Wednesday, July 20, 2011

Semua dugaan datangnya dari Allah...

Assalamualaikum,

Bulan Jun dan Julai nampaknya menjadi bulan yg paling tidak efektif untuk saya menulis. Selain asyik berjalan dgn workmate ke Sabah dan Singapura, tuntutan kerja seharian juga telah membataskan aktiviti kreatif saya ini. Baru lah hari ni rasanya mcm nak menulis sesuatu.

Ya, seperti yg telah semua tau (as updated in FB status), saya telah kehilangan 2 laptop yg sebenarnya bukanlah kepunyaan saya, tetapi telah diamanahkan di bwh jagaan saya. Ohhhh...alangkah sedihnya! Tapi sehingga hari ini, saya masih belum menitiskan airmata wpun saya ni sebenarnya sgt gembeng (tu perkataan Jawa yg bermaksud sgt mudah menangis) orangnya. Mungkin kerana saya lebih kepada rasa marah, kerana saya rasa saya tidak cuai, tapi mmg dah takde rezeki agaknya.


 [mangsa 1 : Lenovo yg best giler. I will miss you baby!]



[mangsa no 2 : HP yg aku sendiri tak dpt nak agak berapa ribu, harap tuannya bersabar utk saya membayar ganti rugi :( ]

Setelah dicongak-congak, rasa2nya mcm kena RM10k untuk replace kedua-duanya, plus surcaj (ala2 denda sbb menghilangkan harta kerajaan). Phewww...sabar je lah ye Intan. Tu semua dugaan. Mungkin dulu2 saya ada terambil harta2 orang yg tak diizinkan, maka, anggaplah ini kifarah kita. Tapi, tertanya-tanya juga : bilalah agaknya saya `terambil' harta org tu? Ish...ish..ish...tu semua suratan yg Allah dah tentukan untuk kita... Ataupun mungkin Allah akan memberi rezeki yg lebih hebat di kemudian hari, InsyaAllah.

Sambil-sambil berfikir bilakah agaknya saya mampu menyelesaikan bayaran2 itu, saya terbayangkan orang-orang yg berada di sekeliling saya. Di saat saya bersedih dan marah, org2 atau rakan2 saya ini tidak lari, malah memberikan saya harapan yang baik2 dan mengajak saya menerima qada dan qadar ini. Ada juga yg LARI seolah-olah kita ini bukanlah individu yg penting bagi mereka, sedangkan mereka tahu bahawa saya ni pun bukanlah jenis org yg suka meminjam-minjam dan kehilangan ini bukanlah saya salah sepenuhnya.

Untuk En Fairul Azli, terima kasih kerana sudi mendengar, memahami kegabraan saya dan kemudiannya berkata "takpelah, nnti kita settlekan sama-sama, slow-slow....." dan yang paling utama, tidak melarikan diri apabila saya berasa sgt sedih dan marah.

nampaknya dah mula kena menabung RM50 sehari untuk menyelesaikan semua ni.

RM 50 X 30 hari = RM 1500
RM 1500 X 7 bulan (sbb biasanya kes2 kerajaan ambil masa 7 bulan baru bayar) = RM10,500

Hari tu dah start buat saving untuk nak buat Diploma in Photography, nampaknya takde rezekilah saya nak "sambung" pelajaran... Kenalah mendahulukan yg utama dulu.. :( Uhuk! Uhuk...sedihnya.

Mesti ada yg tanya : takkan sebelum ni takde saving ke? C'mon lah, takkanlah saya nak kuarkan semua ni hanya untuk membayar atas kesalahan yg saya tak lakukan? Tidak sama sekali, saving yg ada hanya untuk masa-masa yang benar-benar memerlukan. InsyaAllah, akan langsaikan hutang saya menjelang Februari depan.



Sabar Intan, pasti ada ganjaran untukmu di mana-mana.

3 comments:

  1. cikgu... nama blog pon supermom! soo cikgu mmg kuat pon, i know that already, XD

    btw... nnt dah besa, (mcm sekarang belum besa je)
    saya nak jadik mcm "En Fairul Azli" sbb spport isteri sendiri and supportive too. ^^
    insyaalah... :)

    chill uke?

    ReplyDelete
  2. Thanks Afiq. Tgh down sgt2 ni. Bukan tak boleh byr, tapi kalau byr, terasa sgt sayanglah RM10k abis mcm tu je. sedih lah... :(

    ReplyDelete
  3. sabar la kak din...
    Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu terima kan?

    ReplyDelete