Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pada mlm ini, saya dipertemukan dengan permulaan Ramadhan. Apabila bulan yg mulia ini mula melabuhkan salam, ada satu perasaan syahdu dan tenang yang tak dapat saya gambarkan. Mengenangkan diri yg penuh dosa, saya berdoa agar saya dapat terus dipertemukan dgn bulan yg suci ini sebagai platform untuk saya menyerah diri kepada yg Maha Esa.

Manusia mana yg tidak melakukan kesalahan dan dosa? Ya Allah, sekiranya diimbas sekali lagi, saya begitu malu dgn kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan. Hamba bersyukur kepadaMu Ya Allah, kerana diberi kesempatan ini untuk menyedari segala kesilapan dan bermuhasabah kembali atas dosa-dosa lalu. Saya hanya mampu berserah dan akan terus berdoa kepada Allah yang Maha Esa. Ya Allah, terimalah taubatku dan bukakanlah pintu-pintu keampunan untukku.



Di sini, saya ingin mengambil kesempatan terhadap semua individu yang mengenali saya, untuk meminta ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan dosa-dosa saya terhadap anda semua. Manalah tau, saya mungkin tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah berpuasa saya pada tahun ini, mahupun tahun-tahun akan datang.


Saya hanyalah seorang manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan....

1 comment:

  1. gmbar tu ada iras-iras muka kak senah eh?..

    selamat menjalankan tuntutan bulan ramadhan al-mubarak..

    ReplyDelete