Sunday, July 31, 2011

Legoland @ Iskandar, Johor

Assalamualaikum,

Pernah dgr tempat ni? Legoland Malaysia, adalah yang pertama dan satu-satunya (buat masa ini) di Asia, dan letaknya di Nusajaya, lebih kurang 30 minit dari Bandar Tenggara ni lah. Siapa sangka, atas effort our government [kalau isu ini nak dipolitikkan jugak, saya pun tak tau lah] , benda ini akhirnya akan menjadi kenyataan.

Setelah di Google kan, saya mendapat tahu, bahawa Legoland ini dijangka akan dibuka pada April 2012. Wahhh...Intan, kau yg excited ya? Mcm seronok je bunyinya. Mesti lah seronok sbb kat sini lah ada berbagai-bagai jenis permainan yg bukan shj Saadah dan Sharul akan bermain, tetapi juga ibunya Hamidah dan Mas Adha. Bukan sahaja Azeem dan Tisya akan menaiki robot2 karekter Star Wars, tetapi Intan Haryati dan En FA juga akan menunggangnya bersama-sama. Heheheheh... Maklumlah, mungkin disebabkan ianya satu-satunya di Asia nnti, tak sama konsepnya dgn Universal Studio ataupun Disneyland, mcm di Singapore, Hong Kong atau Australia. First time juga, merasa membeli souvenir bertaraf antarabangsa tapi bole dibeli dgn Ringgit Malaysia. Wahh...sungguh excited.

[tengok map je dah mengujakan, besar mcm Universal Studios Singapore] 

 [benda2 mcm ni bapak budak pun excited apa?]

[antara gambar yg boleh disave, upload dari website Legoland, California]


[waterpark pun turut disediakan di sini...phewwwiittt]



[pon pon pon pon pon pon pon pon...kereta kecilku berbunyi]

Ok, bagi yg malas nak Google, saya sediakan beberapa `sneak peek" untuk tatapan, supaya debaran itu akan jadi lebih terasa. Hahahahah.... Seriously, kalau anda click di Google, dan cari Legoland California ke, Legoland Berlin ke, ada byk gambar2 yang sungguh mengujakan.


Baru lah nak merasa Johor ni ada `sesuatu' kan? Sbb kalau org tanya "Johor ada apa ek?", saya pun tak tau nak jawab apa. Nahhh...sekarang, bole le berbangga sikit.


Allah peliharakan Sultan....

2 comments:

  1. uikk... sekalung tahniah la kt mama tisya atas update kali nih.. hehehe.. tak masukkan nama aku, tak sah eh?.. so, dah nak bukak dah tahun depan, apa lagi.. free kan la bulan APRIL tu.. dan yang penting dan bestnya, tak susah nak carik makanan HALAL kt legoland MALAYSIA.. heheh..

    aku pun nnt dah leh beli buah tangan tuk kawan2 luar johor... ni nak jumpa diorang tak tahu nak bawak apa.. yang aku bawak cuma tangan je.. tuk salam ngan tuk makan... heheh...

    syabas tuk mama tisya!
    syabas tuk johor!
    syabas tuk malaysia!

    ReplyDelete