Saturday, July 30, 2011

Harimau Malaya

Assalamualaikum,

Entry saya kali ni adalah berkaitan dengan one day journey ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan bolasepak Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014. Untuk pengetahuan semua, saya ni minat bola juga. Bole dikatakan 60% lah. ada 40% lagi pengetahuan-pengetahuan ttg bolasepak yang saya tak tau dan mungkin taknak amek tau. Cuma, apabila ianya berkaitan dengan team Malaysia, saya agak patriotik sikit.

Kunjungan saya ke Stadium Nasional ni merupakan yg kali ke 2 selepas menyaksikan perlawanan akhir First leg AFF Suzuki (dahulunya Tiger) Cup sewaktu Malaysia bertemu Indonesia 2010 aritu. Jadi sedikit sebanyak, saya dah bersedia untuk sama-sama meriahkan dan menyokong team Malaysia. Nak masuk Stadium ni pun kena bersedia dari mental dan fizikal. Mcm-mcm karenah ada, dan kena byk2 bersabar. Kalau tak sabar dgr maki hamun penonton, atau terpaksa berhimpit-himpit untuk merebut seat, baik tak yah gi, occcaaayyyy???

Saya dah plan nk ke sini sejak awal lagi. Saya try roger2 kwan2 kat KL untuk minta tolong belikan tiket:  ada yg takmo join, ada yg tak tau nak pegi beli tiketnya bila. Jadi, En FA pula yg roger kwn2 dia. Alhamdulillah, terima kasih kepada rakannya En Fadzil Aris yg tinggal di area Bukit Jalil tu. Terus dpt beli tiket Grandstand untuk 3 org (En FA, his BFF Samad, dan saya). Kali ni tak dpt nak bwk anak2 sbb journey ni sehari je. Takut mereka kepenatan dan tak dpt ke sekolah esoknya.

Selepas waktu sekolah 2.30 ptg hari Khamis tu, kami terus bergerak ke KL. Zaaaasssss...memecut dgn jayanya, dan hanya berhenti di R&R Seremban untuk solat Asar dan `menaga' untuk Samad. Saya sempat beli CoolBlog, tapi rasanya sungguh hampeh,tak mcm kat Johor ni. Dgn jayanya juga, setelah menyedut beberapa biji pearl, saya menghadiahkannya kepada tong sampah.

Sampai di Bukit Jalil, biasalah, kena recce parking space yg teramat lah susahnya. Ada je parking, samaada jauh atau dekat je lah. Tapi kali ni, agak jauh juga menapak berbanding parking time AFF Suzuki tu. Takpe, Alhamdulillah, dapt parking jugak kan?

Sebelum masuk ke stadium, saya layan jugalah beberapa sandwich dan mineral water untuk bekalan di dalam. En FA dan BFF nya beli burger dan kat dalam tu, sempat gak dia abiskan. Setalah membeli, kami masuk, kira-kira jam 6.30ptg tapi tempat kami, walaupun Grandstand, dah almost full. Recce punya reccce, adalah seorang kakak yg baikhati bersama familynya memberi ruang tempat duduk untuk saya dan En FA. Samad duduk kat row depan kitaorg. Tak dpt nak berborak pun dgn kakak tu sbb suasananya tersgtlah bingit, dan kalau nak bercakap pun, kena ckp kuat2 kat telinga mcm bercakap dgn org pekak. ahhaahahhaha...

7.30, kat skrin tunjuk seruan untuk menunaikan solat. Alhamdulillah, saya tgk ramai yg bergerak untuk menunaikan solat. Saya pulak, tak dpt menunaikan solat sbb...ehem! ehem! bertindak sbg penjaga tmpt duduk En FA. kat sini, syahdu tgk sbb manusia akan bersolat walaupun hanya beralaskan bendera Malaysia. What a nice view...

Lepas settle semuanya, maka perlawanan pun dah dimulakan. Sblm tu, kedua-dua pasukan diberi masa untuk buat warming up. Maka kedengaranlah BOOOOO-BOOOO untuk team yg pakai jersey warna merah, dan tepuk sorak untuk team biru-kuning-putih. ooohhh...sungguh saya berbangga.


[the teams walked in]
Bila team-team ni masuk untuk the real game je, MasyaAllah...suasana sgt meriah. Korang call pun kat henfon sia-sia sbb satu apa pun tak dengar. SMS untuk Celcom pun tak leh get thru the whole game sbb network yg sgt sesak di situ.

ooh...lupa pulak nak cerita ttg Fahrin Ahmad si pelakon tu yang duduk di row/column kami. Maka berebut-rebutlah aweks2 dan malah lelaki2 juga untuk bergambar dgn beliau. Saya tgk dari jauh je, sbb saya dgn artis-artis ni, mcm ada kurenggggg sikit. Tak mcm sesetengah org yg kalau boleh time rancangan MELODI pun bole bertangguh gi weekend lunch dgn family. Bukan saya lah kalau mcm tu. Tapi last2 terjebak juga bergambar dgn mamat ni sbb time tu dia lalu betul2 sebelah saya, yg kebetulan dia free, takde buat apa2...saya pun apalagi : "Fahrin, meh I nak gambar dgn you?"

[sape ni?]

 
Semua org dah tau yg Harimau dah pun kalah dengan Singa. Tapi bukan itu yg mahu dihighlightkan di sini. Ketika lagu NEGARAKU berkumandang, semua rakyat jelata yg seramai 90,000 di dalam stadium itu bersama-sama mengalunkan National Anthem itu. Semangat cintakan Negara sgt menebal ketika ini dan sgt jelas terpapar di muka masing-masing.


Walaupun perlawanan sudah tamat, penyokong2 ini masih setia menunggu sehingga pemain-pemain bergerak ke shower room semata-mata untuk menunjukkan "it is ok to lose, as we are with you"... hahahahah...mcm poyo je kan? Mmg akan ada yg skeptikal yg menyatakan "alah...bola Malaysia tgh naik ni, berkobar la sokong, nnti lama-lama, kutuk2 mcm dulu lah", tapi saya tidak peduli. Mungkin juga ianya betul, tapi saya tidak peduli. yang penting, saya dpt sama-sama merasai kemeriahan ini.

[the crowd]

Buat team Harimau Malaya ataupun Harimau Muda, you rock!! dan saya akan sentiasa cuba menghabiskan duit saya utk membeli tiket Grandstand lagi untuk perlawanan-perlawanan akan datang, sekiranya diizinkan Allah....

Kami dapat keluar dari area Bukit Jalil yg sesak itu around 11, tapi ngeteh dulu kat Bandar Kinrara dgn kwn En FA tu. Malam-malam buta melantak Nasi Beriyani yg bole tahan sedapnya. Saya pun apalagi? Nasi Beriyani Kambing lah... Selepas tu, kami bergerak around 12.45 pagi dan sampai di Bandar Tenggara jam 4.15 pagi. Tak tido pun pastu, sbb takut tak terbangun time nak gi sekolah. Maka saya isikan masa saya dgn megupload gambar-gambar berkenaan di FB. Sila lah tgk ye....

[Fadzil, Fairul, Samad]


Sape2 nak gi lagi kalau ada game canni, bole roger2 saya. Kita carpool ok?

1 comment:

  1. perjuangan belum berakhir, 4 tahun lagi harimau pasti mangaum lagi... untuk masa terdekat nih, skuad olimpik masih meneruskan perjuangan.. ayoh MALAYSIA!!..

    ReplyDelete