Friday, June 3, 2011

Walnut Brownies

Assalamualaikum,

Pagi tadi, celik2 mata je Tisya ckp "Mama, Tisya nak chocolate cake Mama". Adeh...nak buat breakfast pun dah rasa bercinta, apatah lagi nak membuat kek. Minggu cuti sekolah ni, saya agak malas ke dapur sbb keadaan rumah yg agak tidak selesa (akan saya ceritakan dalam entry akan dtg). Jadi, saya beranggapan Tisya lapar selepas bangun tidur dan InsyaAllah..lepas sarapan nnti dia tak akan meminta `bukan-bukan' lagi.

Saya menyediakan bubur & telur & nugget untuk dia bersarapan. Rupa2nya selepas kenyang pun dia masih nak kek coklat tu. Saya memikirkan, bila hanya dua beradik ni je yg nak makan, malas betul nak buat the whole cake. Nak bagi jiran2 pun mcm dah tak larat sbb `kesian' diaorg asyik jadi tempat eksperimen saya. Jadi, pikir punya pikir, saya bercadang untuk buat Walnut Brownies sahajalah sbb saiznya yg agak kecil.



ok, di sini saya sertakan cara-cara nak buatnya sbb ianya SANGAT MUDAH dan  saiznya agak kecil dari coklat kek biasa.

Mula-mula amik 120gm gula dgn 70gm butter


pukul sampai kembang atau gebu ala2 Zila Bakarin, then masukkan 2 biji telur. Pukul lagi.



Pastu, 100gm tepung gandum diayak bersama 70gm serbuk koko.


Pastu, masukkan tepung & koko yg telah diayak tu ke dalam bowl yg ada butter+gula+telur tu tadi.


Next, ambil 55gm Walnut, dan cincang


Kemudian, masukkan walnut ke dalam adunan


Then, masukkan ke dlm loyang. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.


Sementara tu, cairkan coklat masakan dgn sedikit butter untuk buat topping.


Bila brownies nya dah masak, tunggu sejuk sekejap, baru letak topping dan hias dgn walnut ataupun kacang pecan pun bole....


Gambar ulang tayang lagi...brownies yg dah siap. Senang je kan buatnya? tak payah guna soda bikarbonat atau baking powder pun. sgt mudah.

Menarik kan? Lagi satu, jgn lupa ya, brownies harus dipotong square. Baru namanya brownies...



hehehehhe,,,ada satu cerita : ngam2 tiap topping coklat tu siap dimasak, gas pun abis... malasnya nak tukar gas sendiri. Tapi ayam dah defrost.


Canne ni? nak masak apa untuk tghari ni?

1 comment: