Tuesday, March 29, 2011

am i a bad teacher when.......?

"senang ek kerja cikgu? balik setengah hari..."
"wah, best lah jadik cikgu. gaji besar, cuti sekolah pun lama."

hmmm....my reaction? sengih ajelah. Nak argue, kang jadi gaduh la pulak. Tak guna nak justify pada mereka yang tak tau, tapi memperkatakan sesuatu, seolah-olah mereka lebih tahu dari cikgu-cikgi itu sendiri.

Betul ke cuti sekolah pun bole cuti sama? FYI, cuti untuk guru adalah "keistimewaan" dan bukannya "hak". Bermakna, bila-bila masa kami dipanggil bekerja walaupun ketika bercuti, maka kami harus datang bekerja.
Ya, seingat-ingat saya, semasa cuti seminggu tempohari, jadual saya tersangatlah padat. Hari Sabtu kelas tambahan. Hari Selasa, pagi latihan debate Bahasa Inggeris, petangnya latihan netball. Khamis, latihan debate dan latihan netball lagi. Di antara waktu itu, kalau di rumah pun, harus menanda karangan-karangan pelajar. Untuk makluman, guru Bahasa ni tak sama `bebannya' dengan guru-guru subjek lain. Kalau subjek lain yang byk soalan examnya objektif, tapi kalau bidang bahasa ni, byk karangan dan jawapan subjektif. Satu karangan pelajar sahaja, boleh memakan masa 15 minit. Kalau ada 37 orang pelajar mcm kelas 3RK1 tu, darab 2 karangan darab 15 minit, boleh ke siap dalam satu hari?? Mari kira ye kawan-kawan. Tetiba pulak nak ajar darab mcm Siti Sifir.

[ada pulak masa nak tulis blog?]

Abis, kalau cikgu ni, tak layakkah nak berhibur mcm ni? Entah la, kadang2 rasa malas nak berjustifikasi. Sebenarnya, saya nak mengaku di sini yang saya tak dapat meet dateline penghantaran penyemakan buku latihan. Dah 3 hari miss the deadline ni. Saya telah cuba jugak sedaya upaya, tapi kesibukan melatih dua team (debate & netball) telah mencuri masa saya yang bukan sedikit. Saya boleh saja abaikan (seperti sesetengah guru yang beranggapan: "alah, kat final ke, semi final nnti, mesti kalah punya dgn STARP atau Bandar Putra). Tapi, adilkah untuk saya terus mengabaikan, tanpa terus memberi peluang kepada pelajar-pelajar menunjukkan kebolehan mereka? Saya boleh je kan tak train mereka, tau2 je hantar team. Selamat cuti saya, tak payah pening2.  Balik sekolah pkl 5 bole le pegi shopping ke Tesco. Ataupun, mengadap buku-buku latihan, siapkan, ikut deadline, dan dapat markah 5!  Sesungguhnya, kalau kita beranggapan pelajar kita tak ada harapan pun, sekurang-kurangnya, kalahlah dengan bermaruah: latih dulu, dan beri semangat kepada mereka. Kalah atau menang, selepas itu, bukanlah satu masalah lagi. At least, kita telah bersama-sederap dgn anak-anak murid kita nih.

Tapi cuba kawan-kawan tolong pilihkan, yang mana sesuai, mengikut pilihan-pilihan yang ada;

       A.  Hantar sahaja kat Pengetua, tak payah tanda betul2. Biar markah dapat 5/5 sbb ikut deadline.
       B.  Biar lambat, asalkan penandaan itu telus, students jugak yg dapat benefits.
       C.  Tak yah hantar langsung, sbb tiap2 tahun mmg Bos dah ada orgnya yang beliau target nak dpt APC.
       D.  Hantar: tapi tak cukup bilangan pelajar, dan tak cukup latihan. Nasib lah!

MasyaAllah, jawapan yang C tu kita abaikan. Tu semua bisikan syaitooonnnnnnn nirrajim. JANGAN BERPRASANGKA DAN BEKERJA MENGHARAPKAN BALASAN. Saya mungkin memilih B, walaupun Pengetua mungkin memikirkan bahawa justifikasi saya sgt `lame' dan sgt lemah untuk guru-guru pemalas seperti saya. Mengaku je lah Intan, kau mmg pemalas. Hehehehhehe....

[buku-buku yang saya ada hati nak tanda sebelum cuti sekolah, bawa balik umah, tapi sehingga artikel ini ditulis, ianya masih menjadi perhiasan di atas meja]


Tapi  tolonglah, hati saya akan jadi panas bila orang lain memandang sinis dan menyindir kepada saya kerana tidak dapat mengikut deadline ini. Maka saya akan positifkan diri saya, dengan mengatakan bahawa murid-murid adalah HAKIM saya yang utama untuk menentukan samaada I am a good teacher or not, dan bukannya orang lain. Hanya mereka yang layak menimbangtara waktu saya kebersamaan mereka di dalam kelas, bagaimana saya merangsang mereka dgn kata-kata yang "You Can Do It" (terutama kepada Irvin Bala yang tersgtlah pemalunya sewaktu debate smlm- turned out HIM to be the best speaker) dan jeritan-jeritan saya "Hoi, yang kau sengal sgt WA masuk kawasan D tu pehal!!!???"




am I a bad teacher when i put my students' priority first?

No comments:

Post a Comment