Tuesday, October 25, 2011

5 reasons saya tak selalu update blog...

Assalamualaikum,

Lately, ramai yg complain saya tak rajin nak update blog. Memang betul lah tu. Kadang2 saya bukan malas. Selalunya after blogwalking (hobby baru nih!), saya akan berkobar-kobar nak update blog saya : nak cerita itu, nak cerita ini. Tapi, bila on the laptop, saya selalunya akan dihantui beberapa perkara ni:


1.  Anak-anak
    Kadang-kadang, time driving, saya selalu ada byk idea nak menulis sbb time tu lah fikiran saya akan wandering around. So, bila sampai rumah, akan berkobar-kobar sket nak menulis curahan hati. Sebab ini selalunya refleksi dari kehidupan harian (apa yg org ckp, apa yg saya balas) dan mungkin saya rasa mcm sesuatu yg saya nak clarify semula. Tapi bila sampai rumah je, saya akan di stop kan dengan memenuhi keprluan anak-anak. Nak tengok dulu apa yg diaorg buat. Takut-takut saya syik dgn laptop/notebook, diaorg ntah lapar ke, ntah ke mana-mana ke.... dan biasanya kena penuhi dulu kehendak mereka. By the time siap masak (Azeem la biasanya yg nak makan terlebih dulu), by the time siapkan Tisya mandi etc, saya pun penat... Penat tu jawabnya tersadai dpn TV la, layan AFC...

2.  Topik Sensitif
     Bila dah ready semua, beria-ia lah saya menaip. Tetiba bila dah siap, baru perasan yg topik tu tak sesuai utk roles yg saya pegang. Cerita pasal politik - saya seorg guru. Cerita pasal sekolah anak- ada je yg tak puas hati dgn guru-guru sekolah lain. hahahhahahaha.... So, bila dah siap draft tu, terpaksa cancel sbb takut akan melukakan hati org lain - padahal ni blog aku, suka hati aku lah kan? (isshh...tak molek, tak molek...)

3.  Malas Amek Gambar
     Satu yg saya perasan, blog dan entry yang bagus mesti ada byk gambar. Tapi malangnya, walaupun saya ada kamera yg baik, sekarang saya mcm tak rajin nak mengusung ke sana- ke mari. As a result, bila nak meng update blog tu, rasa mcm tak lively lah pulak entry nya. Mak cik ni dah semakin tua, walaupun supermom diary ni baru berusia 8 bulan, tapi rasanya mcm bertahun kat dunia blogging ni. InsyaAllah, pasni, saya akan lebih rajin mengusung Nikon D60 tu ye.

4.  Dah penah kena sound supaya tak `menunjuk-nunjuk'
    Haaa...betul ni, tak tipu... antara entry-entry saya yg terawal ni, saya ceritakan byk ttg aktiviti-aktiviti saya dan kesibukan saya sebagai seorang guru, pensyarah sambilan, ibu, student pasca-siswazah, isteri, baker, photographer etc... Tapi ada sesetengah org yg menganggap saya spt nak menunjuk-nunjuk. Pada dia, tak semua benda kita bole share dgn org ramai. Memag betul, tapi pada saya, (ayat baik):  "cukuplah dgn niat untuk berkongsi pengalaman, selagi tidak melanggar batas-batas agama. Akak cerita-cerita ni pun sbb kalau bole akak nak sampaikan idea yg kita ni boleh memainkan byk role dlm satu masa." (ayat berlagak yg tak baik) "tu belum lagi aku tunjuk aku pegi holiday kat mana. Rumah aku, ko dah tgk? Aku belum pernah upload citer ttg keta aku kan? KAU ADA???" Ish...ish..ishh Intan, minta dijauhkan oleh Allah dgn perangai-perangai buruk mcm ni. Yg paling penting niat- tapi teguran-teguran seperti itu ada baiknya juga. Ianya membuatkan saya lebih berhati-hati dalam pemilihan topik supaya tak terlalu obvious.



[eeeecceehhhhh....ni baru mukaddimah!]

5. Malas
    Yg ni adalah yg paling UTAMA antara semua-semua alasan yg diberikan. Bila Virus M ni dah melanda, apa pun tak boleh!



p/s: eeeleeehhhh...alasan takmo update entry lah tu!

3 comments:

  1. saye slalu jeles ape kak intan ade..haha!

    ReplyDelete
  2. orang nak cakap? biar kan aje kak.kita bukan nak NUNJUK sangat apa yang kita ada.kita nak share.kadang idea kita [ rumah ] contohya.bole dijadikan inspirasi buat semua.macam yang akak cakap la.KAU HADO??...yang penting kita tau batas2 sudah la.NIAT tu kak.untuk share pengalaman.

    kadang bila kita cerita kita rasa PUAS.sebab kita dah LEPAS kan.ala, saya pun pernah juga orang sound.senang je ku ni . kau nak baca.kau baca.kalau kau tak suka.tak payah nak sibuk2.aku menulis untuk kepuasan ku.hehe.tp?x apa.kita amik je iktibar.ada betul juga.

    ReplyDelete
  3. aku paling setuju dengan reason no. 5 tu!!... heheh...

    ReplyDelete