Friday, October 14, 2011

Pancake!


Assalamualaikum!

sepanjang peperiksaan PMR berlangsung tempohari, ada guru-guru di sekolah saya yang berpakat utk membuat mini pot luck sbb ramai yg bertugas sepanjang peperiksaan dan mungkin kesuntukan masa utk ke kantin. Jadi, Kak Ros dan Nadia (Guru Kaunseling SMKTP) selaku tuan tanah kedaung (actually Bilik tu dijadikan port sementara) utk kami meletakkan makanan. Saya ni pulak, pantang ada bab makan2 ni, jadi saya pun bersetuju nak join sepanjang minggu tu.

sepanjang minggu tu, kebanyakkannya saya bawak western food: spaghetti bolognese, fusilli salad, American breakfast dan aneka cakes & brownies, etc. Tapi bila dah tiba hari last, saya mcm buntu sket nak bawak apa sbb biasanya saya memikirkan makanan yg mudah disediakan, tak berapa costly, senang nk dibawa, bole di makan utk ramai org dan yg paling penting, mudah diterima tekak org Melayu ni. Masa saya buat fusilli salad tu, saya jadi bingung sbb biasanya kalau buat salad saya akan letak Italian Salad Dressing, Mustard atau Balsamic Vinegar, yg mana rasanya tidaklah begitu friendly pada tekak org Melayu. Tapi, last2 saya letak sos cili Thai yg jernih tu sekali and finally, fusilli salad saya itu amat digemari rakan-rakan.


Ok-ok, back to story.



Pada hari yg last pot luck mini tu, saya decide nak buat pancake je lah. Ptg tu merayau cari Maple Syrup, takde pulak. Saya pun kata, tak kisah lah, saya bawak Hershey's Chocolate Syrup dgn Blueberry je sbg topping. Pada saya, kalau kawan-kawan bole makan, ok lah tu. kalau tak abis, takpe lah - lain kali tak payah bwk pancake lagi. Tapi Alhamdulillah, ramai yg suka, malahan, pada mereka, pancake ni sesuatu yg exclusive. Diaorg tanya, berapa kotak tepung pancake Pillsbury atau Nona yg saya guna? heheheh...tak guna pun sbb pada saya satu kotak tu sgt costly lah. Jadi, sementelah rakan-rakan minta saya berkongsi resepi dan cara utk membuatnya, meh le tgk di sini:


Step 1:

225gm tepung gandum biasa + 1 sudu kecil baking powder

Step 2:

Masukkan 4 sudu gula
Step 3:

Masukkan 1 sudu besar butter
Step 4:

300ml susu segar (kalau takde, blasah susu tepung anak tu pun bole)... saya selalu rembat susu Enfakid Tisya gak... :)
Step 5:

Masukkan sebiji telur (kalau bole Gred A)


Kacauu..... sampai jadi beautiful batter mcm gambar bwh ni.

Then, tuang satu senduk batter, satu persatu.


Pastu, bila dah start keluar buih2 angin tu, baru bole terbalikkan.

Taaaadddaaaaaa!!!!!

Sungguh effortless kan kawan2?? Jom lah buat. Daripada beli kat Mekdi yg dua keping tu RM5, baik buat sendiri yg bole dpt berpuluh-puluh keping tu.


selamat mencuba!

Tuesday, October 11, 2011

students zmn sekarang...

Assalamualaikum,

Wahh...lamanya sudah saya tidak mengupdate perkembangan terkini. Alhamdulillah, setelah menjalani beberapa minggu yang agak hectic, kali ni saya bole bernafas semula. Tapi, jangan berangan juga lah Intan, beberapa minggu lagi semula, hidupmu akan kecoh semula dek marking PMR dan marking SPM. Hehehehhe...
Kali ni saya nak bercerita ttg keletah beberapa students saya di institute pengajian tinggi awam. Saya harus akui, batch yg saya dapat kali ni adalah yang paling mencabar selama beberapa tahun mengajar di sini. Wpun ada di antara mereka yang mengambil course Senibina, tapi tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka adalah kurang sedikit. Berbeza dgn last batch (students F. Kejuruteraan Elektrik), mereka lebih aktif, positif dan effort mereka lebih tinggi. Boleh dikatakan, batch last sem adalah batch yang paling best saya pernah ajar.
Saya jadi hairan, (atau mungkin berefleksi dgn diri sendiri), bagaimana mereka begitu malas dan arrogant. Ada satu group ni (yg semuanya perempuan Melayu), dah la topik pun tak tanya approval saya, pastu tak show pun any drafts: tau2 je nak present mcm kawan2 yg lain. Ok, tu satu hal. Another story is, apa yg di-present kan tu langsung tak kena dan nampak sgt takde effort time nak buat tu. Ini ke yg digelar mahasiswa? Kecewa betul saya dibuatnya.
Paling menyedihkan, after all the comments I have made throughout the presentation, time class dismissed tu, bole pulak diaorg keluar menonong je, tanpa ada effort nak jumpa saya. Saya ingatkan diaorg nak tanya2 apa yg diaorg went wrong,  tanya clarifications ke, apa2 ke... aduuiii sedihnya tgk bangsa sendiri yang pemalas mcm ni.
Saya dulu taklah rajin sgt pun. Tapi yang penting, saya tak sombong. Kalau tak tau, buat cara tak tau, buat cara org bodoh dan banyakkan bertanya dgn org yang pandai. Kalau lecturer marah, tau takut jugak, dan tau jugak nak cuba pujuk lecturer, jumpa selalu akhir kelas. Kalau dtg lambat ke kelas, walau lambat satu jam pun saya akan gigihkan juga pergi. Bukan sbb nak tunjuk baik, tapi saya percaya, lecturer pun suka dgn semangat yang sebegini. Tapi yang ni atau lebih tepat lagi students zmn sekarang ni peliklah...
Saya ni bukanlah lecturer yang kejam sgt. Kalau saya seorang educationist pun boleh ber-blog, berFB, it simply means that I am a joyful person, easy to approach. Saya pun suka senyum dan ketawa orangnya. Jadi bila-bila masa sahaja saya suka untuk membantu students saya apabila diperlukan. Kalau ada sesetengah bangsa yg begitu rajin bertemu saya selepas kelas, saya pun jadi segan kalau saya tak bagi mereka markah yg baik. Ooppsss...bukan mengampu tau. Tapi award atas kesungguhan yg mereka telah tunjukkan.
Skrg, tepuk dada, tanyalah selera. Dgn attitude yg sebegini, jangan berani merayu saya di akhir semester, mengatakan ITU dan INI, hanya semata-mata utk mendapatkan A.  Jangan ingat subjek saya ni tak penting, sebagaimana anda memberi priority kepada subjek2 course anda. Dah nampak slip keputusan dgn CGPA yg tak cantek tu baru nak suruh saya revise lah itu lah ini lah...dah terlambat lah cik mek sayang.


Hehehhehehe... bagi D kang baru tau...

[ni students last sem - Syazana, Mimi, Izyan...budak2 SEC]


[Azfar, Mimi, Aqilah, Hilmi....group yang dpt A last sem- usaha berterusan sepanjang semester]
[good handout and good 'token of appreciation" as well - satu kelas pun dapat]



Friday, September 30, 2011

good aspect with bad aspect..

Assalamualaikum,

hahahahhaha...dah lama tak update blog kan? wwahhhh...mmg busy yang teramat sgt. selepas naik cuti raya tempohari, terus saya busy dgn penandaan Trial SPM. Maklumlah, ada 3 kelas utk di settlekan. Pastu, sambil2 tu busy jugak dgn new sem kat UTM yg dah bermula, plus training netball utk PSKPP (Pesta Sukan dan Kebudayaan antara guru-guru), plus seminggu sekali kena jumpa Dr Zairus utk PhD saya tu. Mana mengurus anak lagi, rumah terbuka sana-sini bla...bla...bla...  Blog ni pun saya curi2 taip sewaktu menunggu rakan-rakan lainnya utk start training petang. Maaf lah kalau kali ni gaya bahasa kurang elok sikit.

Itu pun saya tergerak nak menulis ni disebabkan karenah Azeem mlm tadi. Seperti yang saya ckp, saya mmg terlampau sibuk minggu ini - jadi, mungkin saya terpaksa 'mencilok' tugas seperti memasak, membasuh etc. Maknanya, adalah yg kena makan kat kedai/tapau, atau ada jugak nampaknya yg bakul baju tak berlipat agak menimbun drp biasa (tabiat saya: tak mungkin akan ada baju kotor berlonggok sbb mmg tak suka baju kotor menimbun). Selalunya, saya akan usahakan membasuh dan menyidai (kdg2 skrg En FA tolong jugak), dan akan MEMASTIKAN kain yg menimbun itu stok yg bersih. Ok, ok, back to story.

Yelah, semua org tau yg Azeem ni agak cerewet. Bukan AGAK lagi, tapi MMG cerewet. Selalunya, saya mmg suka memasak, tapi kadang2 saya perlu pengertian semua juga kan? mcm mlm tadi - korang bygkan lah, dah la pagi tu training netball, pastu berkejar ke sekolah semula sbb ada Latih Tubi budak2 Form 3 (masa straight tau - 6,7,8,9), pastu time balik tu, siapkan material budak2 Latih Tubi SPM etc, Pastu terus tumpang umah Huk nak mandi sblm gi ngajar kat UTM. Sampai umah sharp 7.30 p.m. Mandi+ solat etc...dah pkl 8. Sempat ke masak Senah ooiiii?

Tapi biasalah, anak mama Intan payung gemala hati ni, susah dah nak mkn nasi kedai. pada dia, semua tak sedap. Tension saya dibuatnya. Mmg la nasi + telur goreng kicap will do, tapi mcm tak sampai hati lah pulak kan :(  Last2, kena lah masak jugak serba sedikit.

ada 3 jenis ke-cerewet-an Azeem ni.

1.  Takmo makan nasi kat kedai

    Azeem : Mama, mlm ni mana kat mana?
    Mama : sorry, mlm ni terpaksa mkn kat kedai. Mama betul2 tak larat.
    Azeem :  Alaaa.... :( Azeem takmo makanlah

2.  Dah biasa ada 3-4 jenis lauk, bila 1 lauk je, tak selera nak makan.
 
   Azeem : Mama, kenapa ada satu lauk je?
   Mama  : Azeem! Syukur tau, kat Afrika....bla..bla..bla... Kalau org miskin tu....bla..bla..bla...
                 Mama dulu masa kecik kecik... bla..bla...bla...!!
    (pastu terus muncung muka)

3.  Dah biasa Mama punya presentation meletop, bila cincai-cincai terus komen.

     Azeem : kenapa Mama masak cincai-cincai je ni. Kenapa dalam cabbage ni takde carrot?
                    Tak cantik lah. Penat sgt ke Mama keje hari ni?
     Mama  :  Hoi!! (time ni suara saya dah nak mcm petir sabung-menyabung). Ni kira untung Mama nak  
                    sendukkan dan hidang atas meja tau. Kalau Mama dulu, Nenek dah masak, pandai2 la ko
                    senduk sendiri dr dalam periuk!
                 
Time ni lah rasa menyesal pun ada. Tapi salah Azeem ke? Takkan? Tapi takkan nak amalkan cara/pemakanan yang tak best pulak. Senang je, budak2 mcm ni perlu dijustifikasikan.


Azeem, kalau Mama penat, sorry lah ye. Mama harap Azeem bole cuba faham...




[biasanya mcm ni cara aku masak hari2- ada 2-3 lauk]


p/s: haaaaaa....tu lah kau, sape suruh ajar anak makan sedap2??  (kata sorang cikgu sekolah saya)
 
      Senyum je lah Intan ooii...

Wednesday, September 14, 2011

Soalan Trial Bahasa Inggeris SPM Johor 2011

Assalamualaikum,


[harus pulak interframe gambar anak2 saya main bunga api?]  hahahahahha

Rakan-rakan seperguruan (espcially yg BI lah),

Untuk SPM kali ni, saya terpaksa upload di internet sebab saya `kepenatan' untuk pos sepertimana saya pos sokmo untuk exchange soalan PMR aritu. Mungkin kualitinya tak seberapa bagus yg original/photocopied version, tapi bole lah juga kan?  Saya tersgt lah busy dgn Latih Tubi/Pecutan PMR, dan busy marking 3 classes of SPM Trial, merangkap busy nya menghadiri rumah terbuka sempena Aidilfitri ini (hehehehhe...rumah saya sentiasa terbuka untuk beraya tau!)

Okey, bagi sesiapa yg berminat untuk mendapatkan soalan Trial BI SPM Negeri Johor, saya dah upload di sini dgn menggunakan PDF ya?


http://www.scribd.com/fullscreen/64874843?access_key=key-1ctht6gqlj49fx2hr6um   (Paper 1)

http://www.scribd.com/fullscreen/64135516?access_key=key-24yvw6hnipk483xbleuy (Paper 2)


http://www.scribd.com/fullscreen/64875926?access_key=key-7aet15fqnqsbucxvhdy  (Answer Scheme)


Terima kasih daun keladi, jangan lupa tukar exam paper sekali!

Thursday, September 8, 2011

there were so much to tell...

Assalamualaikum,




Menjadi seorang blogger kecil-kecilan pun kadang-kadang ada tekanannya. Kadangkala, saya rasa saya ni tak glamer. Maklumlah, seorang guru biasa sahaja. Tetapi, kadangkala, bila melihat kepada statistik trafik, whoa...tak sangka kadang-kadang boleh mencecah kepada 500 views pada satu-satu masa. Atau....mungkinkah saya mempunyai peminat setia yang mencuri-curi skodeng blog saya, sebagaimana saya selalu skodeng blog Hanis Zalikha, Nani Rostam dan Irma Putri? (tapi tak minat langsung dgn Ben Ashaari)


Pun begitu saya hargai anda.


Ini disebabkan, tidak mudah untuk menarik perhatian seseorang untuk `mendengar' cerita anda. Cerita ttg memasak, ttg aktiviti-aktiviti seharian anda, yg kalau cuba untuk didengar secara "live" bukanlah sesuatu yg pleasant.



cerita ttg Ramadhan, sambutan Syawal dan "smbutan" terhadap PMR dan Trial SPM yg mendatang juga kadang-kadang begitu banyak untuk dikongsi bersama. InsyaAllah...sekiranya diberikan kesempatan dan kekuatan kudrat, akan saya update selalu.




there were so much to tell and share, and I appreciate that...