Friday, June 24, 2011

Cabut sekejap.

Assalamualaikum,

Entry tertunggak minggu lepas.
Dah lama tak menulis entry la pulak. VAIO tgh sakit screennya dan tgh repair kat Vaio Centre di Johor Jaya. Jadi dah lama juga saya tak beronline, kecuali dapatlah meng update status di FB thru mobile. Ni dah naik sekolah, baru lah dapat mendampingi Lenovo Hitam di Bilik Guru. Tu pun terpaksa curi-curi guna sbb....teeetttttt! (tak dapat dinyatakan di sini) Ohhh...how I miss to write (mode: poyo ala2 sasterawan)

Entry ni saya `tulis' di Bilik Guru. Oh Bos ku: Maafkanlah kerana mendapat pekerja sepertiku ini. Baru 4 hari naik cuti sekolah dah hilang motivasi sket. Seriously, I need more time. errr...2 minggu cuti tak cukup ke? hehehehhehe.  Ntahla... sedang mencari kekuatan lah ni.

Tadi, selepas keluar dari 5 Sains utk 2 masa pertama. Saya mendapat sms dari En FA yg dia tak dapat keluar dari opisnya. Nak dijadikan cerita, saya terbangun lambat pagi tadi. Kunci jam baeeekk punya pukul 4.30 pagi, (everyday ok saya bangun 4.30 pagi), tapi malam tadi henfon tertinggal di sofa depan, langsung tak kedengaran alarm nya. Last2 alarm En FA berbunyi pkl 6 tu lah yg membuatkan saya terjaga. Apaaa?? pkl 6?? Kelam kabut saya bangun, siap itu ini...tapi sayangnya tak sempat lah nak buat sarapan... :( 

Jadi, biasanya, ada Plan B untuk provide makanan ke Azeem. Tak bole bergantung dgn kantin sekolahnya, kang silap2, ntah hapa2 yg dimakannya. Jadi selalunya, kalau saya terpaksa guna Plan B, En FA lah yg bertanggungjawab. tepat pkl 9.30 pagi, dia akan tunggu di pagar belakang sekolah Azeem untuk tapaukan makanan. Saya tak pernah buat `aktiviti ' ni sbb saya mmg tak bole kuar dari kawasan sekolah saya, terutama sekali kalau saya ada kelas. Tu yg seboleh-bolehnya saya akan bekalkan awal pagi. Takmo kejadian seperti ini berlaku.

Tapi tadi, En FA kata dia takleh kuar sbb ada meeting ttg MyVi baru yg nak dilaunch mlm ni. Adehh...kesiannya anak aku, nnti dia tunggu tepi pagar canne? Kalau dia lapar? Tak bole jadi ni. Since saya pun lapang pagi ni (lepas rehat lah pulak kelas full), saya minta izin Boss yg baik budi, nak kuar kejaaaappp je, lebih kurang 10 minit untuk hantar makanan pada Azeem. Boss pun berilah izin kepada saya. Thanks Boss!

Saya pun memecut dgn Perdana saya yang takde roadtax tu. uhuhuhuhu... nasib lah. Saya sampai je, terus kedengaran loceng rehat di sekolah Azeem....and there he was. Saya pun pas lah makanan yg saya dah tapaukan dan pesan kat dia kalau lapar lagi, beli roti gradenia sahaja. At least, saya TIDAK MAHU membuatkan Azeem tertunggu-tunggu sehinggakan apabila dia abis waktu rehat dia tak dpt makan semata-mata menunggu ibu atau bapanya menghantar makanan.

Apa yg menarik minat saya ialah betapa saya kagum melihat scenario pada waktu ini. Ramai betul ibu bapa yg menunggu di luar pagar belakang berhampiran kantin, semata-mata untuk membekalkan makanan untuk anak-anaknya. Bukan sahaja dalam kalangan ibu-ibu yg tak bekerja, tapi ada juga dalam kalangan yg berkerjaya dgn Toyota Harrier. Maaf, saya tak dpt nak buat comparison dgn sekolah-sekolah rendah yg lainnya, sebab saya mmg tak pernah keluar dari sekolah pada waktu rehat kanak2 riang ini. Maka, saya tidak pasti apa yg berlaku. Cuma, apabila kejadian ini saya nampak depan mata, barulah saya mengakui betapa ada sebahagian ibu bapa yg begitu `berdedikasi" membekalkan anak2 nya dgn makanan-makanan yg dimasak sendiri. Malu betul saya bila saya menghulurkan sebungkus polisterin Nasi Lemak kepada Azeem atas kelalaian saya sendiri. Ibu-bapa yg lain2 siap 2-3 bekas makanan untuk anak2nya. Oh...sesungguhnya kamu adalah idola ku (dlm hal2 mcm ni lah).

Paling syahdu apabila melihat gambar ini:




Seorang bapa pun sanggup menghantar makanan kepada anaknya. Bapa tau, bukan senang. Pastu tgk lah, beria dgn botol Teh Susu atas bonet tu. Saya menegur dia "Wahh...rajinnya?" Dia menjawab "Hari-hari mmg ini macam mmaaaaa... Mama dia masak, saya hantar dulu, baru pergi kerja lah". Good Job, Father!


Itu scenario di SJKC Kulai Besar, Kulai. Kali pertama saya saksikan setelah 2 tahun saya menghantar Azeem belajar di sini. Mungkin saya tidak dapat menghantar makanan seperti ini. Tapi menjadi `main supplier" makanan kepada anak-anak kita adalah mungkin sesuatu yag telah mula kita lupakan dari hari ke hari. Anda bagaimana?



dan Intan....tolonglah. Jgn bangun lambat lagi.

1 comment:

  1. Dekat sekolah cina tuh tak halal ke cikgu makanan dia ??

    ReplyDelete