Friday, September 30, 2011

good aspect with bad aspect..

Assalamualaikum,

hahahahhaha...dah lama tak update blog kan? wwahhhh...mmg busy yang teramat sgt. selepas naik cuti raya tempohari, terus saya busy dgn penandaan Trial SPM. Maklumlah, ada 3 kelas utk di settlekan. Pastu, sambil2 tu busy jugak dgn new sem kat UTM yg dah bermula, plus training netball utk PSKPP (Pesta Sukan dan Kebudayaan antara guru-guru), plus seminggu sekali kena jumpa Dr Zairus utk PhD saya tu. Mana mengurus anak lagi, rumah terbuka sana-sini bla...bla...bla...  Blog ni pun saya curi2 taip sewaktu menunggu rakan-rakan lainnya utk start training petang. Maaf lah kalau kali ni gaya bahasa kurang elok sikit.

Itu pun saya tergerak nak menulis ni disebabkan karenah Azeem mlm tadi. Seperti yang saya ckp, saya mmg terlampau sibuk minggu ini - jadi, mungkin saya terpaksa 'mencilok' tugas seperti memasak, membasuh etc. Maknanya, adalah yg kena makan kat kedai/tapau, atau ada jugak nampaknya yg bakul baju tak berlipat agak menimbun drp biasa (tabiat saya: tak mungkin akan ada baju kotor berlonggok sbb mmg tak suka baju kotor menimbun). Selalunya, saya akan usahakan membasuh dan menyidai (kdg2 skrg En FA tolong jugak), dan akan MEMASTIKAN kain yg menimbun itu stok yg bersih. Ok, ok, back to story.

Yelah, semua org tau yg Azeem ni agak cerewet. Bukan AGAK lagi, tapi MMG cerewet. Selalunya, saya mmg suka memasak, tapi kadang2 saya perlu pengertian semua juga kan? mcm mlm tadi - korang bygkan lah, dah la pagi tu training netball, pastu berkejar ke sekolah semula sbb ada Latih Tubi budak2 Form 3 (masa straight tau - 6,7,8,9), pastu time balik tu, siapkan material budak2 Latih Tubi SPM etc, Pastu terus tumpang umah Huk nak mandi sblm gi ngajar kat UTM. Sampai umah sharp 7.30 p.m. Mandi+ solat etc...dah pkl 8. Sempat ke masak Senah ooiiii?

Tapi biasalah, anak mama Intan payung gemala hati ni, susah dah nak mkn nasi kedai. pada dia, semua tak sedap. Tension saya dibuatnya. Mmg la nasi + telur goreng kicap will do, tapi mcm tak sampai hati lah pulak kan :(  Last2, kena lah masak jugak serba sedikit.

ada 3 jenis ke-cerewet-an Azeem ni.

1.  Takmo makan nasi kat kedai

    Azeem : Mama, mlm ni mana kat mana?
    Mama : sorry, mlm ni terpaksa mkn kat kedai. Mama betul2 tak larat.
    Azeem :  Alaaa.... :( Azeem takmo makanlah

2.  Dah biasa ada 3-4 jenis lauk, bila 1 lauk je, tak selera nak makan.
 
   Azeem : Mama, kenapa ada satu lauk je?
   Mama  : Azeem! Syukur tau, kat Afrika....bla..bla..bla... Kalau org miskin tu....bla..bla..bla...
                 Mama dulu masa kecik kecik... bla..bla...bla...!!
    (pastu terus muncung muka)

3.  Dah biasa Mama punya presentation meletop, bila cincai-cincai terus komen.

     Azeem : kenapa Mama masak cincai-cincai je ni. Kenapa dalam cabbage ni takde carrot?
                    Tak cantik lah. Penat sgt ke Mama keje hari ni?
     Mama  :  Hoi!! (time ni suara saya dah nak mcm petir sabung-menyabung). Ni kira untung Mama nak  
                    sendukkan dan hidang atas meja tau. Kalau Mama dulu, Nenek dah masak, pandai2 la ko
                    senduk sendiri dr dalam periuk!
                 
Time ni lah rasa menyesal pun ada. Tapi salah Azeem ke? Takkan? Tapi takkan nak amalkan cara/pemakanan yang tak best pulak. Senang je, budak2 mcm ni perlu dijustifikasikan.


Azeem, kalau Mama penat, sorry lah ye. Mama harap Azeem bole cuba faham...




[biasanya mcm ni cara aku masak hari2- ada 2-3 lauk]


p/s: haaaaaa....tu lah kau, sape suruh ajar anak makan sedap2??  (kata sorang cikgu sekolah saya)
 
      Senyum je lah Intan ooii...

Wednesday, September 14, 2011

Soalan Trial Bahasa Inggeris SPM Johor 2011

Assalamualaikum,


[harus pulak interframe gambar anak2 saya main bunga api?]  hahahahahha

Rakan-rakan seperguruan (espcially yg BI lah),

Untuk SPM kali ni, saya terpaksa upload di internet sebab saya `kepenatan' untuk pos sepertimana saya pos sokmo untuk exchange soalan PMR aritu. Mungkin kualitinya tak seberapa bagus yg original/photocopied version, tapi bole lah juga kan?  Saya tersgt lah busy dgn Latih Tubi/Pecutan PMR, dan busy marking 3 classes of SPM Trial, merangkap busy nya menghadiri rumah terbuka sempena Aidilfitri ini (hehehehhe...rumah saya sentiasa terbuka untuk beraya tau!)

Okey, bagi sesiapa yg berminat untuk mendapatkan soalan Trial BI SPM Negeri Johor, saya dah upload di sini dgn menggunakan PDF ya?


http://www.scribd.com/fullscreen/64874843?access_key=key-1ctht6gqlj49fx2hr6um   (Paper 1)

http://www.scribd.com/fullscreen/64135516?access_key=key-24yvw6hnipk483xbleuy (Paper 2)


http://www.scribd.com/fullscreen/64875926?access_key=key-7aet15fqnqsbucxvhdy  (Answer Scheme)


Terima kasih daun keladi, jangan lupa tukar exam paper sekali!

Thursday, September 8, 2011

there were so much to tell...

Assalamualaikum,




Menjadi seorang blogger kecil-kecilan pun kadang-kadang ada tekanannya. Kadangkala, saya rasa saya ni tak glamer. Maklumlah, seorang guru biasa sahaja. Tetapi, kadangkala, bila melihat kepada statistik trafik, whoa...tak sangka kadang-kadang boleh mencecah kepada 500 views pada satu-satu masa. Atau....mungkinkah saya mempunyai peminat setia yang mencuri-curi skodeng blog saya, sebagaimana saya selalu skodeng blog Hanis Zalikha, Nani Rostam dan Irma Putri? (tapi tak minat langsung dgn Ben Ashaari)


Pun begitu saya hargai anda.


Ini disebabkan, tidak mudah untuk menarik perhatian seseorang untuk `mendengar' cerita anda. Cerita ttg memasak, ttg aktiviti-aktiviti seharian anda, yg kalau cuba untuk didengar secara "live" bukanlah sesuatu yg pleasant.



cerita ttg Ramadhan, sambutan Syawal dan "smbutan" terhadap PMR dan Trial SPM yg mendatang juga kadang-kadang begitu banyak untuk dikongsi bersama. InsyaAllah...sekiranya diberikan kesempatan dan kekuatan kudrat, akan saya update selalu.




there were so much to tell and share, and I appreciate that...