Saturday, June 4, 2011

phewww...lega!

Asalamualaikum,




Minggu pertama cuti persekolahan pertengahan tahun ini, otak saya agak berserabut. Ada macam2 hal yg perlu saya uruskan. Kelas tambahan lah, tempahan kek dan cupcakes lah, dan macam2 lagi. Tapi bila nak start buat kerja je, saya baru perasan, satu kerja pun saya tak bole buat sebab rumah saya macam tongkang pecah! Saya ni pulak, mmg tak bole bekerja apabila rumah dlm keadaan bersepah. Kalau nak mandi pun, saya tgk keadaan bilik air tu dulu. Kalau tak best, saya cuci dulu baru mandi. Saya kadang2 pun hairan, macammana sesetengah org bole bekerja dalam keadaan yg berserabut dan tidak terurus. Tapi, biasalah, lain orang, lain ragam (harus positif gitu?)
[keadaan asal yg bukan sahaja kucing boleh beranak di sini, bahkan kelawar juga]

Hari Ahad lepas, saya buat `post-mortem' sekeliling umah. Dari depan sampai ke belakang saya study - apa yg tak kena ya? Selidik-punya selidik, saya telah sampai ke satu conclusion yg bilik belakang (yang selalunya saya jadikan bilik `bekerja') sangat serabut, bersepah, dan tidak efektif dan produktif. Memang bilik tu kami buat sebagai bilik solat dan bilik bekerja, tapi ianya perlu perubahan dan revolusi! Saya pun sebagai Menteri Kerja Raya di rumah ni, meminta setiap individu di rumah ini (termasuk si kucing hitam legam -Bront) supaya dapat menggembleng tenaga merevolusikan bilik ini.

Tisya pun lately sudah pandai mengkomplen yg dia `tak ada privasi" (apa??? budak 5 tahun pun tau privasi?) dan dia perlukan bilik sendiri. Tak sampai hati lah pulak Mama dia ni. betul jugak. Dgn bilik Azeem yg penuh dgn robot dan gitar, sungguh tidak `girly' kan? So, this is the most suitable time, I think.

Hari Ahad selepas pulang dari kelas Macaroon di Indahpura (ala...yg pura-pura Indah tu) saya singgah di kedai perabot Yiong Huat. Asalnya nak cari gobok baju Tisya je. Tapi terjebak beli katilnya sekali, InsyaAllah, masih ada ruang untuk solat berjemaah di bilik belakang tu. Dan bila bilik belakang tu dah siap tersusun, saya ada banyak ruang lain untuk menyimpan barang2 dan menyusunnya mengikut keperluan. Itu yang paling penting.

Jadi, setelah mengerah semua tenaga yg ada, (dgn En FA pun saya kerah angkut semua barang dan mengvakum karpet) saya memulakan usaha untuk transform bilik belakang tu. Tak payah panggil Eric Casa Impian lah, saya pun bole deco apa? Hehehhehe...


[satu sudut yang Tisya paling suka]

Setelah semuanya selesai...inilah hasilnya. Sori ye Tisya, bilik kecik je, tapi bole la. Nnti Mama adjust lagi mana-mana yg boleh.

[keadaan bilik yg dah siap : heheheh terpaksa tumpang set Vantage bwh katil Tisya sbb kabinet kat dapur pun dah tak muat dah.....]


Yeaaaaayyyyyy! Rumah dah siap kemas semuanya. Hati senang....alalallalalalalallaalla.....



jom gi shopping?

No comments:

Post a Comment