Tuesday, April 5, 2011

yeay....!

Assalamualaikum,

sewaktu saya menulis entry ini, saya sedang berada di dalam Bilik Guru, menunggu runner kedai perabot dtg menghantar almari untuk simpan stok2 buku rujukan Panitia Bahasa Inggeris. Kalau tak disebabkan apek perabot tu, mungkin saya telah ntah ke mana-mana kerana hari ini saya terpaksa membatalkan kelas di UTM saya dek kesibukan yg melampau. Huk di sebelah saya ni tgh sibuk kemas meja/cubicle dia. Eleh, nak ckp tmpt aku selerak lah tu?

Saya baru balik dari pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Separuh Akhir di SMK Bandar Putra. Penatnya lahai....toksah ckp. Bukannya penat sbb byk keje kat situ, tapi sbb sibuk terkejar-kejar kesana kemari.
Sebenarnya 2 bulan kebelakangan ni, saya agak sibuk dgn latihan bahas Bahasa Inggeris. Yelah, org Kulai kata (org Kulai kata tau, bukan saya), SMK Taman Putri ni budak2nya tak pandai, byk masalah disiplin, jadi mungkin disebabkan itu saya kena beri latihan extra sket, supaya tak kalah dibelasah. (Ye ke??)

Disebabkan fakta-fakta itu lah, saya ingin membuktikan bahawa assumption itu salah! Sebenarnya sekolah kami ini antara sekolah yg sgt berpotensi utk berjaya [eewahhh....lebey plak ko Intan]...please go straight to the point.

Saya pun dah tak berapa ingat, bilakan perlawanan pertama kami? Cuma, apa yg kami ingat, kami menang untuk round yang pertama bertemu SMK Munshi Abdullah. Tak sempat lah pulak nak snap gambar, sbb time tu saya lak yg busy jadi adjudicator utk game lain.

[Hanani ketika role sbg Second speaker] - lwn STARP

Next. lawan SMK Tunku Abd Rahman Putra. Tak sangka bole menang sbb mereka ni Johan menunggu. Ntah la, dah rezeki agaknya. Bila semuanya ikut plan, InsyaAllah, Allah akan permudahkan.

[wajah-wajah keriangan setelah menewaskan STARP. STARP pun riang setelah dikalahkan]


Maka, kami layak lah masuk ke Semi Final. Bertemu lak dgn SMK Bandar Tenggara Dua. Seram gak sbb sekolah ni sekolah projek. Semuanya budak pandai-pandai. Takde rezeki nak menang sbb Hanani terlupa nak affirm case, yg kemudiannya nmpk sgt Reply Speech sgt longgar. Takpe lah, jadikan pengajaran = jgn ambil mudah, walaupun kita rasa kita dah tahu. Hancur harapan nak jadi Juara 2011. Looking at the bright side: tamat dah penderitaan cikgumu ini!

[muka-muka ketakutan sebelum bertemu SMK BT2]


[speakers from SMK BT2 : yang pakai songkok tu, GAYA aku bagi 10 per 10]

So, tadi selepas kalah, ingatkan bole balik terus, tapi rupa-rupanya, ada next game, on the same title, untuk menentukan tmpt ke3 dan ke 4. Kami bertemu SMK Sultan Alaudin yg kalah kpd SMK Bandar Putra. Alhamdulillah, kami menang dan dpt tmpt ke3. Dah tertulis rezeki kami untuk dpt no 3 sahaja pada tahun ni. Tahun depan, insyaAllah, kami akan menggegar lagi, dgn harapan Hanani tidak akan terlupa rolenya sekali lagi. ehhehehehehhe.....



[SMK SA -yg tengah tu: a Felda boy who speaks in British English accent - whoa!]

[our third speaker- Danny Leong] - yg memegang trophy Best Speaker for 4 consequtive games]- harus tabik nih.

[adjudicators utk perlwnan bertemu SMK BT2] - Theva pun nak interframe jugak....


Oleh itu, di sini, saya ingin menyatakan.....








 


siapa berani ckp SMK Taman Putri sekolah sayur, meh ckp depan-depan dengan saya.







 
Sekian, terima kasih,. Saya nak pergi minum CoolBlog dgn Huk di Tesco.

No comments:

Post a Comment