Tuesday, March 8, 2011

why am i proud with my school?

Assalamualaikum,

Kenapalah agaknya dalam minggu ni, perasaan patriotik tu mcm kuat je. hahahaha....what??? patriotik? biar betul?  hmmm...actually i cudnt find any other words yang bersesuaian yg posting kali ni. cuma lets see what am i going to tell all the readers here, and guess what might be the most suitable word.

Last week, saya bertugas di Stadium Mini MPKu, untuk kejohanan padang dan balapan MSSD Kulai. Berpanas dan berjemur, sampaikan hitam muka saya! errr... muka saja pulak tu. Nampak sungguh pelik, dan irritating! Sampaikan Kamruhisam pun ckp kulit saya dah mcm kulit Rajesvaree. En FA pulak asyik suh tanggalkan topeng (sbb hitamnya kat muka je - since saya kan pakai tudung). dan...ahhhh mcm2 gelaran lah lagi. Tapi takpe, kan itu pengorbanan...(eleh! padahal paksarela) walaupun saya tahu selepas ni, setahun pun tak akan dpt mengikis sunburn ynag telah menapak di muka saya ni. Hehehehehhe...

Ketika saya sibuk berada di padang bersama rakan-rakan penjaga masa, saya terdengar keluhan-keluhan kecil seperti "panas", "penat" etc... ish...dont get me wrong. Bukannya saya tak penat. Penat sgt2 lah. Balik rumah je, terus rasa nak melelapkan diri sebab terlampau letih. Tapi itulah, wpun penat, saya ni bukannya single-mingle (u know what i mean rite). I have got a  family and kids dan keperluan-keperluan mereka yang perlu saya ambil tahu dulu sebelum dapat merehatkan diri.

aduh...tersasar lagi!


Hahaha...apa yang saya nak ceritakan di sini ialah, ketika menjaga masa itu lah juga saya terdengar keluhan-keluhan cikgu-cikgu dari sekolah lain yang masih belum dpt menyediakan soalan untuk peperiksaan pertama Bulan Mac ni, sedangkan exam akan berlangsung secara setara peringkat daerah minggu depan (i.e. minggu ni lah). Bila balik kepenatan bertugas di stadium, mereka cuba juga untuk menyiapkan soalan-soalan.
Antara ayat yang diulang-ulang ialah:
"aduuuhhh...penatnya. Malam tadi smpat taip 2 soalan je, dah tak larat".
"hmm...kalau tau penat canni, dah lama aku siapkan exam paper tu"

 Pastu ada pulak yang tanya:
"Kak Intan lak macammana? Dah siap?"

Time ni lah rasa nak kembang kempis hidung dengan sekolah saya. Bangga sebab soalan-soalan ni dah lama kami siapkan. SMK Taman Putri selalu mengikut SKPM dan SPSK yang mana soalan ujian haruslah disiapkan sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh peperiksaan. So, dalam hal ni, KPI dah tercapai. Kemudian ianya harus dibungkus dengan rapi, dilabel dan disimpan di Bilik Kebal Unit Peperiksaan. Mekanisme penghantaran ke 'Bilik Kebal' Unit Peperiksaan juga adalah sgt jelas di mana sekiranya kertas jawapan hilang, skrip2 ini akan dpt dijejaki dengan pantas. Tak percaya?? Tgklah sendiri....

(kertas soalan yang sudah siap dibungkus, jgn harap cikgu2 lain bole rembat kertas soalan, jadikan soklan bocor)

(mana-mana guru yang akan masuk ke kelas dan memulakan peperiksaan, wajib tulis nama dan sign)

 (see? semuanya dilabel mengikut masa, hari, jumlah pelajar. Malah...nama guru yang bertanggungjawab mengedar, mengutip kertas soalan juga akan ditulis...dh takleh mengelat-ngelat dah)


Jadi, nampak tak kenapa saya bangga dgn sekolah saya. Ye, mungkin ada sekolah lain yang mempunyai cara yang sebegini ataupun jauh lebih baik dari ini. Meh lah share di sini (bole tulis kat ruangan comment tu ye)Tetapi, mendengar keluhan guru-guru lain dari sekolah lain pada hari sukan tempohari, saya harus akui bahawa sekolah saya mempunyai sistem aliran peperiksaan dan penghasilan kertas soalan yang boleh dipercayai. Hasilnya? Saya bole balik dari stadium, mandi, makan dan ZZZzzzzZZZ...



where validity and reliability counts.



p/s: thanks to Unit Peperiksaan Dalaman SMK Taman Putri Kulai. Ada masa kita lepak kat TGIF lagik...

Sunday, March 6, 2011

a teacher , i am.

Assalamualaikum,

Dah almost dua hari tak tulis blog, seolah-olah ada kurang sesuatu. Ceeewaaah....yelah tu. Tapi hari ni mcm nak tulis apa yang bermain-main di fikiran selepas menonton Majalah 3 last Saturday. Yeeee...ingat lagi tak pasal SBT atau Sekolah Berprestasi Tinggi yg diumumkan. Yelah, kalau korang  tak menonton atau tak berkesempatan menonton, apa yang saya boleh simpulkan di situ ialah "bagaimana sekolah pedalaman spt SK Ulu Lubai di daerah Limbang boleh mencatat keputusan 100% pada setiap tahun". Yelah, dgn murid2nya yang cuma 30 org, tapi dpt menghasilkan murid dan atlet bertahap kebangsaan! Kedengaran mustahil, tapi itulah kenyataannya.  Di sini saya ingin mengekspresikan rasa kagum yang teramat sangat kepada guru-guru yang berkhidmat di sana, terutama yang dari semenanjung tu. Melupakan McDonalds, hujung minggu bersama rakan-rakan, bershopping, menonton wayang, etc... (kalau saya tak dpt tgk channel AFC atau HBO dlm masa seminggu, mau meraung saya!), bukanlah sesuatu yang mudah terutama sekali apabila terpaksa melupakan apa yang kita mahu, demi untuk kebaikan orang lain. Itu benar-benar satu pengorbanan yang sgt jitu. Pengorbanan itu satu hal, dalam satu aspek lagi ialah kerjasama dengan semua pihak; guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid itu sendiri. Untuk menguruskan sesuatu organisasi bukanlah sesuatu yang mudah, terutama sekali apabila kita menguruskan manusia... Wah! pendek kata, saya tabik lah dgn warga kerja sekolah itu. Mereka juga telah memberi peluang untuk saya bermuhasabah tentang apa yang saya telah/akan lakukan sepanjang kerjaya saya sebagai seorang guru. Ternyata apa yang saya lakukan tak sampai 10% pun dgn pengorbanan-pengorbanan yang mereka telah lakukan. Saya bersyukur didedahkan dengan pengalaman-pengalaman seperti mereka kerana saya dpt menilai segala langkah-langkah yang telah saya lalui dan hasilnya: Alangkah kerdilnya saya....


Pada malam ini, saya berazam untuk menjadi yang lebih baik. Bukan untuk saya, bukan intuk APC, mahupun untuk SKT saya. Tapi saya tahu, dengan apa yang saya ada, saya mampu untuk mengubah dan memberi kehidupan kepada seseorang, atau kepada anak-anak murid saya.  Doakanlah agar perjuangan saya tidak akan terhenti sampai di sini, kerana saya juga tidak mahu ianya terhenti di sini.



indeed, a teacher, I am.



Thursday, March 3, 2011

kegilaan melampau

Semalam ada Pasar Tani di Bandar Tenggara. Saya mmg suka ke Pasar Tani di sini sbb ada mcm2 makanan, samaada yg belum atau sudah di masak ada dijual di sini. Biasanya saya akan rambang mata kalau ke sini; sayur lah, ikan, raw seafood...aaahhhh..pendek kata, semua lah. Selalunya yang menjadi buruan saya adalah sayur-sayur kampung seperti batang keladi (yang sudah disiang), pucuk paku, labu etc...

Tapi kunjungan kali ni nampaknya nak beli bubur berlauk yg saya sgt suka. Ada kangkung goreng belacan, lobak masin, ikan bilis, telur masin yang menjadikan cukup lengkap dan lazat di mata saya yang kebuluran ni. sedang dlm perjalanan tu, tetiba nampak satu gerai yang menjual udang yg berkaki biru ni... ewahhh... tapi seriously, dalam fikiran ni cuma terfikir "hmmm...Azeem dgn Tisya suka prawn ni" (lagipun mmg stok seafood tak lepas dlm fridge saya). Oleh sebab menatang ni besar, saya pun amek lah 3 ekor je sbb kalau beli/masak byk2 pun takut tak abis. Sambil menghulur kat abang yang tak berapa hensem tu, saya pun pilih la pulak "Squidward" (kata Tisya) untuk stok kat umah jugak.


Haaaa....terlupa lah pulak nak tanya berapa RM sekilo kan? Ha, padan lah muka sbb abang yang tak berapa hensem tu ckp "RM32 dik".Punya lah terkejut sbb rasa dgn RM32 tu dah bole beli beberapa kilo (or even stok barang basah seminggu) seafood yang lainnya. Time tu lah baru nak tanya: "Berapa sekilo Bang?". "RM55 lah dik".   Dan akhirnya, dgn senyuman yang penuh makna, saya layankan je lah. Sebenarnya saya bole je tak nak beli, tapi mcm kesian lak kat abang tu. Dah la tak berapa hensem, nnti kecewa pulak dia.   ehheheheheheh....(mula lah tu bagi justifikasi mengarut, saje nak sedapkan hati)...

Udang yang hantarannya sgt mahal ni, saya tak masak direct sbb tadi dah beli makanan yang lainnya. Maka, tadi lah dirasmikan dgn nenas dlm tin yang saya beli di pasaraya Oren (yang paling hebat di Bandar Tenggara ni lah!), saya pastikan sedikit pun tak berlebih supaya tak membazir. Weh! berat ekornya saja mungkin 5 hengget tau! hehehehehhe.... macam kelakar pun ada.

so, jadilah ia mcm ni....

moral of the story: tanya lah dulu, jgn berat sgt mulut tu....

p/s: Ya Allah....sedapnya udang2 tuh!


ada apa dengan breakfast?

Assalamualaikum,

Sesuai dgn tajuk blog saya yg ada kene mengena ttg parenting, saya kali ni nak cerita ttg breakfast. sebenarnya ini entry tertunggak sbb smlm saya keletihan yang teramat lah sgt. panas berjemur di stadium telah menjadikan saya seperti sayur yg kena salai, yg bukan shj kelembikan, tetapi juga kehitaman. hehehehhehe.....


Jadi, nak dijadikan cerita, pagi tadi saya menyediakan breakfast spaghetti bolognese (apa lah, org lain mkn spaghetti ni buat dinner, saya buat breakfast lak!). Saya kalau boleh, nak attract anak2 supaya breakfast di pagi hari, sebelum ke sekolah. kalau boleh, tak mau anak2 ke sekolah dgn perut kosong. mmg betul, kadang2 kita takde `sun' nak menyuap makanan pagi2 buta. Tapi kajian dah menunjukkan bahawa kanak2 yg bersarapan pagi sebelum ke sekolah dpt menjana otaknya hingga ke 85% sehingga ke jam ketiga selepas dia mengambil sarapan. Jadi, kwn2...meh le kita bersarapan. Pujuk la si abang, si kakak tu bersarapan dulu ok. Mmg lah susah, maklumlah...budak2 kan? Tapi kita pun kena lah bg contoh.  hahahahhaha...pandai ckp je saya ni. Sbb tu lah, spaghetti tu, Azeem makan 2 suap je, yg selebihnya Mama yg belasah. Termasuk kek coklat yang kat sebelah tu. Tu semua Mama yang kerjakan. hehehehehhehe,,,

A journey of a single step, begins with single step.

Tuesday, March 1, 2011

satisfaction lah!

Assalamualaikum,

Wah...agak memenatkan lah hari ni, jadual bermula seawal 4.30 pagi. Kenapa? Tak percaya? Seriously lah. cuba tgk:

4.30 pagi: Bangun dan terus sediakan sarapan. Ada nasi goreng, tapi azeem prefer fish and chips dia. So, kenalah gorengkan fish fillet dia bersama chips, dan not forgetting- his tartar sauce. Satu `kelebihan' azeem ni, dia tau bezakan antara tartar sauce dgn mayonaise. So, kalau utk fish & chips, jgn lah berani nak guna mayonaise ye, bising dia nnti.

6.30 pagi : bergerak ke sekolah. Kena pergi stadium hari ni. Tapi sebelum tu, amek kedatangan 5 Sains, collect duit undi dari team members. Sempat menanda 2 buku sebelum berjalan kaki ke stadium. Haaa...smlm ke Tesco, belikan kelas 5 Sains jam dinding, so sempat pesan kat Ketua Tingkatan suh guna jam dinding baru tu. Baiknya cikgu tingkatan 5 Sains ni T____T.

8.00 pagi -12 tgh: Berpanas terik kat Stadium. Jadi penjaga masa. Mcmmana lah bole terjebak dgn guru2 muda yg lainnya ni? hishhh... sabar je lah. Time2 ni lah rindu nak masuk kelas, even kelas last2 mcm 3D dan 5PD1 tu... miss you guys!

12.30 : Jumpa Huk kat stadium, ajak balik sekolah, makan kat kantin, balik Bilik Guru yg berair-cond lah pulak. Time baru nak relax2, hangin satu badan bila En Rizal dari Seri Kota sms tak dpt dtg amek dummy. Adeehhh.. besok jwb sendiri dgn Boss lah ye? Saya dah buat part saya...

2.00 ptg : Ada kat stadium balik, tapi awal2 dah bgtau dgn Tn Hj Noh tu, nak mintak excuse pkl 3. Pukul 4 saya ada kelas di UTM. Cannot afford to cancel the class. Dah byk kali sgt kena replace, takut tak larat dah nak ganti.

3.00 sharp : call Mimah, nak tumpang mandi kat umah dia (umah saya dari Bandaraya Kulai ni jauh... :( so, kena ada hub utk menumpang teduh). Sampai je umah dia terus mandi etc... then pecut ke UTM. Dalam otak dah fikir2 ttg input minggu ni. wahhhh...bertukar kasut lagi!

4.00 petang : tttaaaaaddaaaa...dah sampai FKE at 4.10. hhmmm terlambt lah pulak. So, this week, we had the discussion on findings and discussion for every research methods they that had carried out. I managed to look into almost every groups, except Wafak's group. But it' s ok. We'll see it on this Thursday ya? The rest were ok. I found this class is very interesting, yet very `satisfying'. When i drove back home, I would admit to myself that the previous one was one of the fruitful sessions I have ever had. Had such smiling face while driving ... hehehehe.... Went out from class at 5.45 p.m.

6.00 petang : singgah Bake Fresh shop. Cari stok cream cheese yg dah abis, plus kotak2 kek yg pun dah abis. ingatkan nak beli COMSTOK Blueberry, tapi takde stok lah pulak. Besok kirim dgn En. FA lah ya.

6.20: sampai umah dah. Teringat smlm ada buat chocolate cake utk makan2 sendiri je. So, sampai umah je, terus buat chocolate ganache, dah buat topping utk chocolate cake tu. MasyaAllah... sedapnyer! Bila dah siap je, terus En FA kata: eh, tak yah masak lah, makan kat kedai depan je. Pas maghrib saya nak gi main badminton." TAK PAYAH MASAK? Yippie!!!

7:15: hehehehhehe...settle dah semuanya. Tinggal check2 apa2 yg patut. Beg azeem, baju etc...`Member' yg lagi sorang tu dah berbahagia main badminton dgn rakan-rakannya yg tersayang.

9.00 mlm: Online kejap. Sambil2 melantak kek coklat tu.

pasni? luangkan masa dgn anak2 lak. tanya2 apa yg patut. Azeem pun nak ujian next week. Mak pun kena revise sama2 dgn anak ni. orrr...most probably...ZZZzzzzZZZ...

Demikianlah aturcara saya pada hari ini, besok tak tau lagi... Alamak, tadi time dinner, Azeem ckp nak bwk bekal spaghetti bolognese, tapi minced beef belum defrost lagi. Untuk ibu-ibu yang turut membaca catatan saya ni, udah2 le berinternet, meh sama-sama bukak kitab anak2 tu ye, nak peksa dah sekolah agama minggu depan ni...
Ok...see you peeps tomorrow.


Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini. InsyaAllah...