Wednesday, July 13, 2011

are you really capable of something?

Mode: inferiority complex.

Assalamualaikum,

Pernah tak anda merasakan yg anda tidak cukup bagus?
Pernah tak anda merasakan yg anda tidak cukup cantik?
Pernah tak anda merasakan yg anda tidak cukup pandai?

saya selalu merasakan perasaan-perasaan ini.


Mmg betul seharusnya kita bersyukur dgn pemberian Allah, tapi sebagai manusia biasa, adalah sgt sukar untuk saya menghindari perasaan2 seperti ini.

Semasa si sekolah menengah, saya digolongkan di antara orang yang `gila kuasa'. Masuk pertandingan sana-sini dan join sukan sini-sana. I met a lot of people dan selalunya saya tak akan ada stage fright. Relax je memanjang walaupun tau mmg takde harapan nak menang. Pendek kata. saya mmg tiada masalah untuk bersosial dan bergaul dengan orang ramai.

Namun begitu, saya mulai mengenal dunia apabila diterima masuk ke dunia matrikulasi. Wahh..besar rupanya dunia ini. Bertemu dgn pelbagai jenis dan ragam manusia, selalu membuatkan saya rasa kerdil. Saya akan rasa begitu inferior untuk bercakap, apatah lagi utk memulakan perbualan. Semuanya disebabkan saya merasakan yg saya tidak cukup bagus, dan tidak cukup cantik. Malah saya akui, di antara teman-teman sebilik saya di zaman matrikulasi itu (Ayu, Fidah, Ira, Iza, Emi dan saya), saya rasa, saya lah yg paling tidak meletop. hahahahah...

Sampai ke hari ini, saya masih lagi dibayangi rasa rendah diri dan terlalu kerdil apabila berhadapan dgn org ramai. Saya berpendapat, sesiapa yg menyatakan "You're beautiful, just the way you are" itu, adalah sememangnya org yg cantik dan berjaya merasakan yg diri mereka cantik.

oohh...alangkah bertuahnya mereka!

[harus interframe gambar aku tak cantik, walaupun dah perasan abis cantik dah!]

No comments:

Post a Comment