Wednesday, May 18, 2011

Simple Blueberry Cheesecake

Assalamualaikum,

Petang tadi saya masuk ke pejabat sebentar untuk meng-claim cheque untuk Encik Thevandran a/l Bathumalai Suppiah (cissss nama penuh tu...), atas khidmatnya memberi ceramah Teknik Menjawab PMR di Savannah Hill. Tapi malangnya belum siap lah pulak. Then, Nanot lak bagi surat: "Kak Intan...Isnin ni kena jadi Fasilitator PMR". Heheheheh...time tu lah rasa mcm nak lari pecut 100m dari pejabat tuh.

Tetiba, Kak Fida ckp "Intannnnn....mana resepinya?"

"Allah, kak, nnti malam lah saya upload. Esok akak tgk ya? Saya asyik tak sempatlah kak. Blog saya pun dah berhabuk tu..."

Serius, ntah hapa yg saya sibukkan, saya pun tak tau. hehehehe...cuma yg pasti, fikiran saya agak serabut kebelakangan ini. Memikirkan beberapa masalah yang tak pasti bila akan selesai. Nak saya bagi hint ke? hehehehehhehehe....

ok, ok, back to the story. Kak Fida ni dah lama mintak resepi cheesecake saya yg selalu saya market kat sekolah tu. To be honest, saya tak lokek langsung. Kadang2 saya pun tak faham, kenapa lah ada org yg lokek sgt resepi kalau ada org nak blajar. Bagi je lah kan? Pahalanya banyak tu, bersambung-sambung. Nanti, diaorg mesti tanya "Dari mana kau blaja ni?" "Ala...dari Cikgu Intan yang gorgeous tu...." Hahahahahah....bluuerrrrkkkk! Tgk??? Nama sape yg harum?? Nama Intannnnnn juga kan....

(sila hentikan gelak anda sekarang juga!)

Hari tu, Zatul, Kak Nisak dan beberapa cikgu yg lain, ada mintak jugak buat `in-house' training buat cheesecake ni. Memula tu plan baeeeekkk punya, last2 ada LDP lah, sekolah ganti lah...Last2 sampai ke hari ni asyik tak jadi je.  So, hari ni: kakak2 ku sekalian, bacalah entry kali ini. Akan ku berikan step-by-step canne nak buat cheesecake simple ala Intan yg tak lah hebat sgt, tapi bole lah setakat dimakan oleh keluarga dan kawan2. Ini lebih kepada "comfort food' (kata Nigella) yang mana time marah2 pun, kalau kita makan, bole menenangkan perasaan kita kerana kita boleh rasakan betapa air tangan itu bole membuatkan kita rasa tersangatlah "home" nya.....

Sila turuti langkah2 yg ada ya:


satu pack cream cheese jenama apa pun tak kisah = 250gm  RM12 kat Tesco kalau tak silap)



1 pack whipping cream = 250gm (RM9) kat Tesco jugak lah



90gm gula caster

2 biji telur saiz A
 (eerrr...gambar telur pun nak kena upload ke?


5 sudu besar (ikut ukuran yg ini) tepung gandum




LANGKAH UTAMAcampurkan semua dlm bowl, dan putarkan sampai berkrim...


Next:

5-6 keping Digestive Biscuits (yg ni Tesco punya)

hancurkan macam ni...


letak 2-3 sudu besar butter, dan gaul macam ni....





then ratakan sehingga menutupi permukaan loyang. Mcm ni jugak...


then, simpan kat fridge, dalm 5-8 minit, cukup untuk dia mengeras.


Selepas 8 minit, masukkan adunan cheese dalam bowl tu ke dalam loyang. Bakar pada suhu 150 Celcius selama  1 jam dgn teknik WATER BATH.



APA itu teknik WATER BATH, cik Gayah? Ianya adalah teknik meletak loyang di atas loyang lain yg berisi sedikit air, mcm yg saya tunjuk kat atas tu. Jgn takut, tak meletup nya oven tu.

KENAPA teknik Water Bath? sebab...cheesecake ni kena masak dgn proses yg sgt gentle, tak leh paksa2 dia nak naik dan masak. Nanti hangus kelilingnya, dan isi2 dalamnya (telur, tepung etc...) akan rasa masih mentah.


okeh, ada beberapa fakta saya nak jelaskan di sini:

1.  selalunya, cheesecake guna GELATIN kan? Tapi di sini, saya tak guna kerana di area sini, agak sukar mendapatkan Gelatin yg halal. Saya telah berusaha membuat trial and error, dan pembacaan resepi2, dan hasilnya, resepi menggantikan GELATIN dgn 2 biji telur dan 5 susu besar tepung gandum adalah sgt mudah dan berkesan untuk wanita2 berkerjaya seperti saya, yg masih ada hati nak menghidangkan cheesecake buatan sendiri kepada keluarga.

2.  Kenapa saya tak letak 2 sudu besar lemon? Actually, anda nak letak pun bole dan digalakkan. Cuma dlm pemerhatian saya, ramai customer tak suka cheesecake ini apabila ianya masam. Tapi org putih selalunya mesti letak jus lemon ni sbb pada diaorg asid yg terkandung dlm lemon bole menghalang lemak2 cheesecake drp melekat di sistem penghadaman kita. Jadi, terpulanglah kepada anda.

3. Kenapa byk barangan Tesco disini? Takde maknanya Tesco bayar iklan nih. Biasalah...untuk ibu2 yg agak2 busy (atau malas mcm saya ni...inilah tempat yg paling mudah untuk cari barang kan?) user friendly lah katakan.

Setelah 1 jam di bakar, mestilah di sejukkan di room temperature dulu, then baru lah masukkan ke dlm fridge untuk disejukkan, paling kurang 4 jam.


Then...kuarkan....dan bole hias dgn blueberry + jam nya yg biasanya ada di jual di Tesco jugak... Sorri.,takde gambarnya lah pulak sbb saya beli stok dlm tupperware 3 liter punya. Tapi rupanya canni lah...



Cantik kan?

okeh...sape2 yg dah buat nih, (Kak Fida, Kak Lijah, Kak Nisak, Kak Zatul, Kak Linda, Kak Aliza, Kak Sarina, Zilah, dan Yanti) MESTI bagi I rasa sepotong tau! Kualiti chek gitewwww.... hahahahha... Aritu Kak Siti Aini dah lepas dah...bravo untuk dia..tepuk tangan! tepuk tangan!



Apalagi? Bila lagi nak membuatnya?

2 comments:

  1. best....best,,,,best,,,tq sifu...

    ReplyDelete
  2. kek inilah yg aku gila beli dn makan, tp skrang dh pandai buat sndiri, almost every week aku buat. stok cream cheese, cream n blueberry x putus lg la. tambah2 plak anak sulung (yg x suka mkn nasi) suka sgt makan ni, siap jilat mangkuk mixer. berbaloi-baloi buat. thanks to intan haryati :)

    ReplyDelete