Tuesday, October 11, 2011

students zmn sekarang...

Assalamualaikum,

Wahh...lamanya sudah saya tidak mengupdate perkembangan terkini. Alhamdulillah, setelah menjalani beberapa minggu yang agak hectic, kali ni saya bole bernafas semula. Tapi, jangan berangan juga lah Intan, beberapa minggu lagi semula, hidupmu akan kecoh semula dek marking PMR dan marking SPM. Hehehehhe...
Kali ni saya nak bercerita ttg keletah beberapa students saya di institute pengajian tinggi awam. Saya harus akui, batch yg saya dapat kali ni adalah yang paling mencabar selama beberapa tahun mengajar di sini. Wpun ada di antara mereka yang mengambil course Senibina, tapi tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka adalah kurang sedikit. Berbeza dgn last batch (students F. Kejuruteraan Elektrik), mereka lebih aktif, positif dan effort mereka lebih tinggi. Boleh dikatakan, batch last sem adalah batch yang paling best saya pernah ajar.
Saya jadi hairan, (atau mungkin berefleksi dgn diri sendiri), bagaimana mereka begitu malas dan arrogant. Ada satu group ni (yg semuanya perempuan Melayu), dah la topik pun tak tanya approval saya, pastu tak show pun any drafts: tau2 je nak present mcm kawan2 yg lain. Ok, tu satu hal. Another story is, apa yg di-present kan tu langsung tak kena dan nampak sgt takde effort time nak buat tu. Ini ke yg digelar mahasiswa? Kecewa betul saya dibuatnya.
Paling menyedihkan, after all the comments I have made throughout the presentation, time class dismissed tu, bole pulak diaorg keluar menonong je, tanpa ada effort nak jumpa saya. Saya ingatkan diaorg nak tanya2 apa yg diaorg went wrong,  tanya clarifications ke, apa2 ke... aduuiii sedihnya tgk bangsa sendiri yang pemalas mcm ni.
Saya dulu taklah rajin sgt pun. Tapi yang penting, saya tak sombong. Kalau tak tau, buat cara tak tau, buat cara org bodoh dan banyakkan bertanya dgn org yang pandai. Kalau lecturer marah, tau takut jugak, dan tau jugak nak cuba pujuk lecturer, jumpa selalu akhir kelas. Kalau dtg lambat ke kelas, walau lambat satu jam pun saya akan gigihkan juga pergi. Bukan sbb nak tunjuk baik, tapi saya percaya, lecturer pun suka dgn semangat yang sebegini. Tapi yang ni atau lebih tepat lagi students zmn sekarang ni peliklah...
Saya ni bukanlah lecturer yang kejam sgt. Kalau saya seorang educationist pun boleh ber-blog, berFB, it simply means that I am a joyful person, easy to approach. Saya pun suka senyum dan ketawa orangnya. Jadi bila-bila masa sahaja saya suka untuk membantu students saya apabila diperlukan. Kalau ada sesetengah bangsa yg begitu rajin bertemu saya selepas kelas, saya pun jadi segan kalau saya tak bagi mereka markah yg baik. Ooppsss...bukan mengampu tau. Tapi award atas kesungguhan yg mereka telah tunjukkan.
Skrg, tepuk dada, tanyalah selera. Dgn attitude yg sebegini, jangan berani merayu saya di akhir semester, mengatakan ITU dan INI, hanya semata-mata utk mendapatkan A.  Jangan ingat subjek saya ni tak penting, sebagaimana anda memberi priority kepada subjek2 course anda. Dah nampak slip keputusan dgn CGPA yg tak cantek tu baru nak suruh saya revise lah itu lah ini lah...dah terlambat lah cik mek sayang.


Hehehhehehe... bagi D kang baru tau...

[ni students last sem - Syazana, Mimi, Izyan...budak2 SEC]


[Azfar, Mimi, Aqilah, Hilmi....group yang dpt A last sem- usaha berterusan sepanjang semester]
[good handout and good 'token of appreciation" as well - satu kelas pun dapat]



No comments:

Post a Comment