Sunday, May 29, 2011

dengan senang hatinya kak!

Assalamualaikum,

Sebenarnya ini entry tertunggak, tapi biasalah, kalau cerita tu agak mencuit perasaan saya, 2-3 minggu pun bole cerita lagi. Bahkan cerita ni dah masuk 2 bulan kot. Tapi baru teringat sbb kebetulan saya menghadap makanan ni sebentar tadi.

Suatu petang, saya sedang melayan Tisya yg harus tidur petang, yg kebetulan En FA dan Azeem tiada di rumah. Tetiba terdengar org memberi salam. Saya pun dgn mata yg dah hampir rabak nak tidur, bergegas bangun. Oh, rupa2 nya Kak Su jiran sebaris umah (umah saya selang 2 pintu dgn umahnya). Nampaknya mcm dah sarat, saya pun dgn tak tanya2 apa kemahuan dia, saya terus ckp "Eeee...besar dah perut akak. Bestnya!" Apalah ko ni Intan, ntah org dtg nak minta bantuan ke apa, ko ckp pasal baby yg nak keluar tu. heheheheh...

Cerita punya cerita, rupanya Kak Su ni meminta saya membuatkan dia Acar Buah yg biasanya dimakan dengan nasi minyak atau nasi beriyani. Acar Buah ni rasanya masam, manis, pedas etc dan sebab tu dia seuai makan dgn Nasi yg jenis-jenis berminyak dan berempah -untuk meneutralkan rasa. Kata Kak Su, sebenarnya dia mmg mengidam benda ni, tapi dah 2-3 kali dapat makan, mcm tak puas jugak. Dia kata "teringat Intan punya Acar Buah" (heheheeh...biasalah kan. Jiran2 kat sini selalu `kena' jadi tempat aku menghulurkan makanan - tak kira yg terlebih masak, atau baru cuba nak masak). Seingat saya, time saya beri satu tupperware kat dia tu, saya pun baru lepas siapkan untuk Kak Su jugak (Kak Su cikgu sekolah saya), yg mak dia tersangatlah suka dgn Acar Buah ini. Bila lepas buat tu, biasanya akan ada 2-3 tupperware yg lebih, yg biasanya saya akan distribute kepada jiran-jiran.

Tambah Kak Su jiran saya ni lagi, husband dia pun sgt suka sgn Acar Buah tu dan dialah yg sebenarnya yg menyuruh Kak Su mengorder lagi dgn saya. Ewah...mengalahkan Mak Buyung pulak. Katanya nnti harga kira dgn dia (maksudnya, berapa harganya nnti, charge sahajalah). Tapi bukan itu yg ingin saya highlightkan di sini. Apa yg saya ingin share ialah betapa saya rasa terharu sbb seorang ibu yg membesarkan 6 org anaknya dgn masakkannya  `mengiktiraf' hasil tangan saya dan mengharapkan saya untuk menghilangkan apa yg diidamkan itu. Apalagi? Petang itu saya pun cari lah bahan-bahannya dan memulakan operasi. 2 bekas bulat tu saya beri ke Kak Su tanpa sebarang charge (gila ke dgn jiran pun nak berkira?) dan selebihnya utk stok umah sendiri dan Kak Rosnah yg duduk sebelah aku tu.



[gambar time dlm kuali : adehhh...]


[yg 2 besar tu untuk Kak Su]

[gambar jarak dekat yg sungguh menggiurkan]

Kak Su mcm segan nak menerima tapi saya jelaskan dgn dia bahawa saya sebenarnya sgt berbesar hati bila saya menerima `request' dari dia. Seorang ibu yg memasak setiap hari untuk keluarganya dan memberi pujian, sgt tidak sama dengan 5 org Chef terkemuka merasai makanan saya.


 
Takpe kak, dengan senang hatinya saya buatkan untuk akak ye?


No comments:

Post a Comment