Monday, October 31, 2011

Julie & Julia

Assalamualaikum...

Smlm adalah hujung minggu selepas cuti Deepavali. Tapi makcik kena keroje lah pulak. Balik kerja, sampai umah je pkl 4. Alhamdulillah, sampai umah je tgk En FA dah siap basuh dan sidai baju 2 trip, vacuum rumah, dan meracun rumput keliling umah yg dah mcm hutan simpan tu. Terima kasih la ye? Jadi saya pun terus on TV, nak melelapkan mata, taking nap barang 20-30 minit. Biasalah, saya punya channel hanyalah 411 (HBO), 413 (StarMovies), 703 (AFC) dan 707 (TLC), tapi bila on 411 je, ada movie yg saya tersangat lah suka, yg saya rasa dah 5 kali saya menontonnya - Julie & Julia.

Best nya citer ni sampai saya pun terpengaruh nak buat Beef Burguinuon (makanan org Perancis), tapi masalahnya ada red wine lah pulak.  Nampak mcm sedap sgt dish tu, tapi kena KIV lah dulu.

Ok, citer ni berkisar ttg seorg biasa yg bernama Julie Powell yg merasakan hidup dia sgt biasa dan mahu menjadi penulis ttg makanan sehinggalah dia bercadang utk menyahut cabaran dengan memasak 524 resepi dari tukang masak kegemarannya (Julia Child) dari zaman 30-an. Dia mempunyai 365 hari utk meyelesaikan semua resepi dan kemudiannya di update di dalam blognya yg dinamakan the Julie and Julia Project.

Jom lah tgk gambar2 yg ada ni, kot2 korang bole ter-recall mcm mana citernya. Tapi sumpah citer ni best!


[pelakon utama : Amy Adams sbg Julie Powell] pelakon kegemaran aku selepas Reese Witherspoon dan Jennifer Garner. Skrg mcm terminat Jessica Biel jugek..


 Meryl Streep as Julia Child di zaman 30-an yg bertanggungjawab mengtranslate byk resepi Perancis ke Bahasa Inggeris]



[the real person ; Julia Child and Julie Powell] sama-sama American, bukan org Yong Peng.

 [this is the real book. Kalau dpt buku ni sebagi hadiah birthday utk 5 Nov ni kan best? kan? kan?]


[paling suka caption yg paling atas: Passion. Ambition. Butter.] hahahahahhaha


[gambar Julia Child time berkecimpung dgn masakan esp time dia belajar memasak utk mendapatkan Diploma Kulinari di Les Cordon Bleu]

p/s: mcm berangan juga nak cuba resepi dari Tukang Masak Malaysia yg dah publish buku. hahahahha....kuat berangan betul lah Intan ni...

No comments:

Post a Comment