Tuesday, March 22, 2011

why do i love baking?

Assalamualaikum,

Aci tak kalau tak kalau tak buat entry Malacca Getaway Part 2? mcm maleh pulak nak tunggu upload gambar yang berjam tuh. Tetiba rasa mcm nak buat entry lain lak. Apalagi kalau bukan ttg masak-memasak dan jugak baking.

Lately rasa mcm bersalah sbb tak mengasapkan oven tu, Eh, bukanlah saya asapkan dgn kemenyan supaya bole kuar duit dari oven tu, tapi maksudnya, dah lama tak buat kek. Tapi, bole ke kuar duit dari oven tu? Eceh...mula la tu.

Eeerrr...korang tau tak saya ada satu blog lain yg berkaitan buat-membuat kek ni? Ada kat tepi tu, saya letak link ke blog tu [kalau nak tgk le..]. Tapi dont get me wrong ya? Saya bukanlah nak promosi produk saya di sini, tapi lebih kepada nak share citer kenapa saya mcm suka (`macam' - sbb adakalanya suka, ada kalanya malas) bidang masak-memasak dan baking-membaking ni.

Al-kisahnya, saya ni anak ke 4 dari 5 org adik beradik. Saya ada 3 org abang, dan saya lah anak sulung perempuan. Walaupun mereka dilahirkan terlebih dahulu drp saya, tapi tiada seorang pun yg mcm pandai masak wpun sedikit. Typical man betul! ahahhahaha [mampus lah kalau diaorg baca blog ni]. Ok, ok, Abg Yan tu bole lah masak sket sbb dia dulu blajar kat Australia dan kdg2 ada attempt untuk masak, tapi nampaknya setakat itu je lah kot (ayat cover). Sangat berlainan dengan Ayah saya yang pandai masak kari, sup kaki @ kepala kambing (marbeles!), atau capati.

Jadi, oleh sebab sayalah anak sulung perempuan, mak pula bekerja, saya byk ambil-alih tugas-tugas harian, termasuklah memasak. Kira, nak dipendekkan citer, lebey kurang canni lah:

tamat UPSR : dah boleh masak sup sayur (org Jawa panggil masak bening), sayur goreng, ikan @ ayam goreng dan masak2 kicap, atau simple masak2 tomato.

tamat PMR :  alah...time ni, asam pedas, kari, masak2 lemak, sambal tumis,semua dah dlm tangan. Teringat masa tunggu PMR, melepak belakang Bengkel Kemahiran Hidup dgn Ruha, Suraya Hani, Chin Fen, makan kek batik yang time tu saya kemaruk buat.

tamat SPM: bukak gerai kat bazar Ramadhan jual lauk-pauk. Duit hasil jualan, saya rolling buat byr ambik lesen keta. Time ni, dah pandai masak aneka nasi - nasi ayam, nasi beriyani, lontong, mee bandung etc... hebat kan? kan? kan? korang harus setuju nih!

So, bila dah start mengembara ke luar Johor dek menyambung pelajaran, saya mula explore more food. antaranya spaghetti bolognese, pasta-pasta, pastry, chicken chop, tomyam (dulu tomyam hanya didpti di gerai-gerai). best kan? kan? kan? lagi sekali lah pulak...

Sekarang? dah mcm gila ke baking pulak. try resepi kek dan pastry sana sini, sampai mcm dah tak larat nak upload gambar. Antara resepi yang saya mmg teringin sgt nak try, tapi masih belum ada kesempatan, adalah Missippi Mud Pie, karipap pusing, dan meringue. Tapi kalau buat biskut, mcm tak minat lah pulak. mungkin sbb aktiviti tu mcm leceh dan renyah sket ek? Then, with no offence, saya mcm kureng sket dgn Chinese food. Ntah la, mcm tak bole terima gitew. Tapi kalau masakan India, hahhahahaha...saya mmg hantu! Masakan Kelantan mcm Laksam, Nasi Kerabu...adehhh...toksah ckplah - sedap!

Ramai yang bertanya pada saya, what keeps you cooking? Senang je jwb saya : MINAT. Kalau tak minat, takde rasa atau takde sun dlm sesuatu bidang, mmg disorong mcmmana pun, kita tak nak buat kan? Saya tak lah pandai sgt memasak, ataupun, bukanlah sedap sgt masakan saya ni, tapi saya ada MINAT untuk mencuba- maka, blasah saja. Macam saya, takde minat langsung nak menjahit. Ha... bole nampakkan? Namun begitu, saya tetap mengakui, bkn setiap hari jugak saya memasak. Adakalanya apabila keletihan menghambat, mmg dah tak larat betul nak menyorong sudip di dapur. Samaada, mkn apa yg ada, atau En FA kena ke kedai. ehehhehehe... takpelah...sekali-sekala kan?

Dan malam ini, oleh sebab En FA pegi main badminton, dan Azeem dan adiknya yang mucuk Tisya itu,  nak makan Marrybrown, saya telah melayankan diri saya sandwich sardin yg sgt digilai oleh Kak Mas, Kak Rosnah, Maheran, Huk dan Siti Suzana. Yang lain-lain tak dpt saya sebutkan atas sebab-sebab keselamatan.

Alhamdulillah, di atas rezeki dan `kebolehan' kecil ini.



gambar ihsan Nikaon (tetiba sengaja typo errorkan sbb gambar blur) : tak ingat lah pulak dinner bila nih?

3 comments:

  1. tak leh tak kata setuju! Hehehe... Yup, minat akan mengatasi segalanya. Kalau ikut pengalaman aku lak, aku membesar dengan parents yang bekerja. So most of the time makan kat luar or tapau je ler. Tapi aku suka masak. And the most shocking thing i did lepas kawin, laaagi pandai masak! Hahahaha! Until my mom terkejut. Sebab dia pun tak sepandai masak mcm yg aku dah buat. Jeng jeng jeng... ~Sri ;)

    ReplyDelete
  2. Sri, betul sgt. what keeps us going is passion kan? and the curiosity to learn new things esp in cooking. Supermom rules!

    ReplyDelete
  3. YEAHH!!

    *eh aku baru perasan ada reply komen nih.. jgn mareee... heheheheh

    ReplyDelete