Tuesday, March 8, 2011

why am i proud with my school?

Assalamualaikum,

Kenapalah agaknya dalam minggu ni, perasaan patriotik tu mcm kuat je. hahahaha....what??? patriotik? biar betul?  hmmm...actually i cudnt find any other words yang bersesuaian yg posting kali ni. cuma lets see what am i going to tell all the readers here, and guess what might be the most suitable word.

Last week, saya bertugas di Stadium Mini MPKu, untuk kejohanan padang dan balapan MSSD Kulai. Berpanas dan berjemur, sampaikan hitam muka saya! errr... muka saja pulak tu. Nampak sungguh pelik, dan irritating! Sampaikan Kamruhisam pun ckp kulit saya dah mcm kulit Rajesvaree. En FA pulak asyik suh tanggalkan topeng (sbb hitamnya kat muka je - since saya kan pakai tudung). dan...ahhhh mcm2 gelaran lah lagi. Tapi takpe, kan itu pengorbanan...(eleh! padahal paksarela) walaupun saya tahu selepas ni, setahun pun tak akan dpt mengikis sunburn ynag telah menapak di muka saya ni. Hehehehehhe...

Ketika saya sibuk berada di padang bersama rakan-rakan penjaga masa, saya terdengar keluhan-keluhan kecil seperti "panas", "penat" etc... ish...dont get me wrong. Bukannya saya tak penat. Penat sgt2 lah. Balik rumah je, terus rasa nak melelapkan diri sebab terlampau letih. Tapi itulah, wpun penat, saya ni bukannya single-mingle (u know what i mean rite). I have got a  family and kids dan keperluan-keperluan mereka yang perlu saya ambil tahu dulu sebelum dapat merehatkan diri.

aduh...tersasar lagi!


Hahaha...apa yang saya nak ceritakan di sini ialah, ketika menjaga masa itu lah juga saya terdengar keluhan-keluhan cikgu-cikgu dari sekolah lain yang masih belum dpt menyediakan soalan untuk peperiksaan pertama Bulan Mac ni, sedangkan exam akan berlangsung secara setara peringkat daerah minggu depan (i.e. minggu ni lah). Bila balik kepenatan bertugas di stadium, mereka cuba juga untuk menyiapkan soalan-soalan.
Antara ayat yang diulang-ulang ialah:
"aduuuhhh...penatnya. Malam tadi smpat taip 2 soalan je, dah tak larat".
"hmm...kalau tau penat canni, dah lama aku siapkan exam paper tu"

 Pastu ada pulak yang tanya:
"Kak Intan lak macammana? Dah siap?"

Time ni lah rasa nak kembang kempis hidung dengan sekolah saya. Bangga sebab soalan-soalan ni dah lama kami siapkan. SMK Taman Putri selalu mengikut SKPM dan SPSK yang mana soalan ujian haruslah disiapkan sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh peperiksaan. So, dalam hal ni, KPI dah tercapai. Kemudian ianya harus dibungkus dengan rapi, dilabel dan disimpan di Bilik Kebal Unit Peperiksaan. Mekanisme penghantaran ke 'Bilik Kebal' Unit Peperiksaan juga adalah sgt jelas di mana sekiranya kertas jawapan hilang, skrip2 ini akan dpt dijejaki dengan pantas. Tak percaya?? Tgklah sendiri....

(kertas soalan yang sudah siap dibungkus, jgn harap cikgu2 lain bole rembat kertas soalan, jadikan soklan bocor)

(mana-mana guru yang akan masuk ke kelas dan memulakan peperiksaan, wajib tulis nama dan sign)

 (see? semuanya dilabel mengikut masa, hari, jumlah pelajar. Malah...nama guru yang bertanggungjawab mengedar, mengutip kertas soalan juga akan ditulis...dh takleh mengelat-ngelat dah)


Jadi, nampak tak kenapa saya bangga dgn sekolah saya. Ye, mungkin ada sekolah lain yang mempunyai cara yang sebegini ataupun jauh lebih baik dari ini. Meh lah share di sini (bole tulis kat ruangan comment tu ye)Tetapi, mendengar keluhan guru-guru lain dari sekolah lain pada hari sukan tempohari, saya harus akui bahawa sekolah saya mempunyai sistem aliran peperiksaan dan penghasilan kertas soalan yang boleh dipercayai. Hasilnya? Saya bole balik dari stadium, mandi, makan dan ZZZzzzzZZZ...



where validity and reliability counts.



p/s: thanks to Unit Peperiksaan Dalaman SMK Taman Putri Kulai. Ada masa kita lepak kat TGIF lagik...

No comments:

Post a Comment