Wednesday, November 16, 2011

Batrisyia is 5!

Assalamualaikum,

Batrisyia ni anak saya yg kedua. Baru no 2, no 3 belum nampak bayang lagi w'pun KPI nya nak 5. So, currently, kira dialah yg bongsu. Manjanya agak melampau sikit, bertambah lagi dgn mulutnya yg terlebih peramah, sehinggakan siapa yg baik dgn dia, cerita dalam kain Mama dia pun dia bole ceritakan. Dek mulutnya yg terlebih peramah itu juga lah, selalu gak kena se-das dua rotan sbb rajin sgt menjawab bila Mama dan Abah marah:
"Tisya sorang je pompuan. Elok sangat ke main dgn budak lelaki kat luar tu?"
"Ha'ah! Elok!" dgn muka toya tak bersalah.

Berlainan Azeem yg agak celik Bahasa Inggeris, Tisya lebih kepada numbers. Dgn umurnya 5 tahun ni, bab membaca ada gagal sket, tapi kalau bab tambah tolak tu, dia OK sket nak bandingkan abangnya.

Hari tu saya merancang utk celebrate Tisya punya birthday kecil2an. Cuma panggil sedara-mara dan sepupu-sepupu dia sebelah abah dia balik celebrate sesama kat umah nenek dia. Tapi since birthday dia jatuh hari Khamis, saya pun postpone ke hari Sabtu yg sememangnya adalah Birthday saya juga. Lagipun, keesokan harinya Hari Raya Aidiladha, jadi konfirm ramai org balik umah nenek dia nak prepare masak-masak.

Tgh sibuk2 marking PMR, tak byk yg saya dpt preparekan. Jadi, tgk lah ye apa yg saya sediakan utk Tisya dan juga gambar2 ketika celebration berlangsung.


[birthday cake]

 
[hadiah birthday utk dia: bagi awal2 pagi kat rumah supaya tak sibuk nak mengusung balik ke umah nenek]

[apam ladybird ni order dgn Iechak Spg Renggam]

 
[spaghetti bolognese- menu paling senang kan?]

 
[dan roti jala - sesuai la dgn kanak-kanak]
[memula bersungguh-sungguh nak buat fruit tart, tapi ni je la yg ada]

 [Tisya dikelilingi sepupu2, cucu2 dia, dan kawan2 keliling umah nenek dia]

 [sepupu dia Acid tolong bacakan doa selamat, Qayyum lak tukang snap gambar]

 [budak ni suka je]

 [mama dia lagi suka kot? - suka makan]

 [pandangan dari atas ruang tengah umah nenek Tisya]

[cucu Tisya yg paling muda setakat ini - Zulaikha]


Hehehehhehehe....sekian sahaja le catatan saya pada kali ni. InsyaAlllah, minggu depan dah cuti sekolah, saya update entry banyak sket. Apa??? cuti sekolah????


YEEEEAAAAYYYYYY!!!!

No comments:

Post a Comment