Friday, August 5, 2011

alahai anak mama...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini dah 5 hari kita berpuasa. Setakat ini dengan diizinkan Allah, saya masih lagi dapat berpuasa. Hehehehhehe.... Maklumlah, kadang-kadang fikiran saya ni mcm budak2 juga. Mcm nak buka puasa je kalau dah mcm tak tahan. Aparaaa.....

Syukur juga kepada Allah, saya dapat menunaikan tanggungjwb terhadap keluarga untuk menyediakan juadah berbuka puasa sehingga ke hari ini. Tapi, takmo lah ckp beria, sbb hari depan, mana kita tau kan? Tapi itulah, saya gembira dapat balik cepat setiap hari dan memasak untuk anak2 saya. InsyaAllah, berkat air tangan ibu, saya berharap anak2 saya menjadi anak yg soleh dan mendengar kata.

Sebenarnya kegilaan saya terhadap memasak yang menggila di bulan Ramadhan bukanlah disebabkan saya `suka' memasak sgt. Tapi satu fakta yg paling utama ialah saya tidak suka pergi ke Bazar Ramadhan Ntah kenapa ntah, saya mmg tak suka. Antara sebabnya ialah

1. waktu ptg2 tu dah letih
2. berat nak angkut makanan, esp kalau nak beli air sekali
3. saya mudah berasa `sunyi' di tengah org ramai.
4. parking kereta? masyaAllah....
5. makanan2 yang dijual, kdang2 harganya tidak munasabah, tapi tak sedap pun

anda setuju dgn pilihan yg mana?  Ataupun, anda sendiri mmg kaki Bazar Ramadhan? Tak kisahlah tu, sbb masing2 akan justifikasinya masing-masing kan? Cuma kalau saya, saya lebih rela bersilat di dapur menyediakan makanan (walaupun cuma sayur tumis air dan ikan goreng) drp pergi ke Bazar Ramadhan. Cuma kadang2, kalau saya malas, saya akan beli kuih-muih sbb kebanyakkan pembuatannya agak leceh kan?

Saya nak share pengalaman saya smlm (Khamis-4 Ogos). Azeem balik dgn En FA, sbb ada tuisyen yg habis jam 5.30 dan kebetulan saya tiada henfon dikala itu. Jadi tiada means of communication dan saya masak je lah. Nasi Goreng dan Mee Goreng, ayam goreng. Dgn sandwich telur sbb appertizer dan puding karamel sbg dessert. Tapi bila En FA balik je, byknya makanan yg dia beli. Rasa frust pun ada sbb pada saya "abislah- sape nak abiskan makanan?". Dan salah satu makanan yg dibeli ialah Ayam Goreng, sedangkan saya pun ada menggoreng ayam sebentar tadi. Tapi time berbuka puasa, Azeem mmg nak makan Mee Goreng saya dan ayam goreng "mama", instead of ayam goreng yg dibeli tadi. Yes! 1-0!

Hari ini begitu juga, hanya saya dan Azeem berbuka bersama sbb En FA kena bertugas di showroom sampai pkl 9. Rasa malas nak masak mmg sgt menebal, tapi saya tetap bercadang untuk memasak (yg simple-simple je lah). Time drive tu saya tanya Azeem

"Nak makan apa? ke kita pegi Bazar Ramadhan je?"
"Takmo lah. Nak beli air je"
"Mama ingat nak masak Macaroni dgn Chicken Soup je"
"Mama, masak nasi dgn Tauhu Jepun Sweet Sour lah mama"
"Lagi senang keje Mama....." sambil tersengih.

Yes! 2-0!

Maka tadi, saya berjaya menyiapkan cucur udang sbg appertizer dan Nasi Putih dengan Toufu Sweet Sour, Ayam Masak Kicap. Kuih saya tak sempat buat sbb lepas Asar td saya tertidur atas sejadah. Tapi Azeem punya beria lah makan, sampaikan saya terpaksa sekat-sekat dia makan, sbb takut perut nya terkejut dan takut susah nak tunaikan solat nnti. Siap dia cakap "Mama masak sedap giler! Mama masak lah byk2 pastu jual kat Bazar depan tu"....Alahai, ko ingat aku dah takde kerja lain ke nak buat? Hehehehhehe....





Moms,
makanan yg simple, kalau dimasak berterusan, will capture other people's heart. InsyaAllah...

3 comments:

  1. macam nasi ayam mak aku, samprit mak aku... heheheee...

    ReplyDelete
  2. ishh...ada jugak yg aku block daripada bg komen ni kang. hehehehe...ye betul semua MAK dia. heehehhe

    ReplyDelete
  3. Perghh syurga makanan beb T_T

    ReplyDelete