Wednesday, May 25, 2011

Ron 95 dan Ron 97 Naik Harga?

Assalamualaikum,



Kali ni nak menulis entry yg sensitif sikit. Bole gitu? Ntah la, lately mcm terpanggil nak tulis dan memberi pendapat ttg hal ni, sbb byk sgt dgr feedback yg tak best di mana-mana. Ya, saya mmg pengguna FB yg tegar, sbb tu saya dapat perhatikan dari status-status `rakan' FB saya yg tersangatlah tidak puas hati dgn fenomena harga minyak yg melanda negara kita.

Pertama sekali, saya nak tegaskan di sini, bahawa entry saya kali ini, hanyalah bersifat peribadi. Saya tidak mewakili mana-mana parti politik langsung. Takde sape yg bayar, follower pun cuma 14 org, tapi bila tgk traffic, wow! tak sangka I pun ada peminat setia gitewww. Entry saya ni, hanya dari sudut pandangan educationist, seorang rakyat Malaysia yang biasa dan seorang Melayu. Mungkin juga coretan saya ini, akan mendatangkan rasa tidak senang pada orang Melayu itu sendiri... Who knows?

Maki hamun kerajaan kat FB? Ish..ish..ish...saya memang pelik dgn situasi ini. Kadang-kadang saya mmg akan tergelak sendiri. Ckp itu lah, ini lah... bila saya tanya, "apa perbezaan antara Ron95 dgn Ron97" pun tak leh nak jawab. Simply jwb "kualiti berbeza lah".... Iya, mmg berbeza, tapi APA BEZANYA? Apa faktor-faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga ni? Kenapa kerajaan dah tak bole beri subsidi lagi? Then, macam2 lah teori (yang dibina sendiri, tanpa membuat research terlebih dahulu) yang keluar. Oleh sebab tak dapat nak jwb soalan saya tadi, simply si mamat tu kata "ala...diorg pemimpin, pandai2 lah diaorg nak cari penyelesaiannya, dah namanya pemimpin"... yang kemudiannya saya menggeleng kepala, menunjukkan betapa ego nya seseorang itu. Saya suggest kita tanya Encik Google dulu, then baru lah kita analyze, buat compare and contrast yg sewajarnya, bukan dgn menerima apa sahaja yg ditulis di dalam blogspot mana-mana, yg ntah sape lah yg menulisnya...

Boleh tak, untuk sekali-sekala, berfikiran POSITIF dlm menerima sesuatu situasi. Mereka mmg pemimpin (sama seperti kita yg secara tidak langsung, adalah pemimpin kepada keluarga kita). Tapi mereka tidak sempurna, mereka bukan ma'sum. Adalah sukar untuk mengimbangi kehendak semua lapisan masyarakat, yg bukan shj berbilang bangsa dan etnik, tetapi juga berbilang agama. Kalau kita ni sendiri, yg ada anak 3-4 org tu, adakah semuanya  sama karekter, sama kehendak, sama cara mengendalikan? Bagi si lelaki yg memimpin keluarga ni, adakah anda (kalau betul perfect sgt) sebagai pemimpin keluarga, benar-benar berlaku adil kepada anak2 anda? Beli kamera DSLR beribu-ribu RM, basikal untuk travel dan outing sana-sini, pergi bercuti dgn kawan2...tapi insurans pendidikan anak2 dah ada ke? anak2 hntr Tadika Kemas ke, Tadika Montessori yg best tu? Org umah bagi ke nafkah RM1k tiap2 bulan? Nah...tepuk dada, tanya lah selera. Bayangkan sekiranya anda pula adalah salah seorang pemimpin di Malaysia ni...

Yang kadang-kadang nak tergelak sgt tu, yg bising mcm hapa tu adalah NOBODY. Mcm saya pernah ckp dulu, kita nak salahkan org, tapi tgk lah kita ni pun siapa? Ataupun, apa yg SEDANG kita lakukan ke arah itu? Kerja pun setakat kerja, kerja-balik umah-kerja. Bila org OT atau smbung degree luar kampus, awak kutuk. Org buat part time kerja luar, awak kata org tu gila duit... Saya cadangkan, anda move setapak, atau dua-tiga tapak dari kepompong tu. Ataupun, kalau hopeless, sila ubah lah cara kita berfikir. Kalau takut minyak naik harga, gunalah Ron95 je. Mcm saya, memula dulu mmg guna Ron97, tapi sejak minyak naik harga, tukar ke Ron95 lak. Still, tak payah lah nak merungut-rungut. Kalau naik harga lagi, saya tak tukar minyak, tapi mungkin tukar kereta dgn fuel consumption yg paling sedikit. Mudah kan? Takpun, naik basikal sajalah, environmental friendly kan? Hati tak sakit, poket pun senang.

Kalau susah sgt pun lagi, tukar lah tempat kerja yg lebih dekat. Kalau ko komplen lagi Intan, sila tukar sekolah dari SMK Taman Putri, Kulai ke sekolah sebelah umah (SMK Seri Pinang) yg 3 minit tu je. Kalau saya nak bising2 pasal minyak ni, mmg saya rasa saya mmg layak. Sebelum ini saya travel 40km sehala (masa tu belum ada short cut) dari Bandar Tenggara ke Kulai - 7 tahun beb! Lately ada short cut Jln Inas, baru save sket. Tapi, buat apa saya nak komplen? dah saya yg pilih sekolah ni, saya merasakan duit minyak tu tak dpt dibandingkan dgn kegembiraan dan keselesaan saya bekerja di sekolah ini. Saya pilih, saya dapat. Saya pilih enjin turbo, merempit di jalanan kepish, kepish, maka saya lah yg terpaksa menerima hakikat perjalanan sehala sahaja memakan RM30 untuk minyak enjin turbo. Simple kan teorinya? Ni nak salahkan org pulak...

Ingatlah kawan-kawan, HIDUP INI ADALAH PILIHAN KITA. Kalau kita tersalah pilih, we have no one to blame, except ourselves. Kalau bising duduk kat KL tak cukup, balik kampung je lah. Jimat duit sikit time nak balik kampung kan? Ni, nakkkkk jugak beli umah kat Puchong tu dgn single-storey RM280k, padahal kat Bandar Tenggara ni bole je dpt dgn harga RM70k. Nak bising-bising takde peluang pekerjaan ke apa ke, tgk je mak bapak kita yg kerja kebun tu cukup saja, siap ada saving berkepuk-kepuk. Takde pulak diaorg bising2 harga minyak naik?

Kenapa kita nak bandingkan dgn negara lain? Arab Saudi? Brunei? Oman? Tu lah, mcm saya kata, kaji dulu keadaan negara-negara dioarg, ttg faktor2 yg menyumbang. Contohnya Arab Saudi tu, adakah kita aware berapa jumlah kenderaan atas jalan diaorg? Tiada istilah pemandu WANITA di sana tau. Kalau di Malaysia? sanggup ke org perempuan tak boleh bawak kereta? Oleh itu, jgnlah bercerita atau memanjangkan cerita yg tak berapa nak pasti kalau kita sendiri tak tau (haaaa.....dlm next entri nak cerita pasal STARBUCKS dan SECRET RECIPE pulak)

Pastu, ada pulak yg bising, kerja yg konon-kononnya grand (mcm graphic designer, akauntant, lawyer etc)takde peluang kerja kat bandar2 kecik. Really, if you are kind of person yg tersgtlah adventerousnya, tak yah la makan gaji. Bukak kompeni sendiri, sbb biasanya org2 kaya ni, diaorg tak bising-bising pasal harga minyak naik. Last2 jadi cikgu jugak kau Intan kan? Sape yg suruh dulu ko blajar malas Intan? Mak suh blaja rajin2, yg ko sibuk main silat olahraga nak wakil Johor ke MASUM dulu sape suruh? See? Senang je kan teorinya?

Conclusionnya kawan-kawan, we are not the policy makers. Kalau kita tak puashati, masuk lah ke golongan yg membuat polisi tu. Tapi of course lah, nak jadi salah seorang yg membuat polisi tu, mestilah bekerja kuat, bekerja dgn seikhlas hati (ni baru minyak naik harga sikit, dah komplen mcm2, nampak sgt tak ikhlas nak pergi kerja kan?), baru lah anda layak untuk suara anda didengari. Kalau tak minat jadi policy makers, maka tingkatkanlah taraf ekonomi anda sendiri drp komplen sana-sini tak tentu hala. Sambung belajar ke, buat part-time ke, buat business ke, lagi bagus kan? Kau ado? (pinjam tagline artis). Kalau takde, lebih baik anda diam, drp berkata-kata yg hanya menunjukkan betapa b***hnya anda dan betapa kuat merapunya anda.

(nampaknya saya pun terpaksa mempositifkan fikiran terhadap org2 yg seperti ini : "kesian...dia mmg ada masalah agaknya.." ataupun "takpe lah...dia ni mmg hopeless, semoga Allah memberi petunjuk kepada dia" atau..."penat eh kerja, meh la, aku banjer Maggi Kari kat Tesco, naik keta aku, tak yah byr duit minyak")





Positifkan lah fikiran, and always look at the world from the bird's eyes.



sekian sahaja ceramah saya pada pagi ni, saya sudahi dgn wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.






1 comment:

  1. bagus pendapat awk, pernah gak bagitahu benda yg sama kat orang komplen pasal harga minyak nih. puas dah terangkan dari pelbagai segi. then, jawapannya "ko gaji besar bole la". saya pun malas nak layan la. Orang macam ni terlalu ramai, kita cakap macam mana sekalipun mereka2 ni tetap xkan berubah. kesimpulannya, biarlah mereka2 ni diberi hidayah untuk faham semua. bukan hidayah adik awk tau...

    ReplyDelete