Friday, January 27, 2012

Kegagalan Adalah Satu Permulaan... (Part 1)

Assalamualaikum,





ceeeewah...! poyo tak tajuk entry saya kali ni? Tetiba mcm nak jadi motivator pulak. Eh, bukan, ni sebenarnya lebih kepada nak cerita sikit ttg pengalaman-pengalaman yg saya pernah alami...

Sebenarnya bukan sehari dua rakan-rakan bertanyakan kepada saya, ttg `rahsia; saya menjalani kehidupan yg hectic seperti ini. Ayat-ayat seperti "aku salute kat ko, keja macam nak mati, tapi sempat memasak lagi', "hebat la ko, mengajar, belajar, buat part time lagi, buat bisnes2 lagi." "paling tabik sbb ko takde bibik", dah byk kali saya dengar. Tapi, jauh panggang dari api, saya nak membangga diri. Disebalik pujian-pujian seperti itu, pengalaman-pengalaman hidup lah mengajar saya tentang `survival' yg saya jalani sekarang ini.

Korang pernah tak alami kegagalan dalam hidup yg betul2 membuatkan korang terduduk? Saya pernah. Masa tu, saya di kick dari Matriculation. Rasa mcm takmo hidup je time tu. Nasib baik program TESL yg saya amek tu bole repeat, cuma kena turun satu batch dan tunggu intake baru. Rasa saya betapa tidak adilnya hidup ketika itu. Ketika itu, saya rasa, saya tak deserve semua itu. Saya ketika itu sgt `baik' - seriously I led a good life : wakil PPP ke MASUM, INTEKMA dalam netball, takde boipren, dan saya anak yg taat (almost every weekend akan balik kg). Ada rakan-rakan yg kaki clubbing, kaki menggugurkan anak, bole pulak survive sampai ke akhirnya. SO, bila kena kick mcm tu, saya sgt2 kecewa. Saya rasa mmg tak patut. Saya tulis surat kepada abang saya yg ketika tu study kat Australia, luahkan segala kemarahan (sebab saya tau dia takkan balas...ehehhehe). Dan pada ketika itu, bye-bye lah saya untuk seketika dgn dunia study2 ni. sedihnya bukan kepalang.

Satu semester saya terpaksa bekerja dan menahan kepedihan. Pada masa yg sama, saya berjanji kepada diri saya sendiri, bahawa saya tak akan izinkan perkara-perkara seperti ni berlaku lagi kepada saya. NEVER!!
Hanya mak sahaja yg memahami saya dan seboleh-bolehnya tak mahu perkara ini disebut-sebut depan saya.
Ada rakan-rakan lain yg selepas di kick memilih jalan yg lain; kebanyakkannya amek course Mass Comm kat UiTM dgn jadi pramugari. Semuanya dah berjaya dan meletup-letup dah sekarang. Tapi TESL adalah jiwa saya, dan saya nekad utk teruskan perjuangan ini walaupun pedih.

Bila saya kembali ke dunia Matrikulasi, saya sudah tidak menoleh kebelakang lagi. Saya belajar bersungguh-sungguh dan ketepikan semua kemungkinan. Finally, I survived dan sebenarnya tak susah pun dapat 3 pointer tu. Pernah satu sem tu dapat 3.67 lagi. tapi bila dah jadi CGPA, still jadi kecik semula la..hehehhehe

Dan hari ni, apabila saya menyambung pelajaran dgn Ijazah Kedoktoran, saya berjanji dgn diri saya sendiri, apa pun halangannya, ianya hanyalah utk melemahkan kita. Saya berterima kasih dgn pengalaman yg pahit itu, kerana dgn pengalaman di zaman matrik itu lah, saya terasa begitu serik dan tidak mahu berada di dalam situasi itu lagi.  Saya tak pasti dgn ANDA. Masing-masing punya pendapat ttg melanjutkan pelajaran ke peringkat yg tertinggi. Mungkin dalam dunia perguruan, Master atau PhD tidak mendapat pengiktirafan atau kenaikan gaji, tapi itu bukanlah matlamat saya. Matlamat saya ialah utk memuaskan dunia lifelong learning saya, dan insyaAllah, saya berharap satu hari nanti, anak-anak saya akan menjejaki langkah saya utk mengejar ilmu tanpa mengira umur. Dunia pembelajaran tidak akan terhenti apabila kita bekerja.

itu adalah salah satu cerita mengapa saya memilih dunia saya skrg. bergelumang dgn buku-buku sebagai student, ssedangkan pada pandangan org, saya telah mempunyai segalanya. Rahsianya: hanya mereka yg pernah mengalami kegagalan, akan merasai bahagia nya satu permulaan itu...


1 comment:

  1. wAH.... Musti sangat bangga kan terima skroll tu? hmmm bila la daku pula nak sambung blaja mcm tu....

    Kak, u r my inspiration!

    ReplyDelete