Assalamualaikum,
Hmmm...ingatkan dpt lari daripada tak payah buat post ni. Tapi hasil dari sesi makan durian petang tadi, nampaknya blog saya ni ada peminat yang tersendiri. Eceh... tak perlu rebut trafik atau follower pun, still ada request. Jadi, saya sambung lah cerita ke Melaka tempohari.
Sebenarnya, saya agak terkilan sebab tak sempat snap satu gambar pun di rumah Maria di Tangga Batu tu. Ntah kenapa lah tak sempat, mungkin disebabkan sambal tumis petai yang sedap tu, ataupun siakap tiga rasa yang Maria masak tu. Terima kasih ya Maria, jasamu kami kenang sgt2....
Selapas solat dan mentekedarah di rumah Maria, kami pun bergerak lah semula ke Bandar Melaka. Borak punya borak kat umah org tu, kami tak perasan pun dah pkl 3 ptg. Tak smpt nak gi mana2 pun dah. Rasa mmg satu hari ke Melaka ni mmg tak cukup lah. On the way ke bandaraya tu, kami singgah di Coconut Shake di Klebang Melaka atas `hasutan' Kak Mas. Wahahahahha....hasutan? kejam betul perkataan tu. Tapi mmg dahsyat lah rasa coconut shake tu. Saya order 2 gelas (satu minum di situ, satu tapau], konon-konon nak share dgn anak2, tapi last2 saya yang tibai sorang. ahahahhahah....Mak suka lah!
[tgk Kak Mas tu, ish..ish...ish... Huk lagi lah, tersenyum riang setelah menamatkan diet proteinnya itu]
Minum punya minum, dah dekat pkl 4 dah. Kami pun bergegas ke Zoo Melaka, sbb itulah tujuan saya memancing anak-anak ke Melaka. Takleh lari dari janji dah. Melayan kanak-kanak riang di sini adalah tersangat meletihkan, tapi sgt menggembirakan. Yelah, naluri seorang ibu kan? Eceh....mula lah tu! Maka, tengoklah sendiri gambar-gambar yang ada ni. Sebahagiannya yang saya tak upload di FB atas dasar gambar-gambar ini tersgt lah cunnya, terutama gambar saya yg membuktikan bahawa saya dah mencecah 80kg sekarang! [ayat melebih-lebih].
[di pintu depan Zoo: mari memulakan journey!]
[saya tiada komen untuk gambar ini]
[kalau boleh, sila skip gambar ini. Saya tidak suka budak gemok ini]
[Huk dah sakit pinggang, tapi Kak Midah relax je]
[ni binatang favourite Tisya, maka terpaksalah saya upload untuk beli jiwa dia]
[gambar kandid yang belum bersedia menjadi Tugu Negara]
[Huk, ko yg snap gambar ni kan? Ko fokus kat anak sedara ko ke, Mak Gajah tu??]
Maka....setelah puas mebakar kalori (time ni saya selalu teringat kata-kata Batrisyia :"Kesian Mama kena jalan jauh, kesian Mama kena kerja, kesian BABAT Mama dah jadi kecik....huhuauahahuahauha....), kami pun bergerak balik. Tapi kena singgah MITC semula untuk Huk amek kereta dia. Kami sempat singgah di hadapan Planetarium Melaka yang tak sempat kami kunjungi dek kesuntukan masa. Ambil gambar pun jadi lah kan? Kalau teringat style saya time snap gambar ni, Naomi Campbell pun kalah tau.
[Yang Terlewatkan : tak sempat lah beb]
Setelah selesai semuanya, kami pun berangkat pulang pada jam 7 mlm. Kami rancang nak solat Maghrib etc di R&R Tangkak je sebab nak kejarkan waktu. Kesian pulak dgn para suami di rumah... ehhehehehe...
Sebelum mengSMART TAG kan Exora di Plaza Tol Ayer Keroh, kami singgah di gerai-gerai IKS dpn Zoo Melaka tu, menemani Kak Mas membeli stok biskut kelapa dia selama 3 bulan. Eleh, tak sampai 3 minggu dah selesai..kan? kan? kan?
Sekian sahajalah penggembaraan kami ke Melaka kali iini. Ternyata, sehari sahaja tidak cukup untuk mengembara ke seluruh Bandaraya Melaka ini. InsyaAllah, lain kali kami repeat lagi, tapi ke tempat-tempat lain lah pulak selepas ini. Kami juga merancang untuk bersama-sama membawa kanak-kanak tadika ni ke destinasi lain pula pada cuti akan datang. Nak join? Mari lah!
Sekian....Majulah Sukan Berjalan-Jalan untuk Negara.
No comments:
Post a Comment