Thursday, November 24, 2011

Biar kecil, asalkan bermanafaat...

Assalamualaikum,

Nama je cuti sekolah, tapi menghabiskan masa dgn anak2 betul2 melekakan saya. Maklumlah, minggu pertama je yg saya free, pastu dah tak nampak dunia lagi. Saya pernah maklumkan pada rakan-rakan saya, bahawa cuti bulan Disember sebenarnya bukan waktu yg best utk saya bercuti sbb sebenarnya bebanan kerja adalah lebih luar biasa.

Tempohari, saya ada pergi ke beberapa rumah rakan saya: menolong memasak utk an event, saje melawat baby, saje2 melepak - tgk2 rumah org supaya dapat inspirasi bagaimana untuk mengurusi rumah sendiri nnti. Kadang2 tu, ada yg secara penampilan luaran nampak orgnya tersangat kemas, pandai bergaya, nampak mcm ada kelas, tapi keadaan rumah pula sgt tidak terurus. Bila balik rumah saya sendiri, saya muhasabah sendiri - check dari luar sampai dalam, kot2 ada ruangan yg tak pleasant di mata org. Ada juga yg orgnya secara luarannya nampak mcm tak kisah dgn kekemasan dan kebersihan, tapi bila sampai di rumahnya, nampak sgt selesa dan bersih, hatta bilik airnya pun sgt bersih. Kawan saya ni berkata "biarlah rumah kecik Intan, asalkan akak senang nak mengurus. Tak guna juga rumah bertingkat-tingkat tapi secara realistiknya, kita mmg takde masa nak mengemas". Betul juga kan?

Saya juga terfikir: nasib baiklah rumah saya ni kecil. Agaknya kalau saya diberi rumah yg besar, saya pun akan jadi macam mereka. Takpe lah Intan, biarlah rumahmu kecil, asalkan setiap ruang yg ada itu bermanafaat.



[inilah dapur saya yg tersangat kecil, tapi di sinilah juga terhasilnya mcm2 makanan dan kek/brownies/cookies/pastry - errr walaupun taklah berapa sedap]


Moral of the story: tak payah la ko nak menyibuk tambah/sambung dapur Intan, kang jenuh nak maintain. bersyukurlah dgn apa yg ada...

2 comments:

  1. kawan intan.. heheh....November 25, 2011 at 9:51 PM

    boleh pun buat entry yang pendek2...
    tahniah la atas dua perkara nih.. entry yang pendek dan dapur yang kecik tp sgt besar jasanya...

    ReplyDelete