Thursday, May 19, 2011

rindu sangat...

*mode* - rindu...

Assalamualaikum,

Tadi baru siap masak untuk dinner. Menu mlm ni ialah ayam masak lemak kuning, sayur campur (baby carrots + brocolli) dgn ikan kembung masin + petai + sambal belacan. Tapi Batrisyia dgn En FA belum pulang lagi. Azeem pulak start pkl 8 tadi pergi ke rumah jiran, ada makan2 untuk birthday kawan dia. Maka tinggallah saya keseorangan mengadap VAIO buruk ini.

Sebenarnya entry ini bolehlah dikatakan agak terlewat. Org lain dah beria-ia sambut Hari Ibu, saya sehingga ke hari ini masih belum mengucapkan apa2 kpd emak saya. Entahlah, mungkin kerana kami mmg dibesarkan dgn cara yang sebegitu. Sejak kecil lagi, jarang ada kata2 pujian atau kata2 yg `manis' dalam keluarga kami. Seriously! Kalau dapat no 1 dlm kelas pun (tak kira ntah berapa kali punya no 1 pun), Ayah atau Emak takkan cakap apa2. Cuma biasanya akan ada rewards walaupun kami tidak dijanjikan dengan rewards2 itu pada mulanya. Saya masih ingat lagi, ketika di darjah 4 dulu, saya dapat no 3 di belakang Murley dan Junainah, dan first time saya dpt kalahkan Arif Junizam. Time balik sekolah, mcm biasa, bagi report kad suh Ayah sign, then simpan balik dlm beg. Tau2 esoknya, Ayah dan emak dah belikan saya beskal! (tu pun dgn harapan saya boleh berbasikal sendiri ke kelas Piano di Taman Kota). But, despite of the fact that I get good result, still tak akan ada kata2 seperti "Tahniah Intan. Emak dan Ayah berbangga denganmu" ataupun "Good job, keep up the Good work". Tapi apa pun saya tahu mereka berbangga dengan saya.

Walaupun cara kami agak straight, kami tahu kami saling menyayangi. Emak terutamanya. Kata-kata Emak mmg selalunya pedas, tapi amat bermakna. Kalau hari Sabtu pagi kami bangun lambat, akan kedengaranlah `siaran' radionya. Maka saya akan bangun seawal 7 pagi, kemas keliling umah, masuk baju dlm mesin & sidai, tepat pkl 11, saya dah siap siaga di dapur untuk menolong mak memasak tghari. Di sini lah biasanya kami akan share our good times. Cerita itu ini dan Emak akan sedaya upaya mengajar saya memasak, supaya nnti `hidup tak susah'. Dulu saya tak faham kata2nya. Bahkan, saya dgn kereknya menjawab "Eleh, beli je kan senang?". Tapi bila usia dah meningkat sebegini, baru lah saya faham... dan saya amat berterima kasih untuk itu.



 
Salah satu kenangan yg paling manis, saya masih ingat ketika itu, saya berada di darjah 6. Apabila saya menonton cerita McGyver, ada satu adengan dalam series itu yg si Richard Anderson memakan Cheesecake. Saya pun request kat Emak untuk membuat cheesecake sbb Emak adalah guru terawal saya dlam membuat kek ini. Emak- walaupun dia tak tahu membuatnya- telah cuba membeli cheddar cheese dan memarutnya dan dicampurkan di dalam adunan kek biasa. Setelah siap, saya memakannya dengan penuh nikmat!  (walaupun bila dah tua ni barulah saya tau, cheddar cheese hanya digunakan untuk pizza dan pastry dan TIDAK BOLEH untuk kek). Betapa besarnya keinginan Emak untuk cuba memenuhi hasrat saya, walaupun pada dasarnya dia tidak tahu. Dia cuba untuk menjadi `model' kepada saya, dan saya tahu dia telah pun berjaya membuat anak-anaknya menyanjunginya. Ya Allah...how i long for this moment!

Ini hanyalah sebahagian momen-momen manis saya bersama Emak. Ianya terlalu banyak untuk diceritakan, dan terlalu luas pengorbanannya terhadap saya. Tidak ternilai. Saya rindukan saat mengadu padanya, saya rindukan `girls' talk' bersama dia, saya rindukan Nasi Lemak air tangannya yg tiada tolok bandingnya itu. Betapa sekian lama juga saya cuba untuk menyatakan straight to her face bahawa saya sangat sayangkan dia dan saya benar-benar berharap saya dapat menabur bakti kepadanya, sebagaimana dia menyayangi saya semasa saya masih kecil. Saya juga ingin menyatakan kepada dia, bahawa saya benar2 mengharap doa restu darinya, dan di sudut kecil hati saya, saya juga berharap pada suatu hari nanti, anak2 saya juga akan merindui saya sebagaimana saya merindui Emak.



I love you Emak...soooooo much




dan ternyata malam ini saya berasa sangat rindu padanya.


No comments:

Post a Comment