Thursday, November 24, 2011

Biar kecil, asalkan bermanafaat...

Assalamualaikum,

Nama je cuti sekolah, tapi menghabiskan masa dgn anak2 betul2 melekakan saya. Maklumlah, minggu pertama je yg saya free, pastu dah tak nampak dunia lagi. Saya pernah maklumkan pada rakan-rakan saya, bahawa cuti bulan Disember sebenarnya bukan waktu yg best utk saya bercuti sbb sebenarnya bebanan kerja adalah lebih luar biasa.

Tempohari, saya ada pergi ke beberapa rumah rakan saya: menolong memasak utk an event, saje melawat baby, saje2 melepak - tgk2 rumah org supaya dapat inspirasi bagaimana untuk mengurusi rumah sendiri nnti. Kadang2 tu, ada yg secara penampilan luaran nampak orgnya tersangat kemas, pandai bergaya, nampak mcm ada kelas, tapi keadaan rumah pula sgt tidak terurus. Bila balik rumah saya sendiri, saya muhasabah sendiri - check dari luar sampai dalam, kot2 ada ruangan yg tak pleasant di mata org. Ada juga yg orgnya secara luarannya nampak mcm tak kisah dgn kekemasan dan kebersihan, tapi bila sampai di rumahnya, nampak sgt selesa dan bersih, hatta bilik airnya pun sgt bersih. Kawan saya ni berkata "biarlah rumah kecik Intan, asalkan akak senang nak mengurus. Tak guna juga rumah bertingkat-tingkat tapi secara realistiknya, kita mmg takde masa nak mengemas". Betul juga kan?

Saya juga terfikir: nasib baiklah rumah saya ni kecil. Agaknya kalau saya diberi rumah yg besar, saya pun akan jadi macam mereka. Takpe lah Intan, biarlah rumahmu kecil, asalkan setiap ruang yg ada itu bermanafaat.



[inilah dapur saya yg tersangat kecil, tapi di sinilah juga terhasilnya mcm2 makanan dan kek/brownies/cookies/pastry - errr walaupun taklah berapa sedap]


Moral of the story: tak payah la ko nak menyibuk tambah/sambung dapur Intan, kang jenuh nak maintain. bersyukurlah dgn apa yg ada...

Wednesday, November 16, 2011

Batrisyia is 5!

Assalamualaikum,

Batrisyia ni anak saya yg kedua. Baru no 2, no 3 belum nampak bayang lagi w'pun KPI nya nak 5. So, currently, kira dialah yg bongsu. Manjanya agak melampau sikit, bertambah lagi dgn mulutnya yg terlebih peramah, sehinggakan siapa yg baik dgn dia, cerita dalam kain Mama dia pun dia bole ceritakan. Dek mulutnya yg terlebih peramah itu juga lah, selalu gak kena se-das dua rotan sbb rajin sgt menjawab bila Mama dan Abah marah:
"Tisya sorang je pompuan. Elok sangat ke main dgn budak lelaki kat luar tu?"
"Ha'ah! Elok!" dgn muka toya tak bersalah.

Berlainan Azeem yg agak celik Bahasa Inggeris, Tisya lebih kepada numbers. Dgn umurnya 5 tahun ni, bab membaca ada gagal sket, tapi kalau bab tambah tolak tu, dia OK sket nak bandingkan abangnya.

Hari tu saya merancang utk celebrate Tisya punya birthday kecil2an. Cuma panggil sedara-mara dan sepupu-sepupu dia sebelah abah dia balik celebrate sesama kat umah nenek dia. Tapi since birthday dia jatuh hari Khamis, saya pun postpone ke hari Sabtu yg sememangnya adalah Birthday saya juga. Lagipun, keesokan harinya Hari Raya Aidiladha, jadi konfirm ramai org balik umah nenek dia nak prepare masak-masak.

Tgh sibuk2 marking PMR, tak byk yg saya dpt preparekan. Jadi, tgk lah ye apa yg saya sediakan utk Tisya dan juga gambar2 ketika celebration berlangsung.


[birthday cake]

 
[hadiah birthday utk dia: bagi awal2 pagi kat rumah supaya tak sibuk nak mengusung balik ke umah nenek]

[apam ladybird ni order dgn Iechak Spg Renggam]

 
[spaghetti bolognese- menu paling senang kan?]

 
[dan roti jala - sesuai la dgn kanak-kanak]
[memula bersungguh-sungguh nak buat fruit tart, tapi ni je la yg ada]

 [Tisya dikelilingi sepupu2, cucu2 dia, dan kawan2 keliling umah nenek dia]

 [sepupu dia Acid tolong bacakan doa selamat, Qayyum lak tukang snap gambar]

 [budak ni suka je]

 [mama dia lagi suka kot? - suka makan]

 [pandangan dari atas ruang tengah umah nenek Tisya]

[cucu Tisya yg paling muda setakat ini - Zulaikha]


Hehehehhehehe....sekian sahaja le catatan saya pada kali ni. InsyaAlllah, minggu depan dah cuti sekolah, saya update entry banyak sket. Apa??? cuti sekolah????


YEEEEAAAAYYYYYY!!!!

Monday, October 31, 2011

Julie & Julia

Assalamualaikum...

Smlm adalah hujung minggu selepas cuti Deepavali. Tapi makcik kena keroje lah pulak. Balik kerja, sampai umah je pkl 4. Alhamdulillah, sampai umah je tgk En FA dah siap basuh dan sidai baju 2 trip, vacuum rumah, dan meracun rumput keliling umah yg dah mcm hutan simpan tu. Terima kasih la ye? Jadi saya pun terus on TV, nak melelapkan mata, taking nap barang 20-30 minit. Biasalah, saya punya channel hanyalah 411 (HBO), 413 (StarMovies), 703 (AFC) dan 707 (TLC), tapi bila on 411 je, ada movie yg saya tersangat lah suka, yg saya rasa dah 5 kali saya menontonnya - Julie & Julia.

Best nya citer ni sampai saya pun terpengaruh nak buat Beef Burguinuon (makanan org Perancis), tapi masalahnya ada red wine lah pulak.  Nampak mcm sedap sgt dish tu, tapi kena KIV lah dulu.

Ok, citer ni berkisar ttg seorg biasa yg bernama Julie Powell yg merasakan hidup dia sgt biasa dan mahu menjadi penulis ttg makanan sehinggalah dia bercadang utk menyahut cabaran dengan memasak 524 resepi dari tukang masak kegemarannya (Julia Child) dari zaman 30-an. Dia mempunyai 365 hari utk meyelesaikan semua resepi dan kemudiannya di update di dalam blognya yg dinamakan the Julie and Julia Project.

Jom lah tgk gambar2 yg ada ni, kot2 korang bole ter-recall mcm mana citernya. Tapi sumpah citer ni best!


[pelakon utama : Amy Adams sbg Julie Powell] pelakon kegemaran aku selepas Reese Witherspoon dan Jennifer Garner. Skrg mcm terminat Jessica Biel jugek..


 Meryl Streep as Julia Child di zaman 30-an yg bertanggungjawab mengtranslate byk resepi Perancis ke Bahasa Inggeris]



[the real person ; Julia Child and Julie Powell] sama-sama American, bukan org Yong Peng.

 [this is the real book. Kalau dpt buku ni sebagi hadiah birthday utk 5 Nov ni kan best? kan? kan?]


[paling suka caption yg paling atas: Passion. Ambition. Butter.] hahahahahhaha


[gambar Julia Child time berkecimpung dgn masakan esp time dia belajar memasak utk mendapatkan Diploma Kulinari di Les Cordon Bleu]

p/s: mcm berangan juga nak cuba resepi dari Tukang Masak Malaysia yg dah publish buku. hahahahha....kuat berangan betul lah Intan ni...

Thursday, October 27, 2011

Singapore-Deepavali.


Assalamualaikum,
(gaya bagi salam mcm Prof Izzi Hj Ali)

Hehehhe....entry kali ni saya nak berkongsi pengalaman pergi ke Universal Studio Singapore (USS) time Deepavali semalam. Sebenarnya ini kunjungan kali kedua dlm masa 5 bulan. Oleh sebab kunjungan yg ni FOC, saya pun layankan je lah pergi. En FA punya ofis yang menaja sbb dapat reward CSI (Customer Service punya survey) tapi hanya untuk dua org saja. Jadi, saya terpaksa tinggalkan budak tecik dua org kat umah neneknya dan saya pun terpaksa berpoya-poya tanpa anak.  hehehehhe....

Dlm keadaan yg agak pokai (ngaku nih!) - saya ada 3 trips ahead dlm November ni, I have to allocate my money evenly for each trip, saya cuma tukar SGD100 saja, dan En FA pun tukar SGD100 = RM250 gitu lah. Dlm fikiran cuma nak relax, dan cover beberapa tempat yg aritu yg sempat pergi. Jadi masa kami agak terluang di situ, dan saya lebih byk melepak dan makan2 di situ. heheheheh...itu lah Intan kalau korang nak tau. Asyik maaaaaaakaaaaannnnn jer!

Trip kali ni lega banyak tau. Mungkin sbb bukan time cuti Summer, lagipun weekday, plus takde public holiday kat mana-mana negara (kecuali Malaysia dan Singapura), jadi org tak ramai mcm our first trip dulu. Masa menunggu setiap station pun sgt pendek. Kalau kawan-kawan nak pergi, mungkin time cuti sekolah bulan Nov ni is a good time to go. Kalau tak, berebut dgn omputih2, Filipinos2 yg sibuk nak menghabiskan cuti summer diaorg.

Jadi kawan-kawan, meh le tgk gambar-gambar yg sempat saya rakamkan sepanjang saya berada di sana. Sori lah ye, gambar tak mengikut susunan. Malas betul nak meng ejas nya!







 [Nasi Briyani dgn mutton curry, plus Indian prata] USD14.50. errrrr...jgn lupa kali dgn RM2.50 ya?

 [my meal: Nasi Briyani dgn ayam masala]

 [dtg USS ni dah pasang niat nak mkn Gingy]

 [ngaaappp...nak mkn ayam tu. tapi mcm kureng sket, sbb wings dan breast bukanlah fav part saya. I'm a drumstick and thigh person]

Time dah tak tau sgt nak buat apa, ngeteh lagi lerrr... [at Celebrity Cafe and Bakery : caffe latte, Red Velvet dan Sweety Pink Cupcake]


[ni complimentary dish dgn set Ayam Masala tu. So-so je lah]

[depan perkampungan nelayan ala2 dlm citer Hollywood tu]
[ambik gambar je lebih, naik tak berani!]

[Garret Popcorn yg di war-warkan sgt sedap, tapi biasa-biasa sahaja. Saya try yg paling basic Buttery Plain -$4, dgn yg paling mahal Almond Caramel Crisp $9- takde apa yg menarik pun?]


[ini bekalan yg saya sempat bawa pada hari tu -mee goreng bodo, dgn chicken & cheese sandwich, Evian Malaysia. Makan sebaik sahaja sampai sbg sarapan sbb memang expect byk cafe yg belum dibuka. Bekas pun bawa yg stok bole di letgo selepas makan]

 [sampai-sampai je kat USS jam 10 pagi, kita blasah makanan dulu. Kang laparrrrr....]

 [tgh mkn mee goreng bodo]

 [Gingy yg bersedia utk dimakan, dan duit Brunei yg dapat selepas beli Gingy : di sini duit Brunei bole digunakan, tetapi TIDAK Ringgit Malaysia...sob...sob.. sob...] eh, lupa nak ckp: a must buy item here is MAGIC POTION BOTTLE. Tapi beli kat Far Far Away Castle sbb kat station lain jual bottle lain pulak. $13 tapi pastu bole refill air dgn $2.


 [salah satu adegan dlm showcase Waterworld]

 [korang tgk lah apa nak jadi dgn minah ni... kerjanya maaaakaannnn je!]- time ni makan kat OASIS CAFE

 [dpn kedai pizza. Nasib baik takde logo HALAL. kalau tak, sure dah masuk punya]

[sample food kat depan kedai pizza]

 
[korang tgk lah betapa konsentrasinya saya ketika makan]

ok, itu saja buat kali ni. InsyaAllah tahun depan nak pergi sekali lagi sbb bulan Disember ni, Transformers punya station dah nak bukak dah. Nak bwk anak-anak esp si Azeem tgk station yg sememangnya dia expect utk tgk. dan.... Mungkin next trip nak explore lebih ke Sentosa Island tu lah.



Jgn lupa Universal Studios Singapore: lepas ni Johor nak bukak Legoland pulak bulan April ni. Abis la koranggggg...  hahahhahahahaha....(ketawa mcm Jin dlm citer Ahmad Albab)...

Tuesday, October 25, 2011

5 reasons saya tak selalu update blog...

Assalamualaikum,

Lately, ramai yg complain saya tak rajin nak update blog. Memang betul lah tu. Kadang2 saya bukan malas. Selalunya after blogwalking (hobby baru nih!), saya akan berkobar-kobar nak update blog saya : nak cerita itu, nak cerita ini. Tapi, bila on the laptop, saya selalunya akan dihantui beberapa perkara ni:


1.  Anak-anak
    Kadang-kadang, time driving, saya selalu ada byk idea nak menulis sbb time tu lah fikiran saya akan wandering around. So, bila sampai rumah, akan berkobar-kobar sket nak menulis curahan hati. Sebab ini selalunya refleksi dari kehidupan harian (apa yg org ckp, apa yg saya balas) dan mungkin saya rasa mcm sesuatu yg saya nak clarify semula. Tapi bila sampai rumah je, saya akan di stop kan dengan memenuhi keprluan anak-anak. Nak tengok dulu apa yg diaorg buat. Takut-takut saya syik dgn laptop/notebook, diaorg ntah lapar ke, ntah ke mana-mana ke.... dan biasanya kena penuhi dulu kehendak mereka. By the time siap masak (Azeem la biasanya yg nak makan terlebih dulu), by the time siapkan Tisya mandi etc, saya pun penat... Penat tu jawabnya tersadai dpn TV la, layan AFC...

2.  Topik Sensitif
     Bila dah ready semua, beria-ia lah saya menaip. Tetiba bila dah siap, baru perasan yg topik tu tak sesuai utk roles yg saya pegang. Cerita pasal politik - saya seorg guru. Cerita pasal sekolah anak- ada je yg tak puas hati dgn guru-guru sekolah lain. hahahhahahaha.... So, bila dah siap draft tu, terpaksa cancel sbb takut akan melukakan hati org lain - padahal ni blog aku, suka hati aku lah kan? (isshh...tak molek, tak molek...)

3.  Malas Amek Gambar
     Satu yg saya perasan, blog dan entry yang bagus mesti ada byk gambar. Tapi malangnya, walaupun saya ada kamera yg baik, sekarang saya mcm tak rajin nak mengusung ke sana- ke mari. As a result, bila nak meng update blog tu, rasa mcm tak lively lah pulak entry nya. Mak cik ni dah semakin tua, walaupun supermom diary ni baru berusia 8 bulan, tapi rasanya mcm bertahun kat dunia blogging ni. InsyaAllah, pasni, saya akan lebih rajin mengusung Nikon D60 tu ye.

4.  Dah penah kena sound supaya tak `menunjuk-nunjuk'
    Haaa...betul ni, tak tipu... antara entry-entry saya yg terawal ni, saya ceritakan byk ttg aktiviti-aktiviti saya dan kesibukan saya sebagai seorang guru, pensyarah sambilan, ibu, student pasca-siswazah, isteri, baker, photographer etc... Tapi ada sesetengah org yg menganggap saya spt nak menunjuk-nunjuk. Pada dia, tak semua benda kita bole share dgn org ramai. Memag betul, tapi pada saya, (ayat baik):  "cukuplah dgn niat untuk berkongsi pengalaman, selagi tidak melanggar batas-batas agama. Akak cerita-cerita ni pun sbb kalau bole akak nak sampaikan idea yg kita ni boleh memainkan byk role dlm satu masa." (ayat berlagak yg tak baik) "tu belum lagi aku tunjuk aku pegi holiday kat mana. Rumah aku, ko dah tgk? Aku belum pernah upload citer ttg keta aku kan? KAU ADA???" Ish...ish..ishh Intan, minta dijauhkan oleh Allah dgn perangai-perangai buruk mcm ni. Yg paling penting niat- tapi teguran-teguran seperti itu ada baiknya juga. Ianya membuatkan saya lebih berhati-hati dalam pemilihan topik supaya tak terlalu obvious.



[eeeecceehhhhh....ni baru mukaddimah!]

5. Malas
    Yg ni adalah yg paling UTAMA antara semua-semua alasan yg diberikan. Bila Virus M ni dah melanda, apa pun tak boleh!



p/s: eeeleeehhhh...alasan takmo update entry lah tu!