Tuesday, May 3, 2011

should, or shoudn't I?

Assalamualaikum,

wwahhhh...lamanya tak berentri di sini. Satu fakta yang saya ingin share di sini ialah menulis MEMANG memerlukan mood yang baik. Kalau tak, mmg takde maknanya nak buat entry baru. Ntah lah, rasanya sejak entry saya yang terakhir pd 21hb Mac yang lalu, mood menulis mmg tak mari langsung. Jangankan nak berblog, nak tgk TV pun rasa mcm dah malas. Last week, saya diminta mengisi sejenis borang beserta esei pendek yang hanya perlu ditulis sebanyak 500 patah perkataan sahaja. Tapi tu lah kan? Dah namanya mental block, saya tak dapat menyiapkannya minggu lepas, dan hanya dapat menghantarnya pada pagi ini. Itu pun dgn isi-isi yang ntah merapu-rapu, `goreng' dengan kadar termampu. Malam ini pula, tengah busy menyiapkan kerja, tetiba je rasa nak berblog. Tu lah, tak tentu masa dtgnya sun utk menulis ni.

Petang tadi, setelah melayan mushroom soup di Gazebo dgn ahli-ahli GBS versi tua, saya menjemput Azeem dari umah nanny nya. Hari ni dia takde tuisyen sbb ckgu tuisyennya dah ada klien lain yg lebih berkhasiat. Hujan tersangat lah lebatnya ketika saya tiba di rumah. Setelah masuk ke rumah, settle itu dan settle ini. Tetiba sahaja....

"Mama, Azeem dah siap homework semua. Ada apa-apa tak yang mama nak Azeem tolong""

terdiam sekejap saya.

"Azeem tolong angkat kain lah. Then put them into the laundry basket"

Dia pun bergerak, buat seperti yang diarahkan.

"Ada lagi tak mama?"

"Azeem amek bekas makanan Bront tu, tuang balik isinya, basuh bekasnya guna berus coklat kat toilet tu"

Gerak lagi....... "Ok mama, dah siap. Air minum Bront pun Azeem dah tukar"

"Ok lah, Azeem relax lah dulu. Takleh main kat luar pun kan? Hujan tu"

"Ok..." then baru lah dia mencapai PSP nya dan bermain game. Nak tgk TV, hujan dan guruh berdentum-dentam. Selesai bermain PSP, dia mencapai gitarnya utk prektis. (Ayat saya utk keeps him playing guitar: Ajim, pandai main gitar nnti, senang dapat awek tau!) ahahhahaha...apa lah punya mak nih!


Ok, ok, back to story.Saya agak terperanjat dengan mood nya hari ini. Bukanlah saya nak puji anak sendiri, tetapi pada satu2 masa, anak-anak, kadang2 memang memerlukan pujian, walaupun bukan di hadapan mereka. Sebab, dia tidak seperti biasa yang akan membuat kecoh di sana-sini, dan meloyar buruk sana sini juga.


Azeem agak happy kebelakangan ini. Ya, saya perasan tentang itu.

Naluri keibuan kan? Saya dapat merasakan, sejak Azeem kurang ke tuisyen petangnya, dia lebih fokus. Cuba renungkan sejenak rutin yang dia hadapi setiap hari.

1.30 tgh : habis sekolah rendah
2.00 ptg : start sekolah agama
3.30 ptg : habis sekolah agama
4.00 ptg : start tuisyen Bahasa Cina
5.30 ptg. Balik umah
6.00 ptg : main beskal atau tangkap berudu dlm longkang.
8:30 mlm: mengaji

begitulah rutinnya untuk 4 hari dalam seminggu, kecuali hari rabu yang ada kelas gitar.

penat kan? Saya pun rasakan, dia menerima tekanan yang agak hebat. Alah...sebenarnya saya bukan beria- ia sgt nak tuisyenkan dia. Tapi saya berpendapat, guru tuisyennya yang menganggap tuisyen nya itu satu tugas yang berat. Pada awal MoU nya, saya kata, Azeem ke tuisyen ni hanya utk dibantu membuat kerja rumah subjek-subjek yang berkaitan Bahasa Cina seperti Matematik Cina, Sains Cina dan Bahasa Cina itu sendiri. Tapi ntah lah, semakin lama, semakin banyak pula homework dari kelas tusyennya jika hendak dibandingkan dengan homework dari sekolah itu sendiri.

Bayangkan lah, pada satu Maghrib, saya melihat Azeem solat Maghrib, sujud, dan kemudian tidak bangun-bangun. rupa2nya dia kepenatan dan tertidur di dalam solatnya. Subhanallah.... terus tersentuh perasaan saya sebagai ibu.

Dan hari ini, melihatkan perubahan positifnya (InsyaAllah, Mama harap berkekalan) saya akan cuba slow talk (ayat mcm nak belasah org je nih?) dgn cikgu tuisyennya. Azeem tidak seperti kanak-kanak berbangsa Cina yang lain. Dia MESTI pergi ke sekolah agama. Dia MESTI pergi mengaji. Bahasa Cina adalah hanya satu opsyen dan advantage untuk dia, bukan TEKANAN. Dan aktiviti-aktiviti itu sahaja sudah cukup memenatkan. Dan sekiranya guru tuisyennya memberi pilihan lagi untuk dia, saya mungkin akan katakan TIDAK. Cukuplah tuisyen 2 kali seminggu. Dia bukan robot. Dia anak saya dan saya amat sayangkan dia.



Shoud I tell him, or not?




2 comments:

  1. kesiannya ajim...xpe, ajim bdk cerdik.awal sgt kot dia nk terima bebanan cmtu...aku bca pon dh ckup pnt...apatah lg dia yg mnanggung...

    ReplyDelete
  2. Kan? skrg ni tgh cuba imbangkan dua-duanya.

    ReplyDelete