Friday, March 18, 2011

Malacca Getaway Part I

Assalamualaikum,
Cuti sekolah dah nak abis pun kan? biasanya, cuti bulan 3 ni tak lah berjalan-jalan secara extravaganza sebab selalunya mmg cuti sekolah bulan 3 akan dipenuhi dengan kelas tambahan atau lebih tepat lagi, cuti bulan 3 adalah cuti untuk menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai. Tapi kesian jugak kat anak-anak. Jadi hari Rabu yang lepas, saya bersama kwn-kwn berjalan le ke Melaka. Satu hari je. Jadik le untuk cuti `pertengahan bulan' yang agak sengkek. (oohhhh.....alangkah bahagianya kalau ada org2 yang sudi sponsor atau at least, sudi membyr hutang2 lama)....

Pagi tu saya agak terlambat sikit. Biasalah, berperang dulu dgn budak-budak pagi2, suh mandi, sarapan dulu etc... Last-last sampai kat parking sekolah pkl 7.30, instead of pkl 7 yang dijanjikan. Terus gerak ke Melaka. Dalam perjalanan, Kak Mas call Huk, suh tunggu kat Plaza Tol Ayer Keroh. 


Jumpa Huk kat Plaza Tol dgn anak-anak buahnya 2 org : Akim dan Haris. So, kami terus heading nak cari tmpt melantak pagi dulu. Mana ek? Terus punya terus, kitaorg bfast kat Mydin MITC. Biasalah, anak-anak saya ni leceh sket bab makan-makan kat luar, so, diaorg tak makan, just mkn nuggets yg saya bekalkan.


[di sini lah kami breakfast pada pagi itu. Yeeeee...saya mmg hantu Nasi Kandar (wpun pagi2 tu belum ada lagi nasinya).]

 
[Tisya and her BBQ nuggets]

After breakfast, Huk terus parking kat situ je lah. Sumbat semuanya dalam satu Exora. Senang kan? Alah...budak-budak kecik je, so mmg muat. Destinasi pertama ialah Malacca Town dgn Menara Taming Sari. Menara ni, kalau lalu time weekend, mmg beratur panjang, takde chance nak naik. Oleh sebab kami pergi hari Rabu, takde org pun! Kami-kami je.... lapang rasanya...

 [muka tercengang tgk benda tu naik]

[yeeee...saya ni gayat orgnya!] mode: cover line sbb menangis kegayatan.

[kejakunan yang mengalahkan Jakun]


Hahahahha...kantoi lah saya di sini. Tapi takpe, kita abaikan. Setelah tak puas menaiki Menara Taming Sari tu, kami berjalan di sekitar Kota A Famosa, ke Muzium-Muzium berkaitan dan tgk apa2 yang patut lah.

[The GBS] ; mcm bwk rombongan budak-budak Tadika

[mana lagi kalau bukan kota A Famosa] : Haris mcm ada gaya tauke si perut muncet...

Selepas berjaya membakar diri pada jam 12tgh, kami pun beransur masuk ke Dataran Pahlawan. Kami pergi satu side saja sbb saya tak membenarkan diri saya masuk ke bahagian yg ada Big Apple, Padini, East India etc.... ehhehehehhe...tak boleh!! so, kami pergi ke bahagian yg menjual produk IKS saja. Selaaaamatttttt...phew!
[tempat Kak Mas memborong TShirt] : adakah si Shahrul sedang meng-usha Tisya pd waktu ini?

Setelah selesai membeli-belah yang tak seberapa tu, kami pun take 5 jap, sambil melayan jajan-jajan yang dibeli dan membahagi hasil tangkapan. Pastu, balik semula ke tmpt parking dan bersedia untuk bergerak ke rumah Maria yang beria-ia suh kami lunch di rumahnya di area Tangga Batu. Merangkap, nak tumpang solat Jamak sekali...

'Maka...end of Part 1. besok-besok, sambung Part II lak.

No comments:

Post a Comment