Sunday, March 6, 2011

a teacher , i am.

Assalamualaikum,

Dah almost dua hari tak tulis blog, seolah-olah ada kurang sesuatu. Ceeewaaah....yelah tu. Tapi hari ni mcm nak tulis apa yang bermain-main di fikiran selepas menonton Majalah 3 last Saturday. Yeeee...ingat lagi tak pasal SBT atau Sekolah Berprestasi Tinggi yg diumumkan. Yelah, kalau korang  tak menonton atau tak berkesempatan menonton, apa yang saya boleh simpulkan di situ ialah "bagaimana sekolah pedalaman spt SK Ulu Lubai di daerah Limbang boleh mencatat keputusan 100% pada setiap tahun". Yelah, dgn murid2nya yang cuma 30 org, tapi dpt menghasilkan murid dan atlet bertahap kebangsaan! Kedengaran mustahil, tapi itulah kenyataannya.  Di sini saya ingin mengekspresikan rasa kagum yang teramat sangat kepada guru-guru yang berkhidmat di sana, terutama yang dari semenanjung tu. Melupakan McDonalds, hujung minggu bersama rakan-rakan, bershopping, menonton wayang, etc... (kalau saya tak dpt tgk channel AFC atau HBO dlm masa seminggu, mau meraung saya!), bukanlah sesuatu yang mudah terutama sekali apabila terpaksa melupakan apa yang kita mahu, demi untuk kebaikan orang lain. Itu benar-benar satu pengorbanan yang sgt jitu. Pengorbanan itu satu hal, dalam satu aspek lagi ialah kerjasama dengan semua pihak; guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid itu sendiri. Untuk menguruskan sesuatu organisasi bukanlah sesuatu yang mudah, terutama sekali apabila kita menguruskan manusia... Wah! pendek kata, saya tabik lah dgn warga kerja sekolah itu. Mereka juga telah memberi peluang untuk saya bermuhasabah tentang apa yang saya telah/akan lakukan sepanjang kerjaya saya sebagai seorang guru. Ternyata apa yang saya lakukan tak sampai 10% pun dgn pengorbanan-pengorbanan yang mereka telah lakukan. Saya bersyukur didedahkan dengan pengalaman-pengalaman seperti mereka kerana saya dpt menilai segala langkah-langkah yang telah saya lalui dan hasilnya: Alangkah kerdilnya saya....


Pada malam ini, saya berazam untuk menjadi yang lebih baik. Bukan untuk saya, bukan intuk APC, mahupun untuk SKT saya. Tapi saya tahu, dengan apa yang saya ada, saya mampu untuk mengubah dan memberi kehidupan kepada seseorang, atau kepada anak-anak murid saya.  Doakanlah agar perjuangan saya tidak akan terhenti sampai di sini, kerana saya juga tidak mahu ianya terhenti di sini.



indeed, a teacher, I am.



1 comment: