedap kat mulut korang.

3. sebiji telur utk satu hidangan.

4. salt and pepper

Ya Allah! simple kan? Tak caya? betul... serius sedap mcm kat kedai!

(gambar close up sebelum cheese nya diparut)
First step:  amek pasta seberapa byk yg suka dan rebus - it may take some time to soft)
pastu, at the same time, amek sebiji telur dan pukul.
sementara tunggu pasta lembut, parut cheese dan masukkan ke dlm telur yg dah dipukul. ikut suka nak byk ke sikit.

pastu, bila pasta dah lembut, tos kan dan masukkan ke dlm bancuhan telur dan cheese serta merta dlm keadaan yg panas tu ye.
gaul cepat-cepat utk mengelakkan telur berketul-ketul mcm scramble eggs. time ni bole sprinkle salt and pepper.
Pastu....taaadaaaaa...dah siap! serius sedap. ada yg tanya, tak mentah ke rasa telur tu? Jawapannya: tak! sbb time pasta yg panas tu digaul, dia dah masakkan telur tu sekali gus. 
Kalau dlm rancangan Buddy kat TLC tu, dia serve dgn pork yang dipotong dadu, tapi takkan lah saya nak serve dgn pork jugak? heheheheh... maka saya gantikan dgn meatball yg sungguh lazat dan kemudiannya di tabur lagi dgn parmesan cheese dan lagi..dan lagi... dan lagi....
siap lah lunch saya utk hari ini. yeayyy.... bole buat kerja lain pulak!


Monday, April 11, 2011

Fish n Chips

Assalamualaikum,

Mempunyai blog ni, banyak cabarannya. salah satu cabarannya ialah org selalu bertanya "apa tujuan ko buat blog tu?" "kot ye pun rajin masak, takkan nak masukkan dalam blog?" Hahahahahha...kadang2 terkedu jugak mendengar kritikan2 seumpama ni. Tapi oleh sebab ini blog saya, suka hati saya lah kan? Kalau anda tak berpuas hati, malah anda juga boleh membuat blog lain hanya untuk mengutuk blog saya ini.

Tak kisahlah apa pun justifikasinya. Tapi salah satu tujuan utama saya membuat blog saya yang tak seberapa ni adalah untuk berkongsi resepi. Walaupun ianya nampak mudah, tapi tak ramai juga mempraktikkannya atas kekangan2 lain. Secara tak langsung, saya juga cuba menyebarkan idea "assembling" and "very seldom cooking". Melihatkan situasi sekarang ni, sebenarnya "memasak" itu tak susah, sebab "tugas2" lain sebenarnya sudah dilakukan oleh `pengilang-pengilang' yang bertanggungjawab. Sebagai contoh: santan pun dah ada yg dlm kotak, kerisik pun tinggal beli, ayam dah siap potong, ketupat pun dah dlm peket2 kecil - tinggal rebus je. Jadi tugas kita hanya mencantumkan saje semua bahan2 ni. Itulah yang dikatakan 'assembling'. Biasanya idea ni dipraktikkan oleh wanita-wanita yang bekerja seperti saya. Maklumlah, nak parut kelapa, mesin takde. bahkan pokok kelapa pun takde. Maka, terpaksa lah beli santan peket RM1 yg sebanyak sebotol Vitagen tu je. Kalau nak buat kuah kacang, kacang pun beli yg dah siap grind. Kalau nak goreng tanpa minyak, buang kulit....ada masa ke mak?

Sama juga dengan resepi yang saya nak kongsi ni. Sebenarnya bukan resepi pun. Semua bahan dah ada di Tesco. Tinggal rajin tak rajin nak cari je (ataupun samaada nak makan atau tak je). Jom tgk apa yg kita perlukan.

6 keping isi ikan bersalut tepung tempura jenama Pacific West
french fries jenama apa pun tak kisah
sebiji lemon yg dipotong 6
coleslaw (kalau tak rajin- ganti dgn apa2 sayuran pun bole) - saya guna brocolli dgn buttered cauliflower, jenama Tesco, then saya tambah dgn sweet corn dan carrot.
sedikit sos tartar jenama Lady's Choice.


 [taaaaddaaaa...... menu mudah dinner saya mlm tadi]
 my friend LOBO said that Fish n Chip ni dah mcm Nasi Lemak kat NZ, very cheap.

[`tetamu kehormat' tadi dgn buku yg baru di pau beli dari ibunya di MpH Senai Airport]



senang kan?


mari kita sesama psycho diri memasing : "assembling is easy!!"  ahahahhaha....poyo lah...mcm Dr Azizan lak.